*
Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. (HR. Bukhari)
*
Sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda, 'utul (suka bertengkar/kasar bahasanya/tidak mahu mengalah), jawwaz (berlagak/ego/keras hati) dan mustakbir (sombong/bongkak/angkuh). (HR. Bukhari dan Muslim)
*
*