"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

SALAWAT

*

Firman Allah Taala yang berbunyi;
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad sallallahualaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab ayat 56)

Disebutkan dalam kitab Imam al-Qurtubi di dalam Tafsirnya;إن معنى ذلك: أن الله يرحم النبي، وتدعو له ملائكته ويستغفرون،
“Sesunggunya makna (salawat Allah dan Malaikat kepada Nabi), bahawasanya ALLAH TAALA RAHMATI Nabi dan Malaikat mendoakan keampunan untuk Nabi...”

*

Popular Posts