"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam tidak MELARANG dan mengatakan sesat masuk neraka kepada sahabat yang melakukan bid'ah hasanah

*

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam tidak MELARANG dan mengatakan sesat masuk neraka kepada sahabat yang melakukan bid'ah hasanah.

وَعَنْ سَيِّدِنَا رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ رضي الله عنه قَالَ : كُنَّا نُصَلِّيْ وَرَاءَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ (سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ) قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ فَلَمَّا انْصَرَفَ قاَلَ (مَنِ الْمُتَكَلِّمُ؟) قَالَ : أَنَا قاَلَ: «رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِيْنَ مَلَكًا يَبْتَدِرُوْنَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا»
رواه البخاري

“Rifa’ah bin Rafi’ radhiyallahu anhu berkata: “Suatu ketika kami solat bersama Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam. Ketika beliau bangun dari ruku’, beliau berkata: “sami’allahu liman hamidah”. Lalu seorang laki-laki di belakangnya berkata: “rabbana walakalhamdu hamdan katsiran thayyiban mubarakan fiih”. Setelah selesai solat, baginda Nabi bertanya: “Siapa yang membaca kalimat tadi?” Laki-laki itu menjawab: “Saya”. Baginda bersabda: “Aku telah melihat lebih 30 malaikat berebut menulis pahalanya”. (HR. al-Bukhari [799])

*

5 ulasan:

  1. Tidak diketemukan hadis Nabi saw membid'ahkan siapapun antara sahabat r.anhum.
    Yg diketahui, bila mengetahui, dikhabarkan atau ditanyai sesuatu yg dilakukan sahabat yg tidak Baginda saw lakukan, mk diselidiki apakah ada kesyirikan atau yg bercanggah dgn syariat, jika tiada, samada digalakkan atau didiamkan, sedang Baginda saw sendiri tidak pula menjadikannya amalan, yg jika Baginda saw amalkan, bakal jadi syariat yg mungkin saja bakal memberati ummat Baginda saw.
    Bnyknya amalan Baginda saw yg tak terikut oleh kita, mk beberapa amalan saranan Nabi saw yg mampu kita amalkan dan kita ulang ulangi yg sesetghnya kita tetapkan waktu waktunya kita melakukannya, mk apakah itu dibid'ahkan ?
    Besar sekali bedanya antara "arrasikhuna fil ilmi" dgn pembid'ah ummah yg syok alim.

    BalasPadam
  2. sebenarnya sih sipel aja, sunah2 yang sudah ada dijalankan, jika ada perkara yang baru tapi tidak ada dalil, selama tidak melanggar syariat yoo monggo.

    BalasPadam
  3. Sebhgn bid'ah hasanah sahabat r.anhum. di zaman Nabi saw.

    1. Solat sunat wudhuk Sahabat Bilal Bin Rabah r.a.
    2. Bacaan surah Al Ikhlas bg setiap rakaat solat seorg sahabat Ansar yg mengimami solat di Masjid Quba'.
    3. Tambahan bacaan sahabat ketika i'tidal dlm hadis Rifa'ah r.a.
    4. Ruqyah sahabat terhdp ketua kaum yg terkena sengatan haiwan berbisa.
    5. Tambahan lafaz Hamdalah sahabat ketika seorg yg lain bersin, dlm hadis Ummu Salamah r.a.
    6. Bermulanya doa iftitah.
    7. Ruqyah seorg sahabat terhdp seorg lelaki yg kurang siuman dlm hadis 'Ilaqah Bin Suhar.
    8. Solat sunat sahabat Khubaib r.a. sebelum dibunuh musyrikin.
    9. Kisah 2 sahabat yg musafir, satu ketika bila masuk waktu solat dan mrk tidak mendpti mk mrk bertayamum dan solat, setelah selesai solat mrk mendpti air, mk salah seorg drnya berwudhuk dan mengulangi solatnya dan seorg lg tidak mengulangi solatnya. Bila kemudiannya ditanyakan kpd Nabi saw, kpd yg tidak mengulangi solatnya, dikatakan dia telah menepati sunnah, dan bg yg mengulangi solatnya, dikatakan kpdnya, bgnya pahala dua kali. Dan tidak pula dikatakan kpd mrk, yg tidak mengulangi solat itu sunnah dan yg mengulangi solatnya itu bid'ah.

    Persoalan bid'ah dan pembhgnnya telah pun diselesaikan oleh para ulama' pendahulu kita, dan kita pun telah tenang dgnnya. Apakah tujuannya golongan golongan yg membangkitkan semula persoalan yg telah diselesaikan ini, yg sebenarnya menampakkan keegoan dan keangkuhan diri serta ketaksuban, kononnya berilmu tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. No 9 ; "...mrk tidak mendpti air, mk mrk bertayamum....."

      Padam
  4. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    BalasPadam

Popular Posts