"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Remember Allah, so He Remembers you.

*

*

13 ulasan:

  1. Ketika saatnya bangkit dr kubur, dimana kita dibangkitkan dr tanah di mana kita dikebumikan, setelah dikembalikan roh, mk kita berdiri menunggu...
    Apakah yg patut kita lakukan jika tidak berzikrullah ?

    Ketika saatnya seruan utk berhimpun di Mahsyar, mk kita berarak ke Mahsyar...
    Apakah yg patut kita lakukan jika tidak berzikrullah ?

    Setelah berhimpun, mengikut jamaahnya masing masing, saatnya menunggu serahan kitab catatan amal, Hisab, Mizan dan Shirath...
    Apakah yg patut kita lakukan jika tidak berzikrullah ?

    Walau ketika itu sudah tidak diambilkira lagi pahala dan dosa, bukankah Kalam Allah swt itu Qadim, benar dulu, kini dan selamanya, di dunia, di sekelian langit dan juga di Akhirat ?

    "Mk ingatlah kpdKu nescaya Aku ingat kpdmu,..." 2:152.

    Ketika terasa berat Arasyh bg pemikul Arasyh mk mrk diajarkan utk bertasbih dan bertahmid.
    Ketika puteri Junjungan kita Sayyidah Fatimah r.a. Binti Rasullullah saw merasa berat bebanan urusan rumahtangganya, beliau diajarkan dgn tasbih, tahmid dan takbir 33 kali yg terkenal dgn zikir Fatimah.
    Mk setiap terasa berat akan apa pun urusan kita di dunia ini, apatah lg nanti urusan selepas kita berbangkit dr kubur, dan urusan Mahsyar, yg sudah pastinya berat, apakah tidak sepatutnya kita bertasbih, bertahmid dan bertakbir, bahkan bertahlil, berzikrullah, mudah mudahan diberi keringanan segala urusan kita nantinya.
    Mk latihlah dan lazimkanlah diri kita, lidah dan hati kita utk terus menerus berzikrullah sejak kita di dunia ini lg, moga tak dilupakan kita nanti di Akhirat sana, dan berdoalah...

    Allahumma a'inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika !
    Amiiiin !

    Ya Allah wahai Tuhan kami ! Tolong bantulah kami utk (terus menerus) berzikir mengingati Engkau (dgn lidah dan hati hati kami) dan (terus menerus) mensyukuri Engkau, dan perbaiki dan perelokkanlah segala ibadah kami kpd Engkau.
    Amiiin !

    BalasPadam
  2. Saatnya tiupan pertama, mk meniuplah Sang Peniup, binasalah dunia seluruhnya dgn sekali tiupan. Setelah dibinasakan, sepilah dunia seketika. Bumi pun diratakan, tiada lg gunung dan bukit, tiada lg lembah dan lurah, tiada lg sungai dan lautan.

    Bila saatnya berbangkit, turunlah hujan yg menumbuhkan, mk tumbuhlah jasad jasad utuh manusia dr sulbinya masing masing sbgmn pohon pohonan tumbuh dr biji benihnya, di atas kuburan masing masing, dr tanah kuburan masing masing muncullah jasad jasad utuh manusia dr tanah ia dikuburkan. Di tanah Nusantara kita berkubur, mk dr Tanah Nusantaralah jasad kita bermunculan.

    Saatnya tiupan seterusnya oleh Sang Peniup, mk lepaslah roh roh mencari dan mengisi jasadnya masing masing, setelah dihidupkan oleh Yg Maha Hidup, mk berdirilah masing masing diri sambil menunggu. Bercampur campur manusia, haiwan dan jin seluruhnya di atas tanah rata yg tandus dgn keadaannya yg berbagai bagai.

    Saatnya berhimpun, mk ditiuplah sekali lg oleh Sang Peniup, mk bergerak geraklah sekelian makhluk ; manusia, jin dan haiwan, mencari cari yg sepertinya, yg sesamanya, mencari cari yg dicintainya, berkumpullah, berhimpunlah dlm jama'ahnya masing masing, yg muslim dgn yg muslim, yg kufur dgn yg kufur, yg munafik dgn yg munafik, dr Tanah Nusantara beraraklah ke Bumi Syam tempat berhimpun. Di Bumi Syam tempat berhimpun, dipertemukan sekelian ummat ; yg muslim, mukmin, muttaqin dr segenap penjuru dunia, sepanjang zaman, dr Nusantara, dr Benua Arab, dr Benua Afrika, dr Benua Amarika, dr Benua Eropah, berhimpunlah bersama sama, ada yg awal tibanya, ada pula yg lewat sampainya, ada yg berkenderaan, ada yg berjalan.

    Demikian juga yg kufur, yg munafik, yg fasik, yg zalim, dihalau utk berhimpun, dr segenap penjuru dunia dr segenap zaman, berdtgn perlahan lahan, dgn mata yg dibutakan berjalan di atas muka mukanya, ditenggelami peluh yg membanjiri, di bawah terik panas mentari Mahsyar.

    Saat itu, ingatlah akan Junjungan kita saw yg setiap hari kita selawati, menanti kita di Al Haudh. Moga kita selamat bertemu di sana, moga kita tak dihalang dr meminum airnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekian lamanya menanti, sekian lamanya menunggu, gusarlah sekelian makhluk, menanti dlm debaran , dlm kesengsaraan. Mencari carilah akan orgnya yg dpt mensyafaati minta disegerakan proses bicara kpd Yg Punya Kuasa. Mk tiadalah yg selain dr Nabi kita saw orgnya, dan mengadaplah Baginda saw ke Hadrat Tuhan kita swt mohon disegerakan proses bicara.

      Bermula proses bicara, berterbanganlah kitab catatan amal, mendtgi pemilik pemiliknya ; yg muttaqin dr hadapannya, yg mukmin muslim dr kanannya, sesetgh muslim yg lain dr arah kirinya. Yg kufur, munafik dr arah belakangnya. Dibuka, dilihatlah akan dia segala amalannya di dunia dahulu, yg baik dan yg buruk, yg sia sia lagho, dan yg bermanfaat, tiada sedikit atau sekecil mana pun yg tertinggal, segalanya dlm catatan. Mk diketahuilah kedudukannya masing masing, cukup setiap diri menghisab akan dirinya masing masing. Catatan merah, biru, hitam, gelap atau cemerlang gilang gemilang.

      Saat hisab, didtgkan para saksi, dikunci mulut yg sering berdusta, mk berkata katalah tangan, kulit dan anggota akan segala yg dilakukannya, yg berpahala dan yg berdosa, yg taat dan yg maksiat. Ditanyakan setiap perbuatan, dipertanggungjawabkan setiap amalan, segala nikmat apakah disyukuri, segala perintah apakah ditaati, segala larangan apakah dijauhi ? Setiap amalan, apakah ikhlas dilakukan atau ada maksud selain keranaNya.
      Selesai hisab, menuntutlah yg layak menuntut, hingga jika habis kebajikannya, ditimpakanlah pula keburukan dr yg layak menuntutnya kpdnya.

      Setelah hisab dan tuntut menuntut mk didirikanlah Mizan, mk ditimbangkan akan baik buruknya masing masing diri, dosa dan pahalanya.

      Adapun yg kufur dan yg munafik, tiada didirikan mizan bg mrk, kerana tiadalah kebaikan yg dinilai Allah swt utk mrk di Akhirat.

      Setelah Mizan, didtgkan Shirath, mk berdtgnlah sekelian bakal bakal penghuni Syurga bersaf saf, 120 saf jumlahnya, 80 saf drnya, dr klgn ummat Nabi kita saw, mudah mudahan kita termasuk dlm salah satu dr 80 saf berkenaan. Berbagai bagai keadaannya, bercahaya cahaya gilang gemilang, sesetghnya bagai kilauan mentari, sesetgh yg lain bagai bulan purnama, sementara yg lain bagai bintang bintang yg bergemerlapan. Mk dibawalah melewati Neraka, melihat kesengsaraannya, azab dan siksanya, seterusnya menuju ke Syurga, menghadapi pintu pintunya yg delapan jumlahnya. Menanti pula ianya utk dibukakan pertama tamanya utk Nabi kita saw yg memulai memasukinya.

      Padam
    2. Haudh Nabi saw di atas mimbar Nabi saw.
      Umat Nabi saw berhimpun antara dua tanah haram, Mekah dan Madinah.
      Berhimpun seluruh umat, sekitar tiga tanah haram, Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis.

      Padam
    3. Yg baik, yg soleh, yg mulia ada cahayanya masing masing, terarah cahayanya dr tmpt berdirinya hinggalah ke tmpt berhimpun, sekitar Telaga Haudh Nabi saw.

      Yg kufur, yg fasik, yg derhaka, yg hina, dlm kegelapan meraba raba, meniarap dlm kegelapan tak ketentuan arah, dihalau dr tmpt bangkitnya dr kuburnya masing masing dgn api yg muncul ketika hari berbangkit, yg marak besar menyala nyala menghalau mrk ke tmpt berhimpun di Mahsyar.

      Padam
  3. Selesai proses tuntut menuntut dan perkaranya diselesaikan oleh Yg Maha Adil, sekelian binatang dan haiwan diratakan menjadi tanah. Mk bercita citalah org org yg kafir andai kiranya mrk juga habis begitu sahaja diratakan menjadi tanah. Namun tidak begitu yg berlaku ke atas manusia dan jin.

    BalasPadam
  4. Hisab dan Perbicaraan di Mahkamah Allah swt tidaklah sama spt hisab dan perbicaraan di mahkamah mahkamah manusia, "...Sesungguhnya Allah (swt) sgt cepat HisabNya" (5:4,14:51,40:17), bahkan boleh saja semuanya berjalan serentak dan dgn sgt cepat.

    Shirath AlMustaqim pula tempat berhimpunnya sekelian bakal bakal penghuni Syurga utk kemudiannya dibawa melalui Neraka, sekadar melihat dan menyaksikan akan azab dan siksanya Neraka itu, sedang mrk sendiri dilindungi Allah swt dr merasakan azab atau siksanya Neraka itu.

    Shirath shirath yg lain pula adalah tempat berhimpunnya golongan golongan yg selainnya, sebhgnnya semmgnya membawa ke Neraka, sbhgn yg lain, tiada jaminan keselamatan bg mrk yg berada pdnya.

    WaAllahu'alam !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shirath saya fahami sbg tmpt tmpt berhimpunnya para makhluk di Mahsyar yg mana ianya didtgi dlm pelbagai keadaan, bergantung amalan masing masing.
      Shirath Al Mustaqim pula, tmpt berhimpunnya org org yg diberi nikmat, dr klgn org org soleh, syuhada', siddiqin dan para nabi a.s. juga berbagai bagai cara kedtgnnya dan berbagai bagai juga keadaan dan kedudukannya berdasarkan kesolehan dan ketaqwaan masing masing.
      Dari shirath shirath inilah, setelah selesai proses Hisab, tuntut menuntut dan Mizan, kita akan dibawa secara berombongan rombongan melalui Neraka utk melihat akan azab dan siksanya. Org org beriman, bertaqwa dan beramal soleh sekadar melaluinya tanpa merasakan akan azab atau siksanya, kemudiannya dibawa terus ke Syurga, sedangkan org org yg zolim dan fasik, ditinggalkan di sekitar Neraka dlm keadaan berlutut, menurut amalannya masing masing, sesetghnya tergelincir, terjatuh, terkait ke dlmnya, berada di Neraka menurut amalannya masing masing. Org org yg kafir, musyrik dan munafik pula terjerumus terus, jatuh atau dilemparkan ke dlm Neraka drnya dan berkekalan mrk di dlmnya.

      WaAllahu'alam !

      Padam
    2. Di sana (Mahsyar) juga nantinya ada shirath shirath yg lain, iaitu antaranya shirath org org yg dimurkaiNya dr klgn org org Yahudi kufur / musyrik dan shirathnya org org yg sesat dr jlnNya dr klgn org org Nasara kufur / musyrik.

      Padam
    3. Shirath ini jika boleh dianalogikan spt seolah olahnya balai berlepas sekrg ini.

      Selain shirath shirath ini ada pula satu kedudukan yg dinamakan sbg Al A'raaf, dimana berhimpunnya satu golongan yg disebut Nabi sbg "kebaikannya menghalangnya dr dimasukkan ke Neraka, namun keburukkannya menghalangnya dr dimasukkan ke Syurga", satu golongan yg "ditangguhkan urusannya oleh Allah (swt)".

      Padam
    4. Boleh jadi di Al 'Araaf inilah kbnykn umat Islam yg tidak terbatal Syahadahnya berhimpun. Dosa dan kesalahannya yg bnyk, dan tidak ditaubati, mk terhalang dia utk ke Syurga. Namun Kalimah Syahadahnya dan beberapa kebaikan ikhlasnya, beserta rahmat Allah swt melindungi dia dr dimasukkan ke Neraka.

      WaAllahu'alam !

      Padam
  5. Jumaat 10 Muharram, hari dan tarikhnya semuanya berlaku.
    Hari berlakunya Kiamat, hari binasanya dunia dan alam semesta, hari bumi berhenti berputar, hari matahari dan bulan berhenti beredar, hari bulan dan matahari disatukan, hari bintang bintang jatuh berserakkan, hari langit digulung bagai kitab digulung.

    Jumaat 10 Muharram, harinya manusia, jin dan haiwan dibangkitkan, hari roh roh disatukan dgn jasad jasadnya, hari manusia, jin dan haiwan dikumpulkan, hari hisab, tuntut menuntut, hari mizan didirikan, hari shirath dibentangkan, hari pengadilan, hari pembalasan.

    Jumaat 10 Muharram, harinya ahli syurga memasuki syurga yg kekal selamanya, hari ahli neraka memasuki neraka sesetghnya kekal di dlmnya, stgh lain lain, menurut dosanya masing masing.

    Jumaat 10 Muharram, hari yg siang tiada malamnya, 10 yg tiada 11 nya, Jumaat yg tiada lg Sabtunya, hari yg tiada kesudahannya, hari yg kekal selamanya, selagi ada masa, selagi ada zaman.

    Semuanya berlaku dlm satu hari, Hari Akhir, yg tiada lg hari selepas hari itu.

    WaAllahu'alam !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumaat 10 Muharram, siang bolong, antara zohor dan 'asar ; hari, tarikh dan waktunya putaran dunia terhenti, kekal sebegitu selagi ada masa, kekal sebegitu selagi ada zaman.

      Padam

Popular Posts