"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

*

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Keputusan fatwa ini hendaklah diwartakan.

4. Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah :

1. Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif.
2. Membaca Yaasin pada malam Jumaat.
3. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati.
4. Mengadakan kenduri arwah.
5. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Maal Hijrah pada setiap tahun.
6. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban.
7. Berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah.
8. Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu.
9. Membaca “Basmallah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu.
10. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat.
11. Membaca qunut dalam solat subuh.
12. Bersalaman selepas solat berjemaah.
13. Solat sunat sebelum solat Maghrib.
14. Solat sunat sebelum Jumaat.
15. Fidyah solat.
16. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
17. Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih selain 8 rakaat.
18. Menyapu muka selepas salam.
19. Akikah dengan binatang al-an‘am selain kambing.
20. Amalan bertawassul dan bertabarruk.
21. Berdoa dan membaca al-Quran di kubur.
22. Doa akhir tahun dan awal tahun.

Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini.


Sumber: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/945-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furuk


*

10 ulasan:

  1. Sahabat r.a. yg merukyah ketua kaum yg disengat haiwan berbisa, mk Nabi saw menanyakan apa yg dibaca, bila tidak ada yg mungkar mk Nabi saw membenarkan.

    Sahabat r.a. yg mengimamkan makmum, yg setiap rakaatnya membaca Surah Al Ikhlas, Nabi saw tanyakan sebabnya, bila mengetahui sebabnya dan tiada salahnya, mk Nabi saw membenarkannya.

    Begitu juga Sahabat r.a. yg membaca doa Iftitah dan zikir tambahan ketika i'tidal, Nabi saw bahkan memujinya.

    Sesetgh umat Nabi Isa a.s. pula mengamalkan "rahbaniyah" dan ianya tidakpun dicela oleh Allah swt.

    Kesimpulan mudahnya, apa pun perkara baru yg tidak dilakukan Nabi saw, yg tiada perkara mungkar pdnya mk itu bukanlah bid'ah dholalah yg dikatakan akan ke Neraka. Apatah lg perkara perkara yg jelas ada kebaikannya. Bahkan bermudah mudah membid'ahkan golongan tak sependapat itulah yg sebenarnya bid'ah dholalah, kerana ia semmgnya tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw, mahupun Para Sahabat Baginda r.anhum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Membaca tarhim sebelum waktu subuh dgn loud speaker luar yg kuat semmgnya mengganggu kejiranan apatah lg bg surau surau yg sgt dekat dgn rumah rumah di sekelilingnya. Ia juga mengganggu khusyuk mrk mrk yg beribadah dihujung malam. Bila ianya diatasnamakan sbg amalan agama, semmgnya ia mendtgkan fitnah pd agama. Seharusnya dihentikan.

      Padam
    2. Saya sangat berterima kasih banyak Kpd Kyai SANJAYA, atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok Kyai SANJAYA, itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan Kyai,,bagi anda yang ingin dibantu sama Kyai SANJAYA silahkan hubungi Kyai di 085-328-880-180 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok Kyai KLIK<>DISINI

      Padam
  2. Yahudi kufur diketahui adalah kaum yg diMurkai Allah swt.
    Mrk mengetahui kebenaran tp berpaling drnya, mengabaikannya, menolaknya, mendustakannya, bahkan mengada ngadakan kebohongan terhdpnya. Semua tindakan sedemikian adalah tindakan kufur terhdp Allah swt. Dlm masa yg sama mrk mengaku beriman kpd Allah swt dan Hari Akhir.
    Sering dipertanyakan dlm Al Quran ; "Siapakah yg lbh zalim ?" dr org org yg sedemikian. Semestinyalah tiada yg lbh zalim drnya, bahkan ia lbh zalim dr kesyirikkan golongan musyrikin yg sesat.
    Antara sifat mrk yg diMurkai itu termasuklah mengada ngadakan perkara yg bukan dr ajaran agama namun mendakwakannya sbg ajaran agama secara dusta termasuklah antaranya mengarang ngarang sesuatu yg didakwa dr Allah swt sedang ianya bukan dr Allah swt. Kebid'ahan sebeginilah yg membawa kesesatan yg menjerumuskan ke Neraka.

    WaAllahu'alam !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu isu khilaf furu' agama, spt baca Yasin mlm Jumaat, talkin dan bacaan Quran atas kubur, doa qunut subuh, bacaan tarhim sebelum subuh dsb, walaupun tidak dipersetujui, tidaklah seharusnya dituduh sbg bid'ah dholalah yg diancamkan ke Neraka. Adalah sgt janggal bila nanti ada golongan yg masuk ke Neraka hanya kerana tindakannya melazimi membaca Yasin pd setiap malam Jumaat, atau melazimi membaca doa qunut semasa solat subuh.

      Padam
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  4. Bgmn anda mengetahui pegangan dan amalan anda benar ?
    Bila ia menjadikan anda seorg yg tenang, tawadduk dan penyantun.

    Bgmn anda mengetahui pegangan dan amalan anda salah ?
    Bila ia menjadikan anda seorg yg kasar, degil dan angkuh.

    Bgmn mengetahui jamaah / firqah yg benar dan yg salah ?
    Yg benar bila, rata rata pimpinan dan ahlinya dr kalangan org org yg tenang, tawadduk dan penyantun.
    Yg salah dan yg sesat bila, rata rata pimpinan dan ahli ahlinya dr kalangan org org yg kasar, degil / taksub dan angkuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bgmn meyakini kita seorg yg beriman ?
      Bila kita termasuk seorg yg melazimi mendtgi dan memakmurkan masjid masjid Allah swt, solat jamaah dan aktiviti aktiviti amal soleh lainnya.
      "Hanyasanya yg memakmurkan masjid masjid Allah (swt) itulah yg beriman dgn Allah (swt) dan Hari Akhir,..." (9:18).

      Bgmn menambahkan iman ?
      Bnykkn membaca dan mentadabburkan Al Quran, serta bnykkn mengikuti pengajian Al Quran.
      "Org org yg kami berikan kpdnya Al Kitab, mrk membacanya dgn sebenar benar bacaan, mrk itulah yg beriman dgnnya,..." (2:120).
      "...dan bila dibacakan kpd mrk ayat ayatNya bertambahlah iman mrk,..." (8:2).

      Padam
  5. Sekadar perkongsian, jika ingin turut diamal.

    Ketika solat sendirian, saya sering menambah ;
    1. Selepas tasbih yg biasa diucap ketika ruku' dan sujud, saya tambahi ungkapan " 'adada khalkihi wa ridho nafsihi wa zinati 'arshihi wa midadakalimatihi" - bhgn dr tasbih Juwairiyah r.a.
    2. Ketika 'itidal, selepas zikir yg lazim dibaca, ditambah dgn zikir Rifa'ah, seterusnya saya tambahi lg dgn zikir taubat Nabi Yunus a.s dan doa taubat Nabi Adam a.s.
    3. Ketika duduk antara dua sujud, selepas doa yg lazim dibaca, ditambahi dgn "wa 'ala ali wa azwaji wa zurriyati".
    4. Selepas habis bacaan tahiyat akhir ditambahi dgn doa doa yg terlintas di hati ketika itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum mengangkat takbir memulakan solat pula sering saya berdoa ;
      1. Rabbij'alni muqimassolah wa min zurriyati Rabbana wa taqabbal du'a.
      2. Allahumma a'inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika,
      3. Rabbi a'uzubika min hamazatissyayathin wa a'uzubika Rabbi ain-yahdhurun.
      Selain dr Surah An Nas.

      Padam

Popular Posts