Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Doa lailatul qadar

*
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi)

*

Dapat lapar dan dahaga sahaja

*

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada pahala di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

*

Beriman walaupun tidak pernah lihat

*


Nabi saw.  bersabda, "Berbahagialah orang yang melihat ku dan beriman kepada ku,"  Nabi saw. ucapkan kalimat ini satu kali. "Berbahagialah orang yang beriman  kepada ku pada hal dia tidak pernah melihat ku." Nabi ucapkan kalimat terakhir  ini tujuh kali. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim).

*

Mardhatillah



Mardhatillah bererti keredhaan Allah. 
Redha Allah yang diharap. 

*

Popular Posts