Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Mencari nafkah adalah ibadah

*



Pernah sahabat Nabi saw. merungut apabila melihat seorang yang badannya kasar kerana kuat bekerja dan berkata: "..Alangkah baiknya jika dia menggunakan kekuatan tubuhnya itu untuk berjihad pada jalan Allah" Mendengar itu Rasulullah saw. pun bersabda: "Jika dia bekerja mencari nafkah untuk anak-anaknya yang kecil adalah Fi Sabilillah, jika dia bekerja untuk kedua ibu bapanya pun Fi Sabilillah, jika dia bekerja mencari nafkah untuk dirinya sendiri juga dikira Fi Sabilillah, tetapi jika dia bekerja dengan tujuan menunjuk-nunjuk dan riak, maka itu adalah Fi Sabili syaitan (pada jalan syaitan). (HR. Bukhari dan Muslim dan Tirmidzi)

*

1 comment:

Popular Posts