"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Sapu Muka Lepas Doa

*

Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu muka selepas berdoa adalah SUNAT.

Di dalam kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi رحمه الله تعالى pada bab adab-adab ketika berdoa, beliau berkata: “Dan telah berkata Abu Hamid al-Ghazali didalam ihya, adab berdoa itu ada sepuluh. …….. Yang ketiga: menghadap qiblat, dan mengangkat kedua belah tangan dan menyapu keduanya ke muka pada akhir doa (setelah habis berdoa) …”

Di dalam kitab Fathul Muin, karangan Syaikh Zainuddin Ibni Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’iy, dituliskan: “Dan disunatkan waktu berdoa itu, mengangkatkan kedua tangan yang suci keduanya sampai sejajar dengan dua bahu, dan disunatkan menyapu muka dengan kedua tangan itu selepas berdoa …”

Di dalam kitab Hasyiah al-Baijuri, karangan Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad As Syafie Al Bajuri, dituliskan: “Dan tidaklah disunatkan menyapu muka setelah selesai berdoa di dalam solat [contohnya doa qunut], bahkan terlebih baik meninggalkannya. Bersalahan dengan ketika di luar solat, maka disunatkan menyapu muka ……”


Hadith Sayyidina Umar yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi: "Sesungguhnya nabi sallallahu `alaihi wa sallam sekiranya mengangkat tangannya (untuk berdoa), baginda tidak akan meletakkan tangannya ke bawah kembali melainkan selepas disapu mukanya".  
Ibn Hajar di dalam kitab Bulugh al-Maram dan juga Imam al-Son’ani di dalam Subul al-Salam menyatakan yang hadith ini diterima sebagai hadith hasan kerana banyak hadith-hadith saksi penguat yang lain, seperti hadith riwayat Ibn Abbas di dalam Sunan Abu Daud dan juga beberapa kitab hadith yang lain. 


Wallahu 'alam.



Link pilihan:

Hukum sapu muka selepas solat


*

Popular Posts