"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Redha Allah

*

NASIHAT AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ

لا تحمل هم الدنيا فإنها لله ، ولاتحمل همَّ الرزق فإنه من الله ، ولاتحمل هم المستقبل فإنه بيد الله .. فقط احمل همًا واحدًا : كيف ترضي الله

"Janganlah kamu menanggung risau tentang dunia kerana itu urusan Allah, janganlah kamu menanggung risau tentang rezeki kerana itu dari Allah, janganlah kamu menanggung risau tentang masa depan kerana itu kekuasaan Allah. Yang harus kamu tanggung adalah satu kerisauan, iaitu bagaimana Allah SWT redha kepadamu...."

والله اعلم

*

TAJSIM dan TASYBIH

*

TAJSIM ialah menjisimkan atau berjisim.
TASYBIH ialah menyerupakan dengan makhluk.

Fahaman "Allah di atas langit" ada TAJSIM dan TASYBIH.

ATAS adalah ARAH.. Adanya ARAH kerana adanya JISIM. Kerana salah satu daripada sifat JISIM ialah mempunyai ARAH. Bila menetapkan ARAH bagi Allah, maka telah menetapkan Allah berJISIM. Ini namanya TAJSIM.

Allah cipta TEMPAT hanya untuk MAKHLUK. MAKHLUK mesti berTEMPAT. LANGIT adalah TEMPAT. Bila menetapkan Allah di atas LANGIT maka telah menetapkan Allah berTEMPAT. Ini telah menyerupakan ALLAH dengan makhluk. Ini namanya TASYBIH.




Wallahu A'lam.


Link pilihan:

Allah Ada Di Mana ?

IMAM Syafi`e Menghukum KAFIR Orang Yang Mengatakan Allah duduk Atas Arasy

Manhaj SALAF Yang Sebenar

Panduan Mencari Kebenaran

Pembohongan atas nama IJMAK Ulama



*

Ibnu Taimiyyah

*

Antara ulama besar ASWJ yang mengkritik keras Ibnu Taimiyyah (agar umat Islam berhati-hati dengan fatwanya) ialah Imam Ibnu Hajar al-Haithami sebagaimana yang terkandung dalam karyanya al-Fatawa al-Hadithsiyyah:

واياك ان تصغي الى ما في كتب ابن تيمية وتلميذه ابن القيم الجوزية وغيرهما ممن اتخذ الهه هواه واضله الله على علم و ختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره غشاوة فمن يهديه من بعدالله. و كيف تجاوز هؤلاء الملحدون الحدود و تعدواالرسوم وخرقوا سياج الشربعة والحقيقة فظنوا بذالك انهم على هدى من ربهم وليسوا كذالك

Terjemahan bebas:
“Maka berhati-hatilah kamu, jangan kamu mendengar apa yang ditulis oleh Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah dan selain keduanya dari orang-orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah telah menyesatkannya dari ilmu serta menutup telinga dan hatinya dan menjadikan penghalang atas pandangannya. Maka siapakah yang mampu memberi petunjuk ke atas orang yang telah Allah jauhkan? Bagaimana orang-orang sesat itu telah melampaui batasan-batasan syariat dan aturan, dan mereka juga telah merobek pakaian syariat dan hakikat, mereka masih menyangka bahawa mereka di atas petunjuk dari tuhan mereka, padahal sungguh tidaklah demikian.”



Pandangan Baba Ghazali Ahmad tentang Ibnu Taimiyyah -> https://youtu.be/EYA12weepY8

Pandangan Syeikh Nuruddin tentang Ibnu Taimiyyah -> https://www.youtube.com/watch?v=FuaJbsXHER0

Kisah Taubat Ibnu Taimiyah 1 -> http://www.sarkub.com/2011/ibnu-taimiyah-akhirnya-taubat

Kisah Taubat Ibnu Taimiyah 2 -> http://ibnu-alkatibiy.blogspot.com/2011/12/kisah-taubatnya-ibnu-taimiyah-di-tangan.html

Tiada niat untuk mengaibkan ulama besar. Sekadar berkongsi maklumat untuk pertimbangan bersama.

Wallahu A'lam.



Link pilihan:  

https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1252338601463714   

http://abaizzat.wordpress.com/2008/01/21/pendapat-para-ulama-terhadap-ibn-taimiyah   

http://wahabinews.wordpress.com/2012/04/21/benarkah-para-ulama-memerangi-faham-sesat-ibnu-taimiyah 


http://abulehyah.blogspot.com/2008/08/qubur-siapakah-ini.html  


http://kiraitomy.wordpress.com/2011/03/28/para-ulama-ahlussunnah-memerangi-ibnu-taimiyah-mengenal-tiang-utama-ajaran-sesat-wahabi 

https://www.facebook.com/notes/von-edison-alouisci/syaikh-ibnu-taimiyah-al-harrani-dihukum-sesat-akidah/696084250408289



*

Pengiraan Waktu Solat Dhuha

*

Waktu Solat Dhuha

Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak
bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi satu galah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.


Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak






Waktu Syuruk = 07:10 pagi
Waktu Subuh = 05:48 pagi.

Waktu Dhuha ialah :
Waktu Syuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)
= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)
= 07:10 pagi + 27 minit
= 07:39 pagi.
Waktu Dhuha Bermula dari pukul 07:39 pagi.


Waktu Afdal Solat Dhuha

Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk waktu Zuhur.


Tamat Waktu Solat Dhuha

Waktu tamat atau waktu berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/12/pengiraan-waktu-dhuha-berdasarkan-formula-falak/


*



*

Kisah Al Imam Fakhrul Wujud

*

Suatu hari seorang wanita mendatangi rumah Al Imam Fakhrul Wujud Syeikh Abi Bakar bin Salim ra. Maksud kedatangan wanita itu adalah untuk memberikan semangkuk bubur gandum kepada Al Imam. Dia telah membuat bubur tersebut semalam suntuk, khusus untuk diberikan kepada Al Imam. Ketika wanita itu sampai di depan pintu rumah Al Imam, maka penjaga pintu berkata: "Ibu mau ke mana?" Wanita itu berkata: "Aku ingin menghadiahkan semangkuk bubur ini untuk Al Imam Syeikh Abi Bakar bin Salim." Maka penjaga itu berkata: "Wahai ibu, lebih baik makanan ini anda sedekahkan saja kepada para fuqara, kerana setiap hari di dapur Al Imam selalu dipenuhi dengan sembelihan kambing dan berbagai macam makanan yang dimasak setiap harin." Wanita itu pun merasa kecewa, namun menyedari apa yang telah dikatakan oleh penjaga itu, kerana pastilah semangkuk bubur itu tidaklah ada ertinya bagi Al Imam Fakhrul Wujud.

Dia pun kemudian pergi meninggalkan rumah Al Imam. Al Imam Fakhrul Wujud adalah seorang yang memiliki firasat yang sangat tajam. Saat itu Al Imam Fakhrul Wujud sedang duduk bersama para tamunya. Tiba-tiba saja beliau keluar dan berlari untuk mengejar wanita yang tadi mendatangi rumahnya, seraya memanggil: "Wahai ibu! Apa yang engkau bawa?" Penjaga pintu itu terperanjat dan kehairanan kerana baru pertama kali ini dia melihat Al Imam berlari. Maka ibu itu berkata: "Wahai Imam, aku membawa semangkuk bubur ini, yang ku buat semalaman hanya untuk ku berikan kepadamu, namun penjagamu mengatakan bahwa semangkuk bubur ini, tidaklah bererti untukmu, kerana di dapur rumah mu telah dipenuhi banyak sekali makanan yang lebih baik. Maka sebaiknya bubur ini ku sedekahkan saja kepada fakir miskin." Beliau berkata: "Wahai Ibu, maafkanlah penjaga pintu itu, kerana dia tidak tahu kesukaanku. Ketahuilah! Tidak ada hadiah yang lebih membuatku gembira, selain hadiah bubur dari mu ini, semoga Allah membalas kebaikanmu." Al Imam Syeikh Abi Bakar bin Salim pun menerima makanan itu dengan gembira lalu beliau memberikan kepada wanita itu 1000 dinar. Wanita itu pun berbunga-bunga hatinya, bukan kerana duit 1000 dinar yang dia terima, tetapi kerana Al Imam sudi menerima hadiah darinya yang tidak seberapa tersebut. 

Al Imam Syeikh Abi Bakar bin Salim kembali kepada penjaganya dan berkata: "Tahukah engkau bahwa ibu itu telah bersusah payah membuatkan makanan ini untukku, walaupun hanya sedikit. Maka seperti itulah keadaanku di hadapan Allahu shubhânahu wa ta‘âlâ, yang mana aku telah beribadah semampu ku namun tidak ada ertinya di hadapan Allah, dan jika engkau mengusir ibu itu, bagaimana jika nantinya jika aku terusir dari rahmat Allah?" 

MasyaAllah Tabarakallah ...

*

Popular Posts