"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Wirid selepas solat Maghrib & Subuh

*

Wirid selepas solat Maghrib & Subuh

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai SOLAT SUBUH, maka bacalah sebelum kamu berbicara yang lain: “ Allahumma ajirni minan naar” sebanyak TUJUH KALI, maka sekiranya kamu mati pada pagi itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai solat MAGHRIB maka bacalah sebelum kamu berbicara yang lain: “Allahumma ajirni minan naar” sebanyak TUJUH KALI, maka sekiranya kamu mati pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Diriwayatkan antaranya oleh Abu Daud dan Imam Ahmad dalam al-Musnad)

*

Popular Posts