"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Yaqazah

*

"Suri" juga diistilahkan sebagai "Yaqazah" oleh para ulama'. Menurut Kamu Idris al-Marbawi[1] dan Dictionary Hans Wehr[2], Arti yaqazah menurut bahasa ialah jaga, ingat, sedar (bukan dalam keadaan mimpi), (yaqazah-yaqiza/yaquza)

Pengertian yaqazah di sisi ilmu tasawwuf pula ialah bertemu atau berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan mimpi).

Anugerah yaqazah ini adalah daripada Allah yang tidak mustahil berlaku. Walaupun ia merupakan perkara yang bertentangan dengan adat kebiasaan (luar dari kebiasaan) pada logika manusia, namun ia masih dalam lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah s.w.t. mengadakan atau tiadakannya.

Tidaklah mustahil penanugerahan ber-yaqazah juga merupakan antara karomah sejumlah para wali-Nya. Di antara prinsip dasar Aqidah Ahlussunah Wal Jama’ah adalah menyakini dan membenarkan adanya jenis-jenis perkara luar kebiasaan (khawariq lil-‘adah) yang boleh berlaku kepada golongan selain para rasul.

Antara dalil-dalil bagi mengemukan keharusan berlaku yaqazah adalah:

· Peristiwa Isra’ Mi’raj di mana Rasulullah s.a.w. dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. (sedangkan Nabi Musa a.s. telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.) sebagaimana ditafsirkan di dalam Al-Qur’an[4].

· Riwayat mengenai Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Isra’ sebelum Baginda s.a.w. dimi’rajkan[5]. Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis: “Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karomah) untuk bertemu dengan zat Nabi baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya”.

· Dipetik daripada Sahih al-Bukhari[6], حدثنا عبدان أخبرنا عبد الله عن يونس عن الزهري حدثني أبو سلمة أن أبا هريرة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول من رأني في المنام فسير اني في اليقضة ولا يتمثل الشيطان بي Sesungguhnya Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku dengar Nabi bersabda: “Sesiapa yang melihat aku di dalam mimpi, maka dia akan melihat aku di dalam yaqazah (keadaan jaga) dan shattan tidak boleh menyerupai diriku.”

Al-‘Allamah Al-Mufti Dr. Ali Jum’ah juga menjelaskan perihal hadis tersebut (Al-Bayan m/s161): “… Hadis tersebut menceritakan tentang kebolehan (keharusan) seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di semasa hidupnya di dunia…”

Lihatlah kitab ulama’ yang membahaskan mengenai masalah yaqazah:
· Imam Ibn Hajar dalam Fathul Bari iaitu syarah terhadap Sahih al-Bukhari.
· Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim.
· Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam buku fatwa beliau.
· Syeikh Yusuf an Nabhani di dalam Kitab Afdalul Salawat dan Kitab Sa’adah ad-Daraini.
· Imam al-Ghazali di dalam Kitab Al-Munziqu minal Dzalal.
· Imam Abdul Wahab Asy-Sy’arani di dalam Kitab Al-Mizan. Beliau meriwayatkan ucapan Imam Suyuthi, Imam Abu Hassan Asy-Syazili dan Imam Abu Abbas Al-Mursi mengenai pertemuan mereka dengan Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (sedar terjaga).
· Husain Hasan Tomai pada bukunya bertajuk “Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya”, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Bharu, Kelantan, 1989.
· Imam As-Suyuti di dalam kitab Tanwir Al-Halak fi Imkan Ru’yatu An-Nabi wa Al-Malak. Beliau berkata dalam “pendahuluan” pada m/s 10 percetakan Dar Jawamik Al-Kalim: “Telah banyak yang mempersoalkan mengenai sebahagian ahli rabbani yang melihat Nabi secara yaqazah ini. Adapun suatu golongan yang mengingkarinya pada zaman ini merupakan mereka yang tidak mempunyai latar belakang ilmu (yang cukup dalam bidang agama), sehingga menyebabkan mereka mengingkarinya dan berasa pelik mengenainya sehingga mendakwa bahawa ianya mustahil. Kini saya mengarang penulisan ini mengenai perbahasan tersebut…”

Rujukan:
[1]. Kamus Idris Al-Marbawi, karangan Sheikh Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Darul Nu’man, halaman 401.
[2]. Arabic-English Dictionary The Hans Wehr, edited by JM Cowan, 4th edition, halaman 1298. (awakening, waking, wakefulness, sleeplessness, vigilance, alertness, keenness of mind)
[3]. Rumusan daripada nota DPI Pergas-Kolej UNITI (modul DIA2113) bab Aqidah II halaman 41-45. [4]. Surah as-Sajadah: 23
[5]. Sila rujuk kepada artikel Isra’ Mi’raj di lelaman web kami (www.ahmadiah-idrisiah.com) untuk keterangan lanjut.
[6]. Matan yang serupa terdapat di dalam Sunan Abi Dawud namun berbeza sanad perawinya, yakni حدثنا أحمد بن صالح حدثنا عبد الله بن وهب قال أخبرني يو نس عن ابن شهاب قال أخبرني أبو سلمة بن عبد الر حمن أن أبا هريرة Juga, hadith serupa yang menjadi hujjah bagi membenarkan melihat Nabi di dalam mimpi terdapat di sisi Imam Muslim, Imam Tirmidziy, Imam Ibn Majah, Imam Ahmad, Imam Ad-Dairami.
[7]. Kitab ‘Fatwa’ jilid 2 bilangan 63 (1988), Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988.
[8]. Kitab Al-Fawakih Ad-Diwani karangan Imam An-Nafrawi, jilid 3, m/s 360.
[9]. Buku yang diterjemah: Ilham, Kasyaf dan Mimpi daripada kitab Syaikh Al-Qaradhawi berjudul Mauqif al-Islam minal Ilham wal Kasyf war Ru’a wa minat Tama’imi Kahanah war Ruqa’, Maktabah Wahbah, 1415-H, Al-Qahirah Mishr.

Dipetik daripada laman web www.ahmadiah-idrisiah.com

*

2 ulasan:

  1. Yaqazah adalah ungkapan khusus bg org org yg terkhusus.
    Tentunya menimbulkan fitnah bila dibuka kpd perbincangan umum. Kelak ada yg mengatakannya ilusi dan halusinasi.

    BalasPadam
  2. Sekadar perkongsian,

    Satu ketika, saya bermimpi berjalan mengikuti di belakang sosok yg saya rasakan sbg Nabi kita saw. Sampai di suatu tempat beliau berhenti, dan terlintas di hati utk menyalami dan mencium tgnnya, namun seketika itu juga beliau mengangkatkan tgnnya berdoa, mk saya pun turut mengangkat tgn mengaminkan, dlm keadaan kedua tgn kanan dan kiri saya rapatkan. Beliau mengisyaratkan agar saya menjarakkan antara dua tgn saya, mk saya pun menjarakkannya sekira kira satu hasta. Sejak itu, ketika mengangkat tgn utk berdoa, saya tidak lg merapatkan dua tgn saya.

    Namun begitu, perlu kita ingat, mimpi atau pun yaqazah bukan sumber syariat baru.

    BalasPadam

Popular Posts