"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hukum Pakai Serban Kopiah

*

Seorang yang tidak memakai penutup kepala tanpa uzur, maka makruh hukumnya. Terlebih lagi ketika melakukan solat fardhu, dan teristimewa lagi ketika mengerjakan solat secara berjamaah. [Lihat As-Sunan wal Mubtadaat (hal. 69) karya Asy-Syuqoiriy].

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata, "Menurut hematku, sesungguhnya solat dengan tidak memakai tutup kepala hukumnya adalah makruh. (Tamamul Minnah fit Ta’liq ‘ala Fiqhis Sunnah (hal. 164-165)).

Yang perlu disebutkan di sini adalah bahwa solat tanpa mengenakan tutup kepala hukumnya adalah makruh saja, dan solat tidak batal sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Baghawi dan majoriti ulama lain. [Lihat Al-Majmu’ (2/51).

Ulama mengatakan, tidak menutup kepala ketika solat hukumnya MAKRUH. Makruh bermakna kalau solat dengan tidak menutup kepala, tidak berdosa tetapi jika tutup kepala akan dapat pahala. Orang yang solat dengan menutup kepala akan mendapat PAHALA menutup kepala, orang yang tidak menutup kepala tidak dapat pahala menutup kepala.

*
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan, “Apabila Rasulullah s.a.w. memakai amamah (serban), baginda akan biarkan shamlah (hujung atau ekornya) diantara bahunya (iaitu di belakang).” Nafi’ berkata, “Aku telah lihat Abdullah Ibn Umar r.a. meniru cara yang sama.” Ubaidullah, seorang murid Nafi’ berkata, “aku lihat Qasim bin Muhammad (cucu Abu Bakar r.a.) dan Salim bin Abdullah (cucu Umar r.a.) juga mengikut cara yang sama. (Sunan Tirmidzi, Bab Pakaian, Hadith 1736)

Ibnu ‘Asakir meriwayatkan Tarikhnya, Imam Malik berkata :
لا ينبغي أن تترك العمائم ولقد اعتممت وما في وجهي شعرة
Tidak sepatutnya ditinggalkan amalan memakai serban. Sesungguhnya saya memakai serban sejak belum tumbuh rambut di wajah saya (belum bermisai dan berjanggut)”.

Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Manaqib asy-Syafi’ie menyebutkan antara lainnya; Rabi’ bin Sulaiman pernah ditanya orang tentang cara berpakaian dan jenis pakaian Imam Syafi’ie. Rabi’ menerangkan; “Pakaiannya adalah sederhana, tidak memakai jenis pakaian yang mahal, dia hanya memakai kain yang diperbuat dari kapas dan tenunan Baghdad, kadang-kadang dia memakai kopiah dan tidak berlebih-lebihan dan dia lebih sering memakai serban….”.

*

1 ulasan:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    BalasPadam

Popular Posts