"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Bukan Semua Bid'ah Adalah Tertolak

*
Rasulullah ﷺ dengan sabdaan baginda:

*مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنَا هَذَا ما لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌ*

Mafhumnya: “Sesiapa yang melakukan perkara yang baharu dalam perkara agama kita ini, yang bukan daripadanya (perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadith serta ijmak), maka ia adalah tertolak”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Hal tersebut kerana Rasulullah ﷺ memberi kefahaman kepada kita melalui sabda baginda: “ما لَيْسَ مِنْهُ” (apa yang bukan darinya), bahawa perkara yang baharu itu hanya ditolak apabila ia bercanggah dengan syariat manakala perkara baharu yang tidak bercanggah dengan syariat maka tidak sesekali ditolak bahkan diterima.

Rasulullah ﷺ tidak pernah pula bersabda:

*مَنْ أَحْدَثَ في أمْرِنا هَذا فَهُوَ رَدٌّ*

Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan perkara yang baharu dalam perkara agama kita ini maka ia tertolak”.

Bahkan baginda Rasulullah mengikat perkara baharu tersebut dengan syarat iaitu “ما لَيْسَ مِنْهُ” (perkara yang bertentangan dengan syariat), bagi menjelaskan kepada kita bahawa perkara baharu jika ia bertepatan dengan syarak maka ia adalah perkara yang diterima atau dibenarkan. Jika ia bukan daripadanya (tidak bertepatan dengan syarak) maka ia dilarang dan ditolak.

والله أعلم وأحكم

✒ Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

Popular Posts