"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Syarat Khusyu'

*

Seseorang bertanya kepada Sayyidina Al-Habib Umar bin Hafidz :
"Bagaimana agar kita boleh khusyu?" Al-Habib Umar bin Hafidz menjawab: "Seseorang di katakan khusyu' jika memenuhi 6 kriteria, iaitu:

1. (Hudurul Qalb) Hadirnya Hati. Hadirnya hati harus di latih terus-menerus, bila hati kemana-mana paksa untuk kembali lagi, InsyaAllah , hati akan terbiasa hadir.

2. (Tafahhumul Ma'ani) Memahami arti atas apa yang kita katakan dan kita sedang lakukan.

3. (Al ijlal watta'dzhim) Adanya rasa mengagungkan dan memuliakan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Terkadang kita hadir hati, mengetahui erti, tapi tanpa pengagungan hal ini seperti seseorang yang memahami perkataan anak kecil yaitu tidak terlalu menghiraukannya.

4. (Al ijlal watta'dzhim ma'al Haibah) Hendaknya rasa memuliakan akan dan pengagungan tadi di iringi dengan rasa haibah (kewibawaan). Haibah : Rasa takut yang timbul kerana rasa mengagungkan. Takut solat kita tidak diterima oleh Allah.

5. (Ar-Raja') Kuatnya harapan bahwa solat kita di terima oleh Allah juga menjadi sebab dekatnya kita pada Allah serta mengharapkan mendapat balasan yang agung.

6. (Haya') Adanya rasa malu bahwasannya kita tidak menunaikan hak Allah dengan semestinya.

Kemudian Al-Habib Umar mengatakan :
"Jika enam kriteria ini terdapat padamu maka solatmu boleh dikatakan solat yang khusyu' "Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada kita sehingga mampu mengamalkan tips yang ada di atas ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan kita termasuk orang-orang yang khusyu' dalam solat."

*

2 ulasan:

  1. Mula dgn niat yg betul ;
    Solat wajib, kerana ianya perintah Allah swt, sbg tanda ketaatan kita kpdNya.
    Solat sunat, kerana kita ingin melakukan sesuatu yg disukai Alah swt, agar Allah swt suka pd kita.
    Mk lakukan dgn tenang dan sesempurna sempurnanya serta dgn sebaik baiknya. Bayangkan sedang berdiri dan berkata kata di hadapan Allah swt, serta dikelilingi dan diperhatikan oleh para Malaikat, Nabi saw dan org org mukmin terdahulu.

    BalasPadam
  2. Mukmin yg sempurna imannya itu, khusyuk solatnya, dan sempurna solatnya.
    Khusyuk, hadir hatinya mengingati Allah swt, menghayati bacaan bacaannya dan gerakkan gerakkannya.
    Sempurna thoharahnya, sempurna wudhuknya, sempurna syarat syarat sahnya, sempurna rukun rukunnya fi'li dan qaulinya, tenang bacaan bacaannya, tenang gerakkannya, yg fardhu sempurna dgn berjama'ah.

    BalasPadam

Popular Posts