"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Istiqomah dan khusyuk

*

Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan :

Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan) 

dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.

*

Kurma Ajwah

*

Rasullullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang makan pada waktu pagi 7 biji kurma 'Ajwah, tidak akan memberi mudarat kepadanya racun dan sihir pada hari tersebut." (HR. Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)

*

Hukum Baca Usolli

*

Hukum menyebut usolli atau membaca lafaz niat sebelum solat adalah SUNAT di dalam Mazhab Syafie.

Imam an-Nawawi di dalam kitab karangannya "Minhajuth - Tholibin" mukasurat 9, Bab Sifat ash-Solah, menyatakan: Niat itu dengan hati dan DIMANDUBKAN (disunatkan) bertutur (i.e. berlafaz) sebelum takbiratul ihram.

Di dalam kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah (1/205), Syeikh Abd ar-Rahman al-Juzairi, menyebutkan : “Disunatkan melafazkan dengan lidah akan niat seperti dia mengucapkan lidahnya, “Sahaja aku solat fardhu Zohor empat raka’at” kerana pada yang sedemikian itu peringatan bagi hati… Dan hukum ini disepakati di sisi Mazhab Syafi’iyah dan al-Hanabilah. Bagi Mazhab Malikiyah dan Hanafiyyah, melafazkan niat tidak disyariatkan pada solat, melainkan apabila orang yang solat itu was-was”. Pendapat mazhab Hanafi dalam perkara ini boleh dirujuk dalam kitab Dur al-Mukhtar dan Syarhnya, Mazhab Maliki dalam Syarh ad-Dardir ‘ala Matn al-Khalil dan al-Mawaqi dan Mazhab Hambali dalam Kasyf al-Qina’ ‘ala Matn al-Iqna’.

Sunat bererti jika buat diberi pahala, jika ditinggal rugi.


Hadits sahih riwayat imam Muslim no : 2168 berikut :

ان انس رضى الله فال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " لبيك عمرة و حجا "

Dari Anas Ra berkata, aku mendengar Rasulullah Saw mengucapkan “ Labbaik umrotan wa hajjan “.

Hadits ini berkaitan LAFAZ niat haji yang NABI lafazkan dengan lisan, maka membaca lafaz niat adalah sunnah. Ulama memgambil hadis ini sebagai QIAS untuk membaca lafaz niat untuk ibadah selain haji.



Wallahu 'alam.



Link pilihan :


http://ahlussunah-wal-jamaah.blogspot.com/2011/08/membaca-usholli-sebelum-takbiratul.html 

http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-berlafaz-niat-sebelum-solat.html  

http://kullubidatin.blogspot.com/2011/12/dalil-membaca-ushalli.html

http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/03/talaffuz-bin-niyyah.html
 


http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/03/talaffuz-bin-niyyah-ketetapan.html   

http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/05/imam-nawawi-tidak-usolli.html    

http://addriadis.blogspot.com/2011/06/hukum-membaca-usholli-dalam-sholat.html




*

Kelebihan 10 Muharram (Hari 'Asyura')

*

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi shollallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a., dia menceritakan bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayyidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan/menyenangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahun."

Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayyidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun." Sayyidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperolehi yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72)

Yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih banyak atau lebih istimewa daripada hari biasa, serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.


Wallahu 'alam.



Link pilihan :

Kelebihan Bulan Muharram



*

Rezeki Tertahan Kerana Dosa

*


”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).


*

Syaitan Kencing Dalam Telinga

*

Dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa ada seorang yang diceritakan kepada Rasulullah yang terus tidur hingga pagi hari dan tidak bangun untuk mengerjakan solat. Maka Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah kencing pada telinganya !”. (Sahih Bukhari: 245)


*

Popular Posts