"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hukum Qadha' Solat Fardu

*

Nabi bersabda, "Sesiapa yang lupa solat atau tertidur, maka dia mesti menggantikannya (qadha') apabila dia sedar." (HR Muslim)

Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Syarah Muslim: Seorang yang meninggalkan atau tertinggal atau terlupa solat fardu, WAJIB diqadha' atau diganti. Sekiranya ditinggalkan kerana uzur yang memaksa maka qadha' boleh dilambatkan. Sekiranya tanpa uzur,  maka wajib diqadha' dengan segera.


*



Artikel pilihan:

Hukum Meninggalkan Solat Fardu

Kepentingan Solat

*

Amalan Pada Hari Raya Aidil Adha

*


- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. (H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. (H.R : Jama'ah)

- Perbanyakkan Zikir
"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Salam 'idil Adha dari Lenggang Kangkung sekeluarga.





Link pilihan :

Kelebihan Ibadah Korban

Kelebihan Bulan-bulan Haram




*

Bulan Haram

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Empat bulan daripada bulan-bulan Hijrah disebut sebagai bulan haram. Bulan Haram yang dihormati itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Para ulama’ bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan dalamnya peperangan dan kezaliman. Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’diy dalam kitab tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman menyatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram kerana kehormatan dan pengharaman perang yang terdapat padanya.

Firman Allah SWT: “Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6). Al-Imam al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan bahawa kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah peperangan dan juga apa saja tindakan yang menjurus kepada kezaliman. Daripada ayat ini al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sesuatu kezaliman itu hukumnya adalah berdosa dan haram dan apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram maka dosanya adalah lebih berat. Dalam mazhab al-Syafi’ie pula menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja pada bulan-bulan haram maka diyah (denda) yang dikenakan ke atasnya adalah lebih berat berbanding bulan-bulan biasa.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 


Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).

Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .





Link pilihan :

Kelebihan Bulan Zulhijjah



*

Berzikir Semasa Bekerja

*

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan.   Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.

Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah akan diucapkan.

*

Jujur

*

Dari Ibnu Mas'ud ra. dari Nabi sallallahu `alaihi wa sallam beliau bersabda, "Sesungguhnya benar/jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga, seseorang yang membiasakan benar/jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar/jujur. Dan berhati-hatilah kalian dengan dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang yang selalu atau membiasakan berdusta akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari dan Muslim)






Link pilihan:

Pemimpin yang tidak jujur



*

Subhanallahi wabihamdih

*


Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan  سبحان الله و بحمده (SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH) (Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya) dalam satu hari seratus kali, nescaya dihapuskan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Ucapkan tasbih سبحان الله و بحمده (SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH) seratus kali, niscaya akan dicatat baginya seribu kebaikan dan dihapus baginya seribu keburukan." (HR. Muslim)

*


Follow my blog with Bloglovin

*

Popular Posts