"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Zikir

*


Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "INGAT".

Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati.

Ingat itu ialah di dalam hati atau di dalam minda tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan.

Solat, membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah.

Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri kita.

"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam pun bersabda, "Zikir kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

“Tidak ada amal yang dilakukan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah selain dari zikir kepada-Nya” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Imam al-Haddad rahimahullah menyatakan: segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan), Dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.

Wallahu a'lam.


*

5 ulasan:

  1. Mohon ijin untuk saya bagikan di facebook

    BalasPadam
  2. Sambil menunggu, sambil memandu, sibukkan hati, lidah dan bibir dgn zikrullah.
    Afdhaluzikr...La ilaha illa Allah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapakah ulul albab ?

      "Org org yg berzikrullah dlm keadaan berdiri, duduk dan berbaring, dan mrk berfikir ttg penciptaan sekelian langit dan bumi (dan mrk berkata) :Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semuanya ini dgn sia sia, Maha Suci Engkau, mk peliharalah kami dr azab Neraka." 3:191.

      3 cirinya ;
      1.Sentiasa zikrullah, dlm apa keadaan pun.
      2.Sering berfikir ttg Kebesaran Allah swt dlm penciptaan sekelian langit dan bumi serta isi isinya.
      3.Menginsafi diri dan minta perlindungan dr azab NerakaNya.

      Padam

Popular Posts