"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Berselawat Selepas Azan

*

Hadith Nabi SAW daripada Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma:

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Maksudnya: Sekiranya kalian mendengar muazzin melaungkan azan, maka sebutkanlah sepertimana yang dilaungkan oleh muezzin. Kemudian berselawatlah ke atasku dan barang siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat keatasnya dengan 10 kali. Kemudian mohonlah wasilah bagiku dan wasilah itu adalah satu kedudukan di syurga yang hanya disediakan untuk seorang sahaja dari kalangan hamba Allah dan aku mengharapkan agar aku dikurniakan kedudukan tersebut. Barang siapa yang memohon bagiku wasilah, maka halallah baginya syafaatku.

Riwayat Muslim (384)

*

Wirid selepas solat SUBUH

*

Hadis daripada Abu Zar, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Sesiapa yang membaca SELEPAS SOLAT SUBUH, dalam keadaan KAKINYA MASIH seperti TASYAHUD AKHIR, SEBELUM BERKATA-KATA yang lain, (bacaan:) " Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyii wa yumiit, wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir, sebanyak SEPULUH KALI, ditulis baginya SEPULUH KEBAGIKAN, DIHAPUS daripadanya SEPULUH KESALAHAN, DIANGKAT baginya SEPULUH DERAJAT, dan pada hari itu dia akan terhindar daripada HAL-HAL YANG BAHAYA dan TERHINDAR daripada GANGGUAN SYAITAN’. ” (HR at-Tirmizi no 3474 - sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

V

Wirid selepas solat Maghrib & Subuh

*

Wirid selepas solat Maghrib & Subuh

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai SOLAT SUBUH, maka bacalah sebelum kamu berbicara yang lain: “ Allahumma ajirni minan naar” sebanyak TUJUH KALI, maka sekiranya kamu mati pada pagi itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai solat MAGHRIB maka bacalah sebelum kamu berbicara yang lain: “Allahumma ajirni minan naar” sebanyak TUJUH KALI, maka sekiranya kamu mati pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Diriwayatkan antaranya oleh Abu Daud dan Imam Ahmad dalam al-Musnad)

*

Tasybih : Menyerupakan

*

TASYBIH = percaya bahawa Allah ada SIFAT MAKHLUK.

Allah TIDAK BOLEH ADA SIFAT ATAU CIRI-CIRI MAKHLUK.

Tasybih akan berlaku bila tidak faham SIFAT ALLAH dan SIFAT MAKHLUK.

Duduk, menetap, bertempat, berarah, bersemayam, beranggota, berwajah, berkaifiat, dll adalah SIFAT MAKHLUK.

Sesiapa percaya Allah ADA SIFAT MAKHLUK maka dia telah samakan Allah MACAM makhluk -> tasybih.

Makhluk boleh ada SIFAT ALLAH tetapi tidak sama darjat dgn Allah spt melhat, mendengar, berkata-kata.

Salaf beriman dan tidak tolak ayat quran YADULLAH.

Salaf TOLAK "MAKNA ZAHIR" YAD sebab mereka tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Salaf beriman dan tidak tolak ayat quran ISTAWA.

Salaf TOLAK "MAKNA ZAHIR" ISTAWA sebab mereka tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Anggota badan, duduk, jalis, bersemayam. menetap adalah SIFAT atau CIRI MAKHLUK.

Wahabi TERIMA "MAKNA ZAHIR" ISTAWA sebab mereka TIDAK tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Wahabi TERIMA "MAKNA ZAHIR" YAD sebab mereka TIDAK tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Wahabi TASYBIH sebab percaya Allah ADA SIFAT MAKHLUK kerana mereka TIDAK TAHU BEZA SIFAT ALLAH dan SIFAT MAKHLUK.


*

Popular Posts