"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

WAHABI adalah MUJASIMMAH

*



Mujassimah ialah orang yang mengatakan Allah ada JISIM, ada ANGGOTA TUBUH BADAN, seperti tangan, kaki, mata dll.

*

Sesiapa mengatakan Allah ada kaki, tangan, wajah, sebenarnya dia telah menjisimkan Allah Ta’ala, WALAUPUN dia kata kaki, tangan, wajah Allah tidak sama dengan kaki, tangan, wajah makhluk, WALAUPUN dia kata dia tidak bayangkan kaki, tangan, wajah Allah itu.

*

Imam Abu Jaafar ath-Thahawi berkata :

وَتَعَالىَ- أَيْ اللهُ- عَنِ اْلحُدُوْدِ وَاْلغَايَاتِ وَاْلأَرْكَانِ وَاْلأَعْضَاءِ وَاْلأَدَوَاتِ، لاَ تَحْوِيْهِ اْلجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ اْلمُبْتَدَعَاتِ

“Maha suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil mau pun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar maupun anggota badan yang kecil. Dia tidak diliputi oleh satu maupun enam arah penjuru (atas, bawah, kanan,kiri, depan dan belakang) tidak seperti makhluk-Nya yang diliputi enam arah penjuru tersebut”.[Al-Aqidah ath-Thahawiyyah : 38]

*

Imam Abu Hanifah radiyallahu 'anhu : Allah adalah sesuatu yang tidak sama seperti sesuatu yang lain. Makna sesuatu itu adalah (Dia) wujud tanpa jisim, tanpa jauhar dan tanpa ardh. (Al Fiqh Al Akbar)

*

Imam Abu Al Fadhl Abdul Wahid bin Abdul aziz At Tamimi (410H) meriwayatkan : Imam Ahmad bin Hanbal mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman. Beliau (Imam Ahmad) berkata : Sesungguhnya, nama-nama diambil daripada syariat dan bahasa. Adapun ahli bahasa meletakkan nama tersebut (nama-nama yang boleh membawa kepada maksud jisim) dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran, ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya. Sedangkan Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kejisiman tersebut. (Manaqib Imam Ahmad karangan Imam al Baihaqi)

*

Imam Ibn Al-Batthal Al-Maliki berkata:

غرض البخاري في هذا الباب الرد على الجهمية المجسمة في تعلقها بهذه الظواهر، وقد تقرر أن الله ليس بجسم

فلا يحتاج إلى مكان يستقر فيه، فقد كان ولا مكان ، وانما أضاف المعارج إليه إضافة تشريف ، ومعنى الارتفاع إليه اعتلاؤه - أي تعاليه - مع تنزيهه عن المكان

Imam Al-Bukhari membentangkan bab ini dalam menolak golongan Jahmiyyah dan Mujassimah pada pergantungan mereka terhadap makna-makna zahir (mutasyabihat) tersebut. Maka, beliau (Imam Al-Bukhari) telah menetapkan bahawasanya Allah s.w.t. tidak berjisim dan tidak berhajat kepada tempat untuk menetap padanya. Allah s.w.t. telah wujud tanpa bertempat, maka Al-Ma'arij (naik) kepadaNya itu merupakan suatu nisbah kemuliaan.. [Bahjah An-Nufus 13/416]

*

Punca ini boleh berlaku ialah kerana KESILAPAN MEMAHAMI AYAT AL-QURAN dan HADIS YANG MUTASYABIHAT.

*

Dari Aisyah rodiallahuanha:

قَالَتْ قَالَ : رَسُوْلِ اللّه صَلَى اللّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وصَحْبِه وَسَلَمْ ,إِذَاَ رَأَيْتُمْ الَذِيْنَ يَتْبَعُوْنَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ, يعْنِيْ القُرْآنَ فَأُوْلَئِكا الَذِيْنَ سَمّى اللّٰه فاحذروهم.

Rasulullah salllahuaiahiwasallam bersabda, “Jika kamu menyaksikan orang-orang yang mengikut (MAKNA ZAHIR) ayat-ayat mutasyabihat, mereka inilah yang disebutkan oleh Allah (SESAT, dalam surah Al Imran ayat 7), maka waspadalah terhadap mereka”. (H.R Bukhari 4547 & Muslim 2665)

*

Al Imam Ahmad ar-Rifa'i (W. 578 H) dalam al Burhan al Mu-ayyad berkata:

وقال الإمام أحمد الرفاعي المتوفى سنة 578 هـ : "صونوا عقائدكم من التمسك بظاهر ما تشابه من الكتاب والسنة فإن ذلك من أصول الكفر"

"Jagalah aqidah kamu sekalian dari berpegang kepada MAKNA ZAHIR ayat al Qur'an dan hadits Nabi Muhammad shallallahu 'alayhi wasallam yang MUTASYABIHAT sebab hal ini merupakan salah satu pangkal kekufuran".

*

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabn Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah: “Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah”.

*

Imam Imam Syafie berkata : Tidak boleh mengkafirkan seseorang pun dari ahli kiblat (Muslim) melainkan mujassim ( orang yang mengatakan Allah itu ada jisim) dan orang yang mengingkari ilmu Allah terhadap perkara-perkara juz'iyyat. (As Asybah wa An Nazho'ir m/s 488)

*

Contoh: https://www.youtube.com/watch?v=QYwP7pxu2wE


Wallahu A'lam.

Popular Posts