*
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa baginda berkata, "Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi ke dua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (HR Bukhari)
Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata: Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (HR Ibnu Majah)
Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata: Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya: "Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala". Maka orang tersebut pun berkata: Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan". Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap menyatakan: "Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah bagus". Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (HR Ahmad)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Dan berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan mengisbalkan pakaian, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai kesombongan". (HR Abu Daud)
Daripada 'Abdullah B. 'Umar radhiyallahu 'anhuma, telah berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat nanti". (HR Bukhari)
Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)
Isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari'at (melebihi buku lali).
Imam Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Shalihin menerangkan tentang larangan memanjangkan kain di bawah buku lali. Di mana dalam bab tersebut beliau berpendapat, jika menjulurkan kain di bawah buku lali kerana sombong maka hukumnya haram, jika bukan kerana sombong maka hukumnya makruh. Ini adalah pendapat dalam mahzab Syafie.
Wallahu a'lam
*
Solat Gerhana
*
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Jumu’ah)
Solat sunat gerhana lebih utama dilakukan secara berjamaah di masjid, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah.
Waktu solat ialah apabila ternyata gerhana telah berlaku dan berakhir apabila hilang gerhana.
Niat Solat Sunat Gerhana: “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.
Yang akmal (sempurna) dilakukan dengan dua kali qiyam/berdiri/baca fatihah dan dua kali ruku', pada setiap rakaat.
Ringkasan cara solat sunat gerhana:
1. Takbiratul Ihram dan berniat.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca mana-mana surah.
5. Ruku’.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.
7. Ruku'.
8. Iktidal.
9. Sujud..
10. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud.
12. Berdiri rakaat kedua.
Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca mana-mana surah.
3. Ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.
5. Ruku'.
6. Iktidal.
7. Sujud..
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.
Wallahu a'lam.
Beberapa link berkaitan panduan solat gerhana :
Tatacata solat gerhana

Telaga Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam
*
Allah Ta’ala menyediakan sebuah telaga khas kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terletak di padang Mahsyar pada hari kebangkitan semula nanti.
Ada perbezaan pendapat di antara para ulama tentang bila dan di mana manusia akan mendatangi telaga Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam itu. Imam Al Ghazali dan Al Qurthubi berpendapat telaga itu berada di padang Mahsyar sebelum menyeberangi sirat. Manakala Imam Bukhari rahimahullah berpendapat telaga Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam itu berada selepas melintasi sirat. Wallahu a’lam.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai al-haudh (telaga) dan mereka saling berbangga diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan sungguh aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” (HR at-Tirmidzi dalam Sunan at-Tirmidzi, no. 2443)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dialirkan pada telagaku itu dua saluran air yang (bersumber) dari (sungai al-Kautsar) di Syurga…” (HR. Muslim, no. 4255)
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menceritakan, “Pada suatu hari, ketika Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam berada di tengah-tengah kami, tiba-tiba baginda mengantuk sekejap. Kemudian baginda mengangkat kepala sambil tersenyum. Maka kami pun bertanya, “Apa yang membuat Tuan tersenyum, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Baru saja diturunkan kepadaku sebuah surah.” Lalu Beliau membaca: (maksudnya), Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kautsar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).” (Al-Katsar: 1-3). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Apakah kalian tahu apakah Al-Kautsar itu?” Kami (para sahabat) menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Al-Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabb-ku ‘Azza wa Jalla untukku. Di sana, terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah (sumber air) telaga yang akan didatangi umatku pada hari Kiamat. Jumlah gayungnya sebanyak bintang-bintang.” (HR Muslim, no. 400).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Telagaku (panjang dan lebarnya) satu bulan perjalanan. Airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada kesturi, cawannya sebanyak bintang di langit. Sesiapa yang minum darinya, dia tidak akan haus untuk selamanya.” (HR Bukhari, no. 6093 dan Muslim, no. 4294).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya telagaku itu lebih panjang dari jarak antara Aylah (sebuah kota di teluk ‘Aqobah, Yordania) dan ‘Adan (kota Yaman). Seeungguhnya air telagaku itu lebih putih dari salji, lebih manis dari madu dicampur susu, serta bejana-bejananya lebih banyak dari bintang-bintang. Aku sungguh akan menjaganya dari orang lain (selain umatku), sebagaimana seseorang menjaga telaganya dari unta orang lain.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah pada hari itu baginda mengenali kami?” Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Ya. Kalian punya tanda yang tidak dimiliki oleh umat lain. Kalian datang kepadaku dengan dahi dan kaki bercahaya putih kerana wuduk.” (HR Muslim, no. 364)
Tetapi ada sebahagian umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan diusir ketika ingin mendatangi telaga itu.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku adalah pendahulu kalian menuju telaga. Siapa saja yang melewatinya, pasti akan meminumnya. Dan sesiapa meminumnya, niscaya tidak akan haus selamanya. Nanti akan datang beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, namun mereka terhalangi dari menemui diriku.” (HR Bukhari, no. 6528 dan Muslim, no. 4243)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku berkata: “Mereka termasuk umatku!” Namun muncul jawaban: “Engkau tidak mengetahui perkara yang mereka ada-adakan selepas sepeninggalmu.” Aku pun berkata: “Pergi dari sini, Pergi dari sini, bagi orang yang mengubah (ajaran agama) setelahku.” (HR Bukhari, no. 6097)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya selepasku nanti akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan penipuan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan dapat mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan dapat mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi)

Tasbih Fatimah
*
Ali bin Abi Talib ra. menceritakan bahawa Fatimah ra. (isterinya, juga puteri Rasulullah) sering merasa sakit tangan dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya. Fatimah datang menemui Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah. Kemudian Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang permintaan Fatimah. Ali ra. berkata, Rasulullah telah datang ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun tetapi baginda mencegahnya seraya berkata: “Tetaplah di tempat kalian!” Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya. Setelah itu, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Kafir Mengkafir
*
Sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (HR Bukhari dan Muslim).

April Fool
*
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR. Ahmad dan At-Thabrani].
"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [HR. Abu Daud ]

Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
* Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ay...
-
* "Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa...
-
1. Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau ...
-
* Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh ....
-
* Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: ...
-
* Penjelasan Status Hadis Doa Bulan Rejab Hadis Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ? Kelebihan Bulan Rejab *
-
* "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditentukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah ditentukan ke atas umat-umat sebelum kam...
-
* Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh: DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Keria...
-
* Waktu Solat Dhuha Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu angga...
-
* Penjelasan Tentang Bid'ah. Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah: اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ ...