Rob banaq fir lana wali ikhwa ni nal lazi na sabaku naa bil ii maa ni wala taj a'l fii quluu binaa gril la lil lazii na a'aa manuu robbana in naka ra uu fur rahim.
Sujud Syukur adalah dianjurkan pada masa mendapatkan nikmat atau ketika terhindar dari musibah. Syarat sujud syukur : 1. Suci dari hadas kecil dan hadas besar. (Berwuduk). 2. Pakaian dan tempat yang suci. 3. Menutup aurat, 4. Menghadap kiblat. Cara Sujud Syukur : 1. Niat (di dalam hati): "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala". 2. Takbir. 3. Sujud hanya satu kali. 4. Mengangkat kepala dari sujud dengan mengucapkan takbir. 5. Duduk tanpa membaca tahiyat (tasyahud) dan diakhiri dengan mengucapkan salam. Wallahu a’lam *
Almarhum Allamah Sheikh Sayyid Muhammad Al-Maliki rah. bercerita: Seorang wanita bertanya kepada mufti : "Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh? Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur ?" . Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur". Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?" . Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah." . Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak".
Assayyid Sheikh Muhammad Shobah Al Jailani Al Pakistani keturunan Sultanul Auliya' Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Beliau dikatakan memiliki wajah mirip moyangnya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Beliau seorang ulama' sufi keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari generasi Saiyidina Hassan. Berdasarkan kitab Syamail Muhammadiah, diriwayatkan kulit Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, putih kemerahan. Bayangkanlah wajah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang disebut seperti cahaya bulan purnama menerangi alam. Syaikh Muhammad Syobah membuatkan kita rindu ingin menatap wajah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah humma Solli Wa sollim 'ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.
Para ulamak berselisih pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya peristiwa Isra' Mi'raj. Dari kitab Fathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, (edisi terjemahan dengan tajuk Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta 1997),jilid. 7, ms. 203, Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan pendapat para ulama. Antara ringkasannya ialah: 1. Berlaku setahun sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Awal. Ini adalah pendapat Ibn Sa'd dan selainnya. Pendapat ini dibenarkan oleh Imam al-Nawawi. 2. Tarikh peristiwa ini berlaku ialah lapan bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rejab. Ini menurut pendapat Ibn Hazam. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rejab tahun ke 12 kenabian. 3. Ia berlaku enam bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan oleh Abu al-Rabie’ bin Saalim. 4. Ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Akhir. Ini pendapat Ibrahim bin Ishaq al-Harbiy. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir, setahun sebelum hijrah. Pendapat ini dibenarkan Ibn al-Munayyir di dalam Syarh al-Sirah karya Ibn Abdul Bar. 5. Setahun dua bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Abdul Bar. 6. Setahun tiga bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Faaris. 7. Setahun lima bulan sebelum hijrah. Ini adalah pendapat al-Suddiy. 8. Lapan belas bulan sebelum hijrah dan jatuh pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan Ibn Saad, Ibn Abi Subrah dan Ibn Abdul Bar. 9. Berlaku pada bulan Rejab tiga tahun sebelum hijrah. Pendapat ini di sampaikan Ibn al-Atsir. 10. Lima tahun sebelum hijrah. Ini menurut pendapat Imam al-Zuhriy dan dibenarkan oleh al-Qadhi ‘Iyaadh’. Wallahu A'lam. Link pilihan: