MENJAWAB FITNAH WAHABI KONONNYA IMAM SYAFIE MENGHARAMKAN TAHLIL DAN KENDURI ARWAH PART 1
MEMPERTIKAIKAN AMALAN UMAT ISLAM DENGAN MENUKIL PERNYATAAN ULAMA DARI KITAB MUKTABAR SECARA TIDAK AMANAH (iatu edit atau menggunting-gunting kalimat) MERUPAKAN PERBUATAN KEJI DAN SANGAT TIDAK BERAKHLAK.
SELAIN TERMASUK TELAH MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN, JUGA TERMASUK TELAH MEMFITNAH ULAMA YANG PERKATAANNYA TELAH MEREKA NUKIL, MERENDAHKAN KITAB ULAMA DAN JUGA TELAH MENIPU KAUM MUSLIMIN .
DAKWAH WAHABI BENAR-BENAR PENUH KEPALSUAN DAN KEBOHONGAN. MEMPERALATKAN NAMA IMAM SYAFIE UNTUK MENJATUHKAN AMALAN TAHLIL. SUNGGUH MEREKA INI AMAT KEJI JUGA DENGKI.
Kitab I’anatuth Thalibin (إعانة الطالبين) adalah kitab Fiqh karangan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyatiy Asy-Syafi’i, yang merupakan syarah dari kitab Fathul Mu’in, Kitab ini sangat masyhur dikalangan masyarakat Nusantara dan juga salah satu kitab yang menjadi rujukan pengikut madzhab Syafi’iyyah dalam ilmu Fiqh diseluruh dunia. Namun, sayang, ada sebagain kecil kalangan yang tidak bermadzhab Syafi’i (anti Madzhab), mengaku pengikut salaf, mengambil secara tebuk-tebuk isi kitab ini untuk mengharamkan Tahlil yang merupakan amalan sudah masyhur dikalangan pengikut madzhab Syafi’i. Bukannya berdakwah secara benar namun yang mereka lakukan, malah menunjukkan kedengkian hati mereka dan ketidak jujuran mereka dalam menukil perkataan ulama. Ini hanya salah satu kitab yang kami cuba luruskan dari nukilan TIDAK JUJUR yang telah mereka lakukan. Masih banyak lagi kitab Ulama yang di-edit dan disalahertikan maknanya oleh mereka, seperti kitab Al-Umm (Imam Syafi’i), Al-Majmu’ Syarah Muhadzab Imam An-Nawawi, Mughni al-Muhtaaj ilaa Ma’rifati Ma’aaniy Alfaadz Al Minhaj, dan kitab-kitab ulama lainnya.
*PEMBAHASAN
Setidak-tidaknya ada 5 pernyataan yang kami temukan, yang mereka EDIT DAN MENYALAHTAFSIRKAN dari kitab I’anah at-Thalibin secara TIDAK JUJUR dan TIDAK AMANAH maksud dari pernyataan tersebut untuk mengharamkan Tahlil. Ini banyak dicantumkan di media social milik mereka seperti Facebook, Blog, Youtube dan dikutip oleh sesama mereka secara membabi buta tanpa ilmu. Berikut ini yang mereka nukil secara TIDAK JUJUR, yang punya kitab i’anah at-tholibin silakan bersama-sama kita meniliti ketidak jujuran dalam menukilkan perkataan secara tidak amanah.
1. Teks arabnya ;
(نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر)
“Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)
2. Teks arabnya ;
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه، بدعة مكروهة – كإجابتهم لذلك، لما صح عن جرير رضي الله عنه. كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة
“Dan apa yang dibiasakan manusia tentang hidangan dari keluarga si mayat yang disediakan untuk para undangan, adalah bid’ah yang tidak disukai agama, sebagaimana datangnya para undangan ke acara itu, kerana ada hadith shahih yang diriwayatkan dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu: Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga si mayat, mereka menghidangkan makanan setelah penguburannya, adalah termasuk nihayah (meratap) –yakni terlarang.
3. Teks arabnya ; وفي البزاز: ويكره اتخاذ الطعام في اليوم الاول والثالث وبعد الاسبوع، ونقل الطعام إلى القبر في المواسم “Dalam Kitab Al Bazaz : Dibenci menyediakan makanan pada hari pertama, tiga, dan setelah tujuh hari, dan juga mengirim makanan ke kuburan secara bermusim.
4. “Dan diantara bid’ah yang munkarat yang tidak disukai ialah apa yang biasa dikerjakan orang tentang cara penyampaian rasa duka cita, berkumpul dan acara hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram. (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146).
5. “Dan tidak ada keraguan sedikitpun, bahawa mencegah umat dari bid’ah munkarat ini adalah menghidupkan Sunnah Nabi SAW , mematikan BID’AH, membuka seluas-luasnya pintu kebaikan dan menutup serapat-rapatnya pintu-pintu keburukan, kerana orang-orang memaksa-maksa diri mereka berbuat hal-hal yang akan membawa kepada hal yang diharamkan. (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146).
Kelima-lima point inilah yang digunakan oleh manusia yang TIDAK AMANAH, TIDAK JUJUR dinukilkan secara-cara tebuk-tebuk, di-edit dan diselewengkan makna sebenarnya.
Kami akan mulai membahas point-point diatas, sebagai berikut :
===========================================================
POINT PERTAMA :
WAHABI MENUKILKAN :
Teks arabnya ;
(نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر)
“Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)
AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH MENJAWAB :
Nukilan diatas merupakan bentuk KETIDAK JUJURAN, dimana orang yang membacanya akan menyangka bahawa berkumpul di tempat ahli (keluarga) mayyit dan memakan makanan yang disediakan adalah termasuk bid’ah Munkarah, PADAHAL BUKAN SEPERTI ITU yang dimaksud oleh kalimat tersebut. Mereka telah menggunting (menukil secara tidak jujur) kalimat tersebut sehingga makna (maksud) yang dkehendaki dari kalimat tersebut menjadi kabur. Padahal, yang benar, bahawa kalimat tersebut merupakan JAWAPAN ke atas pertanyaan yang ditanyakan sebelumnya. Itu sebabnya, kalimat yang mereka nukil dimulai dengan kata “NA’AM” (iya)”.
AYUH KITA BACA TEKS YANG LENGKAP TANPA DITEBUK-TEBUK, DIEDIT DANDISELEWENGKAN MAKNANYA !!!!
~
BERIKUT TEKS YANG LENGKAP ;
وقد اطلعت على سؤال رفع لمفاتي مكة المشرفة فيما يفعله أهل الميت من الطعام. وجواب منهم لذلك. (وصورتهما). ما قول المفاتي الكرام بالبلد الحرام دام نفعهم للانام مدى الايام، في العرف الخاص في بلدة لمن بها من الاشخاص أن الشخص إذا انتقل إلى دار الجزاء، وحضر معارفه وجيرانه العزاء، جرى العرف بأنهم ينتظرون الطعام، ومن غلبة الحياء على أهل الميت يتكلفون التكلف التام، ويهيئون لهم أطعمة عديدة، ويحضرونها لهم بالمشقة الشديدة. فهل لو أراد رئيس الحكام – بما له من الرفق بالرعية، والشفقة على الاهالي – بمنع هذه القضية بالكلية ليعودوا إلى التمسك بالسنة السنية، المأثورة عن خير البرية وإلى عليه ربه صلاة وسلاما، حيث قال: اصنعوا لآل جعفر طعاما يثاب على هذا المنع المذكور ؟
“Dan sungguh telah aku perhatikan mengenai pertanyaan yang ditanyakan (diangkat) kepada para Mufti Mekkah (مفاتي مكة المشرفة) tentang apa yang dilakukan oleh Ahli (keluarga) mayat perihal makanan (membuat makanan) dan (juga aku perhatikan) jawaban mereka atas perkara tersebut. Gambaran (penjelasan mengenai keduanya ; pertanyaan dan jawaban tersebut) yaitu mengenai (bagaimana) pendapat para Mufti yang mulia (المفاتي الكرام) di negeri “al-Haram”, (semoga (ALLAH) mengabadikan manfaat mareka untuk seluruh manusia sepanjang masa), TENTANG KEBIASAAN (urf) yang khusus di suatu negeri bahawa jika ada yang meninggal, kemudian para pentakziyah hadir dari yang mereka kenal dan tetangganya, lalu terjadi kebiasaan bahawa mereka (pentakziyah) itu menunggu (disajikan) makanan dan kerana rasa sangat malu telah meliputi ahli (keluarga mayat) maka mereka membebani diri dengan beban yang sempurna (التكلف التام), dan (kemudian keluarga mayat) menyediakan makanan yang banyak (untuk pentakziyah) dan menghadirkannya kepada mereka dengan rasa kasihan. Maka apakah bila seorang ketua penegak hukum yang dengan kelembutannya terhadap rakyat dan rasa kasihannya kepada ahli mayat dengan melarang (mencegah) permasalahan tersebut secara keseluruhan agar (manusia) kembali berpegang kepada As-Sunnah yang lurus, yang berasal dari manusia yang Baik (خير البرية) dan (kembali) kepada jalan BAGINDA ﷺ (semoga shalawat dan salam atas BAGINDA), saat ia bersabda, “sediakanlah makanan untuk keluarga Jakfar”, apakah pemimpin itu diberi pahala atas yang disebutkan (pelarangan itu) ?
أفيدوا بالجواب بما هو منقول ومسطور. (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده. اللهم أسألك الهداية للصواب. نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر، ثبت الله به قواعد الدين وأيد به الاسلام والمسلمين.
“Penjelasan sebagai jawaban terhadap apa yang telah di tanyakan, (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده, Ya .. ALLAH aku memohon kepada-Mu supaya memberikan petunjuk kebenaran ”.Iya.., apa yang dilakukan oleh manusia dari berkumpul ditempat ahli (keluarga) mayat dan menghidangkan makanan, itu sebahagian dari bid’ah munkarah, yang diberi pahala bagi yang mencegahnya dan menyuruhnya. ALLAH akan mengukuhkan dengannya kaedah-kaedah agama dan mendorong Islam serta umat Islam”
INI TEKS ASAL YANG PENUH. YANG MERUPAKAN SATU BENTUK QUESTION AND ANSWER TANPA DITEBUK-TEBUK, DIEDIT, DISELEWENGKAN MAKNA.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Betapa apa yang dikehendaki dari pernyataan diatas telah keluar konteks saat pertanyaannya DIPOTONG, DITEBUK-TEBUK, DIEDIT DAN DISELEWENGKAN MAKNA SEBENAR sebagaimana nukilan mereka dan KETIDAKJUJURAN ini yang mereka gunakan untuk melarang Tahlil arwah..
Ketidak jujuran ini yang mereka dakwahkan untuk MENIPU umat Islam atas nama Kitab I’anatuth Thalibin dan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathiy Asy-Syafi’i.
Dalam pertanyaan dan jawaban diatas, yang sebenarnya termasuk sebahagian dari bid’ah Munkarah adalah kebiasaan pentakziyah MENUNGGU (MENGHARAPKAN) HIDANGAN MAKANAN (بأنهم ينتظرون الطعام) DI TEMPAT AHLI (keluarga) yang terkena mushibah kematian.
Akal sihat pun akan menganggap bahawa kebiasaan itu tidak wajar dan memang patut untuk di hentikan. Maka, sangat wajar juga bahawa Mufti diatas menyatakan kebiasaan tersebut iaitu MENUNGGU HIDANGAN DARI KELUARGA SI MAYAT sebagai bid’ah Munkarah, dan penguasa yang menghentikan kebiasaan tersebut akan mendapat pahala. Namun, kerana keluasan ilmu dari Mufti tersebut tidak berani untuk menetapkan hukum “Haram” kecuali jika memang ada dalil yang jelas dan sebab-sebabnya pun luas.
Tentu saja, Mufti tersebut kemungkinan AKAN BERKATA LAIN DENGAN HUKUM BERBEZA jika membahasnya pada sisi yang lebih umum (bukan tentang KES SCENARIO yang ditanyakan), dimana pentakziyah datang untuk menghibur, menyabarkan ahli (keluarga) mayat bahkan membawa (memberi) bantuan berupa material untuk pengurusan mayat dan untuk menghormati pentakziyah yang datang.
Pada kegiatan Tahlil arwah, orang tidak akan datang ke rumah ahlil mushibah dengan kehendaknya sendiri, melainkan atas kehendak tuan rumah. Jika tuan rumah merasa berat tentu saja tidak perlu mengadakan tahlil dan tidak perlu mengundang. Namun, siapa yang lebih mengerti dan faham tentang “memberatkan” atau “beban” terhadap keluarga mayat sehingga menjadi alasan untuk melarang kegiatan tersebut? Apakah orang lain atau ahli (keluarga) mayat itu sendiri ? Tentu saja yang lebih tahu adalah ahli (keluarga) mayat. Keinginan ahli (keluarga) mayat untuk mengadakan tahlil arwah dan mengundang tetangga atau orang lain untuk datang ke kediamannya merupakan pertanda ahli (keluarga) mayat memang menginginkannya dan tidak merasa keberatan, sementara para tetangga (hadirin) yang diundang sama sekali tidak memaksa ahli (keluarga) mayat untuk mengadakan tahlil arwah. Ahli (keluarga) mayat mengetahui akan dirinya sendiri bahawa mereka mampu dan dengan senang hati beramal untuk kepentingan saudaranya yang meninggal dunia, sedangkan hadirin hanya tahu bahawa mereka di undang dan memenuhi undangan ahli (keluarga) mayat.
Sungguh betapa sangat menyakitkan hati ahli (keluarga) mayat jika undangannya tidak dipenuhi dan bahkan makanan yang dihidangkan tidak dimakan atau tidak disentuh. Manakah yang lebih utama, melakukan amalan yang “dianggap makruh” dengan menghibur ahli (keluarga) mayat, membuat hati ahli (keluarga) mayat senang, ATAU menghindari “yang dianggap makruh” dengan menyakiti hati ahli (keluarga) mayat ? Tentu saja akal yang sihat pun akan menilai bahawa menyenangkan hati orang dengan hal-hal yang tidak diharamkan adalah sebuah kebaikan yang berpahala, dan menyakiti perasaannya adalah sebuah kejelekan yang dapat berakibat dosa.
Disisi yang lain antara ahli (keluarga) mayat dan yang diundang, sama-sama mendapatkan kebaikan. Dimana ahli (keluarga) mayat telah melakukan amal soleh dengan mengajak orang banyak mendo’akan anggota keluarga yang meninggal dunia, bersedekah atas nama mayat, dan menghormati tamu dengan cara memberikan makanan dan minuman. Pada sisi yang di undang pun sama-sama melakukan amal soleh dengan memenuhi undangan, mendo’akan mayat, berdzikir bersama, menemani dan menghibur ahli (keluarga) mayat. Manakah dari hal-hal baik tersebut yang diharamkan ? Sungguh ulama yang BERKELAYAKANi benar-benar bijaksana dalam menetapkan hukum “makruh” kerana melihat dengan seksama adanya potensi “menambah kesedihan atau beban yang membebankan”, meskipun jika seandainya hal itu tidak benar-benar ada.
Adanya sebagian kegiatan Tahlil arwah yang dilakukan oleh orang awam, yang sangat membebani dan menyusahkan, kerana ketidak mengertiannya pada dalam masalah agama, secara umum TIDAK BOLEH dijadikan alasan untuk menetapkan hukum haram atau terlarang. Bagi mereka, lebih layak diberi tahu atau diajari bukan di hukum sebagai sesat, bida'ah, syirik,, kafir dan ahli neraka.
SAYA SUDAH PUN MENJAWAB KETIDAK JUJURAN WAHABI dan MEMBERSIHKAN NAMA IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH DAN KITAB IA'NUT THALIBIN DARI FITNAH WAHABI YANG MENGEDIT, MENEBUK-NEBUK DAN MENYELEWENGKAN MAKNA DALAM POINT PERTAMA MEREKA.
*