Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Jawapan Ustaz محمد حافظ سوروني
Status Kisah Tha’labah:
Ia merupakan sebuah kisah yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh ramai ulama spt Imam at-Tabari dlm Tafsirnya, Imam at-Tabarani dlm al-Mu'jam al-Kabir, Imam al-Wahidi dlm Asbab an-Nuzul, al-Hafiz Ibn al-Athir dlm Usdu al-Ghabah, al-Hafiz al-Baghawi dlm Tafsirnya, al-Hafiz Abu Nu’aim dlm Ma’rifah as-Sahabah, Imam Ibn ‘Abdil Barr dlm al-Isti’ab, al-Hafiz Ibn Mandah, al-Hafiz al-Hasan bin Sufyan, al-Hafiz Ibn al-Munzir, Imam Ibn Abi Hatim, al-Hafiz Abu as-Syeikh, Imam al-‘Askari dlm al-Amthal, al-Hafiz Ibn Marduyah, al-Hafiz al-Barudi, al-Hafiz Ibn Qani’, al-Hafiz Ibn as-Sakan, al-Hafiz Ibn Syahin, Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan al-Hafiz Ibn ‘Asakir. Kesemuanya meriwayatkan daripada riwayat Abu Umamah RA. Terdapat satu jalur riwayat lain yang mungkin menyokong riwayat ini daripada Ibn ‘Abbas RA, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Marduyah dlm Tafsirnya. (lihat: al-Isabah oleh al-Hafiz Ibn Hajar)
Ada tiga pendapat ulama mengenai status kisah ini, iaitu:
1. Ulama yang menyatakannya daif atau tidak palsu iaitu: al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Hafiz al-‘Iraqi dlm Takhrij al-Ihya’, al-Hafiz as-Suyuti dlm ad-Durr al-Manthur, al-‘Allamah al-Futtani dlm Tazkirah al-Maudhu’at, Imam az-Zabidi dlm Ithaf as-Sadah serta kebanyakan para mufassirin (ulama tafsir), termasuk Imam al-Wahidi dlm al-Wajiz, Imam Ibn al-‘Arabi dlm Ahkam al-Quran, al-Hafiz Ibn Kathir, Imam al-Alusi dan lain-lain yang menyatakannya sebagai sebab turunnya ayat 75 surah at-Taubah. Bahkan, Ibn Kathir menyebutkan ia termasuk pendapat Ibn ‘Abbas RA, sahabi mufassir dan al-Hasan al-Basri RA, tabii masyhur.
2. Antara ulama yang menyatakannya sangat daif ialah: al-Hafiz al-Haithami dlm Majma’ az-Zawa’id, al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah, Imam Ibn Hajar al-Makki al-Haitami dlm al-Fatawa al-Hadithiyyah dan al-‘Allamah al-Munawi dlm al-Fath as-Samawi.
3. Antara ulama yang menyatakannya palsu ialah: Imam Ibn Hazm dlm kitab al-Muhalla.
Ulama yang menyatakan kisah ini tidak palsu menyebut bhw terdapat dua orang Tha’labah, iaitu Tha’labah bin Hatib RA, seorang sahabat Badar yang meninggal dunia di Uhud dan seorang lagi Tha’labah bin Hatib/Abi Hatib, seorang munafik yang meninggal dunia di zaman Khalifah ‘Uthman RA. Ibn Ishaq menyebut, dia termasuk orang yang membina Masjid ad-Dhirar (masjid orang munafik). Kata al-Hafiz Ibn Hajar dlm al-Isabah: “Saya telah pasti kedua-duanya berbeza berdasarkan pendapat Ibn al-Kalbi bahawa sahabat Badar tersebut telah syahid di Uhud”. (lihat: Ithaf as-Sadah oleh az-Zabidi)
Meskipun ada yang yakin kisah ini palsu kerana mungkin menafikan adanya dua orang Tha’labah, namun sebaiknya meraikan pandangan yang menyatakannya tidak palsu demi menjaga kesantunan terhadap para ulama lain dan suasana harmoni. Malahan, tidak ada pun di dalam sanadnya perawi yang benar2 disepakati sebagai pendusta atau dituduh berdusta, termasuklah ‘Ali bin Yazid al-Alhani. Data-datanya boleh dirujuk kepada kitab2 rijal, spt Tahzib al-Kamal oleh al-Hafiz al-Mizzi atau Tahzib at-Tahzib oleh al-Hafiz Ibn Hajar. Apatah lagi dengan adanya sokongan riwayat Ibn ‘Abbas RA, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Marduyah dlm Tafsirnya.
Maka, bagi yang mengatakannya tidak palsu, kisah Tha’labah ini boleh disampaikan untuk tujuan tarhib (memberi ancaman) sahaja dengan lafaz tamridh (ungkapan yang menunjukkan kelemahan sanadnya).
Wallahu a‘lam.
Tambahan Ustaz Fauzi Mustaffa:
Saya bimbang sgt kalau kisah Tha'labah tidak di nyatakan keseluruhan pandangan muhaddithin.
Tambahan Ustaz محمد حافظ سوروني
Betul ustz fauzi... sy juga ada sebut:
*"kebanyakan para mufassirin (ulama tafsir), termasuk Imam al-Wahidi dlm al-Wajiz, Imam Ibn al-‘Arabi dlm Ahkam al-Quran, al-Hafiz Ibn Kathir, Imam al-Alusi dan lain-lain yang menyatakannya sebagai sebab turunnya ayat 75 surah at-Taubah. Bahkan, Ibn Kathir menyebutkan ia termasuk pendapat Ibn ‘Abbas RA, sahabi mufassir dan al-Hasan al-Basri RA, tabii masyhur."
*"Ulama yang menyatakan kisah ini tidak palsu menyebut bhw terdapat dua orang Tha’labah, ..."
Point2 ini sgt perlu diambil kira..
Wallahu a'lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
*