Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Hijrah Diri

*


Assalamualaikum.

Penghijrahan diri, selalu kita tegaskan perkara ini semasa umat Islam menyambut Maal Hijarah iaitu 1 Muharam. Tapi kali ini walaupun ianya telah berlalu izinkan saya membawa tajuk ini utk kita selami dalam kehidupan seharian kita untuk mencari kerehaan Allah semata-mata. Moga hidup kita lebih bermakna. InsyaAllah.

Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar."

Sesungguhnya ayat Al-Quran itu adalah kata-kata Allah dan tiadalah benar melainkan benar sahaja.


HIJRATUL QALBIYAH

Apa pun pekerjaan dimulakan dengan niat. Oleh itu suka saya mulakan hujah saya dipagi ini dengan menekankan hijrah Hati Nurani. Sedap didengar apatah lagi jika kita mengamalkannya. Satu petua yang ingin saya kongsi bersama untuk menjayakan apa yg dicita ialah setiap kali kita memandang cermin bacalah doa ini didalam hati.

Bismillahirahmanirrahim.

"Ya Allah cantikkan lah akhlak ku sepertimana engkau mengelokkan kejadian ke atas diriku"

Sebelum saya teruskan lagi suka saya beritahu ini semua yang kita cari bukan sahaja untuk mencari keredhaan Ilahi namun ianya untuk kebaikan hidup kita yang senantiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Ini adalah titik permulaan untuk mencapai kemenangan hidup didunia sekaligus membawa kebahagian diakhirat.

Dalam proses kita sebagai manusia untuk menghijrah kan diri kita utk mendapatkan keredhaan ilahi ini Rasulullah SAW ada menggariskan panduan kepada umat2nya. Baginda bersabda ertinya: "Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Mengapa sahabat atau kawan memainkan peranan penting dalam penghijrahan diri kita atau kehidupan seharian kita? ini kerana dengan apa yang dia lakukan akan tempias kepada diri kita sepertimana terpeciknya air hujan. Jika berkawan dengan orang yang buruk perangainya lambat laun pasti akan terikut-ikut begitulah sebaliknya jika berkawan dengan org yang baik, InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan tertarik.

Dengan perlakuannya. dengan cara percakapannya, dengan segala tindak tanduknya, dengan kesabarannya, dengan kesungguhannya, dengan sifat kesederhanaanya, dengan kesabarannya dan setiap apa yang dia lakukkanya akan tertempias kepada diri kita jika kita bersahabat baik dengan dia (org yang soleh). Oleh itu pilihlah kawan dari kalangan orang-orang yang beriman dan percayalah kata-kata saya ini sesungguhnya mereka akan memberikan kita kebahagian hati. Inilah yang dikatakan usaha kita cuba mempertingkatkan penghijrahan qalbiyah yang menjadi titik permulaan hijrah.

Seterusnya secara rasional manusia mempunyai kelebihan dan kepandaian masing-masing. Rasulullah SAW. itu sendiri yang mempunyai kelebihan yang dipergunakan untuk kepentingan agama Allah. Dengannya umat Islam sehingga kini memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan. oleh itu marilah kita menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita ini dengan membuat kebaikan sesama manusia. Sepertimana firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 - 8 bermaksud: "Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat biji zarah (sawi) pun nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula"

Bagaimana yang dikatakan kebaikan seberat biji zarah tu? jawapannya ialah doa. Mendoakan kebaikan/kebahagiaan orang lain adalah merupakan satu kebaikan. Ianya tidak mengeluarkan sesen pun.....tidak memerlukan masa, dan tidak merugikan sesiapa. Lihat satu perkara ....iaitu hati. Jika hati kita ikhlas dan bersih maka dengan sendirinya hati itu akan berkata-kata dan mengeluarkan satu perasaan yang baik. Apa yg lahir dalam hati itu akan terkeluar oleh kata-kata dan diucapkan dengan lidah. Kata-kata itu adalah doa! doa yang baik akan termakbul oleh Allah.

Mulakan dengan hijrah hati dan nurani. seterusnya langkah demi langkah. Aturlah dengan tersusun mohonlah petunjuk dan hidayah. Semoga kita beroleh keberkatan moga dengan penghijrahan diri kita meletakkan kita diantara mereka yang terpilih oleh-Nya yang Maha Mengetahui serta Maha Berkuasa......

Sekian Wassalam

Rose





Artikel pilihan:

Kisah Hijrah Rasulullah 




*

Wasiat Rasulallah SAW

*
Oleh Syed Hasan Alatas

Menjelang akhir Hayat Rasulallah s.a.w. yaitu pada tahun 10 Hijriah, Nabi Muhammad s.a.w. bersama seluruh Ummat Islam yang datang dari segenap penjuru, telah menunaikan Haji/'Umrah yang terakhir bagi Nabi s.a.w.yang disebutkan juga dengan Haji Wada' (Haji Perpisahan) karena setelah delapan puluh dua hari sesudah itu Rasulallah s.a.w. wafat meninggalkan dunia yang fana ini, kembali ke Ramatullah.

Nabi s.a.w. bersama Ummat Islam yang sangat ramai ketika itu (ratusan ribu) telah menyampaikan banyak pesanan kepada seluruh Ummat Islam untuk dilaksanakan.Khutbah Nabi s.a.w.di Padang Arafah (suatu kawasan padang yang luas, terletak di kaki Jabal Rahmah (bukit Rahmah), kira-kira 22 km sebelah tenggara kota Makkah). Wukuf di 'Arafah disebut juga dengan Hari 'Arafah (hari Perkenalan/Pertemuan).

Dalam Khotbah Nabi s.a.w. yang ditujukan kepada seluruh Ummat Islam ketika itu dan juga supaya disampaikan kepada seluruh Ummat Islam sekarang ini dan kepada seluruh Ummat Islam hingga qiamat (ketika alam dunia ini telah dihancur leburkan). Bumi dengan segala isinya telah hancur lebur. Gempa yang dahsyat telah membuat segala apa yang ada dibumi ini menjadi puing ataupun runtuhan. Manusia ketika itu tidak tentu arah, masing-masing coba menyelamatkan diri mereka, tetapi kemana-manapun serupa keadaannya.

Masa itu adalah masa akhirnya bagi segala kehidupan dan kesenangan dunia, diganti dengan Kehidupan Akhirat, kehidupan yang abadi. Hari kiamat merupakan Hari Kebangkitan kembali, hanya Hukum Allah s.w.t. sahaja yang berlaku. Manusia terpaksa tunduk dan mempertanggung jawabkan akan segala apa yang telah mereka lakukan selama mereka hidup didunia. Oleh karena itu sebelum tibanya kiamat, masih ada kesempatan bagi seluruh Ummat Islam, memperhatikan dengan serius Khotbah Nabi s.a.w. ini untuk dilaksanakan, supaya kita terselamat didunia dan akan bahagia diakhirat Insya-Allah.

Dalam Khotbah Nabi yang mulia ini, Rasulallah s.a.w, berwasiat kepada seluruh Ummatnya ,antara lain Nabi bersabda: "Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam. Kami memujiNya. Kami mohon PertolonganNya, kami mohon keampunanNya akan segala dosa-dosa kami dan melahirkan taubat kami di hadapanNya. Kami mohon perlidungan daripada keburukan hati kami dan segala kejahatan yang telah kami lakukan. Sesiapa yang telah dipimpin Allah ke jalan yang lurus, maka tiada seorangpun boleh menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk oleh Allah maka tiada siapa yang dapat memandunya ke jalan yang benar".

Nabi s.a.w.menyampaikan wasiatnya ini kepada seluruh Ummat Islam dimanapun mereka berada ketika itu hingga berakhirnya alam yang fana ini.

Nabi bersabda lagi yang maksudnya: "Aku isytiharkan kebenaran ini bahwa tidak ada Tuhan lain, melainkan Allah dan aku isytiharkan kebenaran ini, bahwa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai hamba-hamba Allah, aku nasihatkan kamu supaya menyembah Allah. Aku mulakan kata-kata yang suci ini.

Selepas itu aku nyatakan kepadamu, wahai manusia! Dengarkanlah perkataanku dengan sebaik-baiknya ketika aku berucap, karena aku merasa aku tidak lagi berpeluang menemui kamu disini selepas tahun ini. Tahukah kamu semua hari apakah ini? Inilah hari Nahar, hari korban yang suci. Tahukah kamu semua bulan apakah ini? Inilah bulan suci. Tahukah kamu semua tempat apakah ini? Inilah tempat yang suci. Oleh karena itu aku sampaikan kepada kamu semua bahwa, darah dan harta kamu adalah diharamkan bagi seseorang terhadap yang lainnya".

Nabi s.a.w. melanjutkan khotbahnya: "Semuanya mesti kamu sucikan sebagaimana sucinya hari ini, sucinya bulan ini, sucinya tempat ini."

Lalu Nabi s.a.w.melanjutkan ucapan beliau: "Hendaklah berita ini kamu sampaikan kepada orang-orang yang tidak hadhir ditempat ini." (oleh karena itu menjadi kewajiban pula bagi seluruh Ummat Islam yang ada sekarang ini dan selepas ini, supaya menyampaikan wasiat yang sangat penting ini kepada seluruh manusia, dengan segala daya yang ada pada kita). Sambil itu Nabi s.a.w. bertanya kepada Ummat yang hadir,

"Adakah aku telah menyampaikan kepadamu semua? Ummat yang hadir menjawab dengan sepontan: "Memang benar, engkau telah menyampaikannya". Lalu Nabi s.a.w. memohon kesaksian dari Allah s.w.t: "Ya Allah! Saksikanlah." Nabi s.a.w.melanjutkan: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya kamu berasal dari yang satu. Semua kamu berasal dari Adam dan Adam berasal dari tanah. Wahai manusia dengarkanlah baik-baik apa yang telah ku sampaikan kepadamu, semoga kamu akan bahagia untuk selama-lamanya dalam hidupmu. Wahai manusia,kamu hendaklah mengerti, bahwa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka adakanlah perbaikan diantara sesama saudara."

Nabi s.a.w.melanjutkan khotbahnya dengan sabdanya: "Bukankah aku telah meninggalkan kepadamu panduan yang benar, dan bila kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu al-Quran dan Sunnahku".

Rasulallah s.a.w. melanjutkan Khotbahnya: "Waspadalah atas segala apa yang telah ku sampaikan,Ya Allah Engkaulah yang akan menjadi saksi atas kami!"

Nabi s.a.w.meneruskan sabdanya: "Barangsiapa memegang amanah, hendaklah dikembalikannya kepada pemiliknya! Jumlah faedah (riba) yang diambil dizaman jahiliyah hendaklah dibayar pada hari ini! Oleh karena itu, pertama sekali aku membayar tuntutuan bunga (riba) yang telah dibuat oleh bapak saudaraku (pamanku), Abbas bin Abdul Muttalib. Semua gelaran dan jabatan-jabatan di masa jahiliyah dihapuskan, kecuali Sadana (jabatan yang menguruskan ka'bah dan saqaya (jabatan yang membekalkan air kepada jemaah haji.)!"

"Pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja, mestilah dibalas bunuh. Pembunuhan yang terjadi disebabkan tidak sengaja (bukan niat untuk membunuh) seperti menggunakan kayu atau batu, dendanya adalah seratus ekor unta. Barangsiapa yang menambahnya, maka itu dianggap sebagai amalan di zaman jahiliyah".

"Wahai manusia! Selepas tertegaknya sistem yang hak (benar), maka Syaitan akan hilang harapannya untuk disembah diatas muka bumi ini. Tetapi Syaitan akan bergembira sekiranya ia dipatuhi dalam dosa-dosa yang lain yang dianggap remeh !"

Rasulallah s.a.w.kemudian bertanya kepada jamaah yang hadir: "Adakah aku telah menyampaikan wasiatku ini kepadu kamu semua?"

Jamaah menjawab: "Ya, Rasulallah engkau telah menyampaikan pesanmu".

Nabi melanjutkan wasiatnya dengan memohon penyaksian dari Allah s.w.t.: "Ya Allah! Engkaulah yang menjadi saksi diantara kami !"

Rasulallah s.a.w. meneruskan khotbah beliau: "Wahai manusia! Wanita-wanita kamu, mempunyai beberapa hak keatas diri kamu, dan kamu juga mempunya beberapa hak terhadap mereka. Adalah menjadi kewajiban terhadap mereka supaya tidak mengizinkan sesiapapun masuk ke dalam kamar tidur mereka kecuali kamu dan jangan membenarkan orang yang tidak kamu sukai, masuk kedalam rumah kamu. Mereka jangan melakukan zina. Jika mereka melakukannya, maka Allah membenarkan kamu memisahkan diri dari mereka. Keluarkan mereka dari kamar tidur kamu, dan kamu boleh memukul tubuh mereka dengan syarat tidak meninggalkan bekas keatasnya".

"Jika mereka berhenti dan mematuhi kamu, maka kamu bertanggung jawab untuk menyara hidup mereka. Semestinya wanita berada di bawah perintah kamu dan tidak boleh bertindak sesuka hati mereka. Kamu telah mengambil mereka menjadi pasangan kamu sebagai amanah dari Allah s.w.t. serta menggunakan tubuh mereka dengan izin Allah. Oleh karena itu takutlah kepada Allah dalam hal wanita, dan asuhlah mereka dengan cara yang betul!"

"Wahai manusia! Ingatlah, aku telah menyampaikan wasiatku ini kepadamu.Ya Allah, Engkaulah yang menjadi saksi diatas kami".

Nabi s.a.w.melanjutkan khotbah beliau:"Wahai manusia, kamu hendaklah mengerti, bahwa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka masing-masing kamu dilarang keras mengambil harta saudaranya kecuali dengan seizin hatinya yang ikhlas.Bukankah aku telah menyampaikannya ? Ya Allah! Saksikanlah!.

Selanjutnya Nabi s.a.w.bersabda:"Janganlah kamu setelah aku meninggal nanti kembali kepada kafir,dimana sebahagian kamu memainkan senjata untuk menebas batang leher kawannya yang lain.Bukankah aku telah meninggalkan untukmu panduan yang benar,bila kamu berpegang teguh dengannya, maka kamu tidak akan sesat,yakni kitab Allah (al-Quran). Wahai manusia !Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu,dan sesungguhnya kamu berasal dari satu bapak.Semua kamu dari Adam dan Adam dari tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia dari antara kamu semua adalah orang yang Taqwa.Tidak sedikitpun ada kelebihan bangsa Arab daripada yang bukan Arab,kecuali dengan taqwa.Wahai manusia bukankah aku telah menyampaikannya? Oh Tuhan saksikanlah !

"Maka hendaklah barang siapa yang hadir ditempat ini berkewajiban untuk menyampaikannya wasiatku ini kepada mereka yang tidak hadir.

" Ketika itu turunlah wahyu yang terakhir kepada Nabi kita s.a.w.yang bermaksud:"Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu.Aku cukupkan ni'matKu untukmu dan Aku rela Islam itu menjadi agamamu." (Q.S.al-Maidah;3)

Jika kita Ummat Islam mematuhi Wasiat Rasulallah s.a.w ini Insya-Allah akan bahagialah hidup kita didunia dan di akhirat, amin.

Oleh karena itu marilah kita usahakan memperbanyak salinan dari Wasiat Nabi s.a.w. dan sampaikanlah dengan seluas mungkin kepada seluruh Ummat Islam. Ini lebih baik kita lakukan daripada membuat surat layang berisi fitnah, adu domba antara satu dengan lainnya,yang boleh membawa bencana kepada seluruh Kesatuan dan Perpaduan Ummat manusia. Akhirnya kita berdo'a kehazirat Ilahi, semoga menyatupadukan seluruh Ummat Islam dimanapun mereka berada dan dengan berkat Perpaduan dan kerjasama ini Ummat Islam akan kembali mencapai Zaman gemilangnya.Insya-Allah, amin.

Ya Allah ampunilah segala kesilapan kami, terimalah amalan kami yang tidak seberapa, tolonglah kami untuk menjadi suatu Ummat yang menjadi contoh teladan yang baik dan berguna kepada Ummat lainnya, Amin ya Rabbal 'Alamin.

*

Mencari keberkatan doa

*
Oleh USTAZ MOHD YUSOP HASSIM
Penulis khas

UMAT Islam digesa berdoa kepada Allah setiap masa, sama ada untuk sesuatu hajat khas atau untuk setiap amalan harian seperti makan.

Bagaimanapun sesetengah kita hampa kerana doa mereka tidak makbul. Mengapakah demikian?

Ada lima sebab:

Doa yang dipinta tidak munasabah;

Doa tadi tidak menurut amalan Rasulullah, sahabat dan para pengikut sahabat (tabiin);

Doa tidak diiringi dengan perancangan dan usaha gigih serta kesabaran.

Doa tidak dilakukan dalam keadaan suci dan sesuai ketikanya; dan

Doa dibuat dengan hati yang tidak ikhlas.


Di antara doa-doa itu ialah doa untuk dipanjangkan umur. Umur manusia tidak boleh dipanjang atau dipendekkan. Malah ia telah ditetapkan oleh Allah swt sebelum seseorang itu dilahirkan.

UMUR MANUSIA DITETAPKAN

Umurnya telah ditetapkan bermula dari kelahirannya dan berakhir pada hari yang dikadarkan oleh Allah untuk menemui Tuhannya.

Sesungguhnya Allah swt telah menetapkan umur manusia itu sejak lima puluh ribu tahun dulu sebelum dijadikan langit dan bumi sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Aamru Ibn Al-Aas bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mengkadarkan (menentukan) takdir makhluk-makhluk-Nya sebelum dijadikan langit dan bumi sejak lima puluh ribu tahun dulu.

Dengan itu tidak syak lagi bahawa kadar umur manusia itu diturunkan dari langit ke lohmahfuz dan kemudian ke bumi ketika janin itu berbentuk sebuku darah beku dalam perut ibunya sesudah 120 hari.

Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan ketika itu juga dituliskan rezekinya sebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah baginya untuk hidup di dunia setelah kelahirannya.

Begitu juga dengan umurnya, sekadar mana ia dapat hidup di muka bumi ini dan adakah ia hidup bahagia atau tidak bernasib baik.

Bukti ini telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Masuud daripada Rasulullah yang bersabda, maksudnya: Sesungguhnya seseorang itu dikumpulkan kejadiannya di perut ibunya 40 hari bermula dengan setitik air mani dan kemudian menjadi sebuku darah (40 hari) dan setelah itu menjadi seketul daging (40 hari).

Akhir sekali barulah diutuskan-Nya malaikat untuk ditiupkan roh ke dalamnya dan ditakdirkan (dituliskan dengan empat kalimat: Rezekinya, ajalnya dan keadaan hidupnya (di dunia) sama ada bahagia atau pun tidak.

Justeru itu, umur manusia tidak dapat ditambah atau dikurangkan setelah ia lahir dan hidup di muka bumi ini. Doanya agar dipanjangkan umur tidak akan dapat mengubahkan suatu pun kudrat Allah. Dialah yang menghidupkan dan mematikan mengikut apa yang telah dicatatkan di azali dulu.

Menurut Dr Abdullah Shehata, seorang profesor di Universiti Sultan Qabus di Muscat bahawa 'penambahan' yang dimaksudkan dalam doa seseorang itu bertujuan dipanjangkan umur adalah semata-mata 'keberkatan' dalam hidupnya.

Dengan lain perkataan, Allah memberikan orang itu rahmat oleh kerana dia meluahkan masa sepanjang hayatnya dengan amalan yang bermanfaat. Mereka yang bersikap demikian tidak akan membuang masa walau sesaat pun selain mentaatkan diri kepada Allah.

Terdapat sepotong hadis yang bermaksud: Dua ni'mat yang manusia sering cuaikan: Kesihatan dan masa lapang.

Beliau menekankan tentang maksud hadis tadi dengan berkata bahawa kebanyakan manusia tidak mengetahui betapa pentingnya kedua-dua ni'mat tadi dalam kehidupan sehari-hari.

KUNCI KEBAHAGIAAN

Jika seseorang itu tidak menitikberatkan kedua-dua ni'mat itu, maka ia dianggap melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah di sepanjang hayatnya. Pada hal ini akan ditanya di akhirat kelak dan apakah yang hendak dikatakan di hadapan Allah pada hari itu nanti?

Masalah itu, kata Dr Shehata adalah masalah 'keberkatan' dalam kehidupan manusia di sepanjang hayatnya. Ini bukanlah masalah panjang atau pendeknya umur seseorang itu.

Ramai ulama sufi telah memperkatakan tentang cara bagaimana seseorang itu dapat mencapai ke peringkat 'keberkatan' dalam kehidupannya (umurnya). Mereka berkata bahawa hal ini terbahagi kepada tiga iaitu taat kepada kedua-dua ibu bapa, mengeratkan silaturahim dan taat kepada Allah swt.

Mentaati kedua-dua ibu bapa itu adalah dari unsur-unsur keberkatan pada umur dan penambahan rezeki. Ini telah dijelaskan dalam al-Quran yang maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. -- Surah Al-Israa:23

Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kemenangan dalam kehidupan seseorang itu terletak pada apa yang telah dilakukannya semata-mata untuk meredai kedua-dua ibu bapanya.

Di sinilah terdapat ukuran kemenangan yang akan membawa kepada keberkatan dalam hidup dan kemasukannya ke syurga.

Faktor kedua pula ialah silaturahim. Rasulullah telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Sesiapa yang telah suka untuk diluaskan (dimurahkan) baginya akan rezekinya dan diberkati Allah akan umur dan ajalnya, maka eratkanlah silaturahimnya.

Hadis tadi jelas menunjukkan bahawa silaturahim itu mengandungi keberkatan pada umur dan ajal kita.

Faktor ketiga pula ialah taat kepada Allah swt. Ini adalah satu-satunya 'kunci' kebahagiaan untuk seseorang itu hidup di dunia. Ketaatan kepada Allah hendaklah dengan beriman kepada-Nya serta mempunyai iktikad bahawa Dialah yang menghidupkan, mematikan dan juga yang memberi rezeki.

Kemudian kita hendaklah mengawasi solat-solat yang telah diwajibkan kepada kita agar kita sentiasa ada hubungan dengan Allah. Begitu juga dengan menunaikan zakat dan bersyukur atas rezeki-Nya, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan fardu haji.

Popular Posts