Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Antara sifat terpuji

*
1. Taubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t.

2. Khauf ertinya takutkan Allah s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud ertinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.

4. Sabar ertinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur ertinya menyedari bahawa semua ni'mat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan merasa gembira dengan ni'mat itu
serta bertanggungjawab kepada Allah.

6. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana
tujuan lain.

7. Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari melakukan maksiat.

Moga ada manfaat.

*

Suara wanita aurat ?


Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32: terjemahannya "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)"

Di dalam ayat di atas sudah cukup nyata dan jelas betapa suara wanita itu bukannya bahagian-bahagian aib (aurat) wanita.  Perintah Allah swt. bahawa perlunya wanita itu bertutur (bersuara) dengan perkara-perkara makruf (baik) dan kena pada tempat dan waktunya.

Pada zaman Rasulullah saw. terdapat ramai di kalangan para sahabat dan kaum Hawa yang hadir, bertanyakan soalan dan berhujah dengan Baginda saw.  Kaum Hawa mengajukan soalan kepada Baginda saw. mengenai hukum-hukum agama dan ini juga telah didengari oleh sahabat-sahabat Baginda saw. yang lain.  Tidak ada sesiapa pun yang melarang mereka (kaum Hawa) mereka daripada bercakap.

Dr. Yusof al-Qardhawi dalam Fatwa Muasirah memetik satu dalil.  Kata beliau: “Suara wanita bukan aurat.  Katanya, Al-Quran sendiri mengandungi ayat yang membenarkan wanita berdialog dengan Nabi Muhammad saw."

Cuma apa yang perlu diperjelaskan di sini adalah suara kaum Hawa itu boleh jatuh kepada bahagian-bahagian aib (aurat) jika bersabit dengan beberapa perkara, antaranya ialah:

1. Bercakap antara kaum Adam dan Hawa yang bukan muhrim akan perkara yang sia-sia, mengajak kepada perkara maksiat serta melalaikan.

2. Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi.  Maka pada saat itu suaranya aurat. [Imam al-Ghazali]

3. Syeikh Atiyah juga memetik beberapa pendapat ulama terdahulu mengenai perkara ini.  Al-Qurtubi berkata suara wanita ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat kecuali ketika dia menyanyi.

 

Seperti yang telah diperjelaskan di atas, suara wanita tidak jatuh kepada (bahagian-bahagian aib) aurat wanita selagi ianya berpegang kepada perkara-perkara berikut:

1. Kaum Adam dibolehkan bercakap atau berdialog dengan kaum Hawa dengan suatu hajat yang perlu sahaja

2. Kaum Hawa tidak boleh bermanja-manja, memerdukan, melembut-lembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya kerana ianya boleh menimbulkan nafsu berahi dan fitnah orang

3. Wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan sembahyang, kecuali di kalangan mereka sendiri

4. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan imam dalam sembahyang tidak boleh dengan melafazkan tasbih seperti yang dilakukan oleh lelaki tetapi memadailah dengan menepuk tangannya saja

5. Kaum Hawa juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan solat

6. Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan.  Ia dilarang bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita

7. Wanita yang ingin mempelajari Al-Quran secara berlagu tidaklah dilarang.  Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin mengenai galakan belajar Al-Quran berlagu.
 
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Allah tidak senang mendengar sesuatu selain daripada mendengar seseorang yang sedang melagukan bacaan al-Quran dengan suara lantang dan merdu" [Riwayat  Bukhari dan Muslim]

Ibnu Abbas juga menyatakan, Rasulullah saw. bersabda bermaksud: "Sesiapa yang tidak suka berlagu (mengelokkan bacaan) Al-Quran maka dianya bukanlah daripada golonganku" [Riwayat Abu Daud]

Secara ringkasnya, suara wanita bukanlah aurat selama mana pertuturannya masih berada di dalam batas-batas hukum agama dan tidak pula bertujuan mempengaruhi orang lain akan perkara-perkara yang sia-sia dan maksiat dengan kemanjaan dan kemerduaan suaranya.  Wallahualam bissawab.

Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk.

Oleh Shamsul Kamal bin Main

*

Hukum Persandingan


1. Definasi persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pelamin dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas dan dituntun oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk dituntun, menjadi kenangan bersejarah, mera'ikan peluang se umur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu seperti adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat (Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

a). Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

b). Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam terhadap Persandingan:

1. Menabur Beras Kunyit. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau ruh-ruh jahat, maka ia adalah syirik. Ia bercanggah dengan surah alFatihah: ayat 5, dan Yunus: 107

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu dari ruh-ruh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam. Perbuatan andaman yang berbentuk `litadlis' mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh alHadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah Melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tatoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.

4. Berhias untuk dipamirkan (tabaruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamirkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah," janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliyah dahulu." alAhzab: 33.

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran. Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."Islam mencela amalan boros: "janganlah kamu membazir
secara melampau." maksud al_Isra': 26

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian. Ini berlawanan dengan ruh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 2: 286

7. Maskahwin dan Hantaran yang Mahal Inilah bukanlah sunnah Rasul saw: "wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, alHakim dan Baihaqi)

Demi mera'ikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (dihadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan
kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2.Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang
biasa dilihat.

Rujukan:
1. Prof Muhammad alGhazali, laisa minal Islam
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha
3. Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam
4. Ustazah Fatimah Ali, UM, Kajian Persandingan di Malaysia

*

Sayyidina Ali (r.a.) and some maths problems


Sayyidina Ali (rodhiallahu 'anhu) while he was a Khalifa was known for his mathematical genius. One Day a person came to him, thinking that since Ali thinks he is too smart, I'll ask him such a tough question that he won't be able to answer it and I'll have the chance to embarrass him in front of all the Arabs.

He asked "Ali, tell me a number, that if we divide it by any number from 1-10 the answer will always come in the form of a whole number and not as a fraction." Ali Looked back at him and said, "Take the number of days in a year and multiply it with the number of days in a week and you will have your answer."

The person got astonished but as he was a Mushrik he still didn't believe Ali. He calculated the answer Ali gave him. To his amazement he came across the following results:

The number of Days in a Year = 360 (in Arabic Calendar)
The Number of Days in a Week = 7
The product of the two numbers = 2520

Now...

2520 ÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10= 252

In another occasion...

A person was about to die, and before dying he wrote his Will which went as follows...

"I have 17 Camels, and I have three sons. Divide my Camels in such a way, that My eldest son gets half of them, the second one gets 1/3rd of the total and my youngest son gets 1/9th of the total number of Camels"

After his death when the relatives read his will they got extremely perplexed and said to each other that how can we divide 17 camels like this.

So after a long hard thought they decided that there was only one man in Arabia who could help them: Ali Ibne Abi Taalib.

So they all came to the door of Ali and put forward their problem.

Ali said, "Ok. I will divide the camels as per the man's will. I will lend one of my camels to the total which makes it 18 (17+1), now lets divide as per his will"

The Eldest gets 1/2 of 18 = 9
The second one gets 1/3 of 18 = 6
and The Youngest gets 1/9 of 18 = 2
Now the total number of camels = 17

Then Ali said, "Now I will take my Camel back"

*

Khitan / Khatan bagi wanita

*
KHITAN BAGI WANITA.

Saya yakin ramai diantara kita tahu bahawa perkara berkhitan pada orang lelaki adalah wajib menurut hukum Islam. Namun tidak ramai yang ingin mengetahui tentang khitan yang diharuskan oleh Islam terhadap kaum wanita. Mengapa ianya diharuskan dan apakah faedahnya mengikut pandangan Islam. Ikuti tajuk ini moga ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan tentangnya. InsyaAllah.

Bismilillahirrahmanirrahim.

DEFINISI KHITAN.

Menurut Ibnu Manzur, khitan berasal dari 'al-khatnu'. iaitu bahagian yang harus dipotong dari kaum laki-laki mahu pun wanita. Para ulama ilmu syariat mendifinasikan sebagai berikut: "memotong sebahagian dari sebahagian tertentu dari anggota tubuh yang tertentu."

Menurut Al-Mawardy, khitan orang laki-laki ialah dengan memotong kulit yang meliputi kepala zakar. Yang baik adalah pemotongan di pangkal kulit sejak dari pangkal kepala itu sendiri sehingga tiada lagi kulit yang menutupi kepala zakar itu. Dan khitan bagi kaum wanita ialah dengan memotong kulit dibahagian atas (hujung ) vagina.

Sepotong hadith menyatakan sabda Rasulullah SAW tentang khitan bagi kaum wanita maksudnya: "Sederhanakanlah dan janganlah berlebihan-lebihan, kerana hal itu lebih menampakkan kecantikan di wajah dan mendatangkan keni'matan baginya di sisi suami." (Hadith Ar-Tarmizi)

Maksudnya, janganlah engkau berlebih-lebihan memotongnya. Tujuan khitan bagi laki-laki adalah untuk mensucikannya dari unsur-unsur najis di dalam qulfah (kulit) dan tujuan khitan bagi wanita ialah untuk mengawal nafsu shawatnya.

Cuba bandingkan nafsu muslimah dengan wanita yang tidak melakukan khitan, nafsu mereka lebih kuat maka seringkali terjadi perbuatan tidak senonoh. Jadi janganlah kamu memotong secara berlebih-lebihan untuk mengelakkan dorongan seksualnya menjadi lemah.

Kebaikan berkhitan (memotong qulfah) mempunyai pengaruh yang sangat baik bagi hubungan suami isteri. Muslimah sejati akan meni'mati rasa kepuasan yang bersederhana berbeza dengan wanita yang tidak berkhitan akan mendapat kepuasan yang memuncak sehingga boleh memudharatkan diri. Inilah bezanya muslimah dengan wanita bukan Islam yang menjaga sunnah dan agamanya.

Oleh Rose

*

Adab Seorang Muslim

Tafsir Surah An-Nisa' ayat 86 - Adab seorang Muslim

Allah mengajar orang-orang yang beriman dengan suatu adab yang baik iaitulah adab pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 86)

Pendapat yang lebih kuat - yang dimaksudkan dengan hormat di sini ialah memberi salam walaupun ada ulama yang menjelaskan bahawa termasuk dalam ayat ini Tasymitul 'Atisy (berzikir ketika seseorang bersin) dan membalas orang yang 'Musyamit'. Ertinya apabila seseorang itu bersin, dia berkata 'al-hamdulillah' dan yang berada di sisinya menjawab 'Yarhamukallah'. Ini adalah diantara perkara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. tetapi yang lebih kuat dimaksudkan ayat ini ialah memberi salam.

Menjadi ijma' di kalangan para ulama bahawa memulakan salam itu disunatkan dan sangat digalakkan manakala menjawab salam diwajibkan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberi hormat dengan suatu penghormatan (salam) maka kamu hendaklah menghormatinya (menjawab salam itu)." (Surah an-Nisa': 86)

Ulama' berkhilaf dalam masalah sama ada menjawab salam itu wajib kifayah atau fadhu ain. Di sisi Imam Malik dan Imam Syafie, menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah (wajib secara umum). Sekiranya ada orang yang menjawab salam di kalangan kumpulan yang ramai maka lepaslah tanggungjawab yang lain (yang tidak menjawab salam di kalangan mereka).

*

Puasa di bulan sya'ban

*

Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya‘ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban." (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata: Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya‘ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya‘ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul ‘Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (HR An-Nasa’i)


*

Jauhi perkara-perkara makruh ketika puasa


Assalamualaikum warahmatullah,

Salah satu untuk menyempurnakan ibadah puasa ialah menjauhi perkara-perkara makruh. Walaupun makruh tidak membatalkan ibadah puasa, tetapi panduan yang dibuat oleh para imam mujtahidin adalah merupakan menutup pintu-pintu kerosakan (sadduz zara'ie).

Antaranya perkara-perkara makruh ialah:

1. Berkucup dan pendahuluan jimak walau melalui khayalan atau penglihatan. Juga makruh mengikut pandangan Mazhab hanafi mengucup/menghisap bibir isteri. Walaupun di sana ada hadith riwayat As-Syaikhan (Bukhari dan Muslim): "Bahasa Nabi Muhammad S.A.W telah mengucup dan bersentuh kulit, sedangkan Baginda S.A.W sedang berpuasa."  Kebanyakan ulamak menetapkannya makruh kerana ditakuti seseorang itu tidak mampu mengawal nafsunya seperti Rasulullah saw. Ini diperkuatkan lagi dengan hadith: Dari Aisyah R.A: "Rasulullah S.A.W telah mengucup Aisyah R.A. sedangkan Baginda S.A.W berpuasa dan Baginda S.A.W bersentuh kulit sedangkan Baginda S.A.W berpuasa dan Baginda seorang yang mampu menguasai perasaannya."(Muttafaq Alaih) "Dan Baginda melarang orang muda melakukannya tetapi memberi kelonggaran kepada orang tua." (Hadith Hasan riwayat Abu Daud dari ABu Hurairah, diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah dan ABu Darda' begitu juga dari Ibn Abbas dengan sanad sahih)

2. Merasa ataupun mengunyah makanan tanpa ada keuzuran walaupun tidak ditelan kerana dikhuatiri akan termasuk sesuatu bahagian ke dalam rongga.

3. Makruh mengikut pandangan Mazhab Syafi'ie jika bersugi selepas gelincir matahari.

4. Pandangan mazhab maliki makruh banyak tidur di siang hari bulan Ramadan.


Masalah berbekam?
Di sana terdapat hadith mengenai berbekam. Sabda Nabi S.A.W: "Terbatal puasa pembekam dan yang dibekam." (Riwayat At-Tirmidzi dianggap hasan sahih, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Abu Daud) Sesiapa yang baca hadith di atas akan menyangka bahawa sesiapa yang berbekam atau dibekam maka batallah puasanya. Sebenarnya hadith ini telah dimansukhkan oleh hadith yang lain daripada Ibn Abbas: "Sesungguhnya Nabi S.A.W berbekam sedangkan baginda berpuasa." (Riwayat Bukhari, At-Tirmidzi menganggapnya Hadith Hasan, Abu Daud, dan Ibn Majah) Hadith pertama(berbekam batal puasa) berlaku sebelum pembukaan kota mekah iaitu pada tahun 8 hijrah sementara hadith kedua(berbekam tidak batal) diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Abbas menganut Islam bersama ayahnya semasa pembukaan kota mekah. Oleh yang demikian, hadith yang pertama telah dinasakhkan oleh hadith kedua. (Ibn Kathir, Al-Baith Al-Hathith)

Walaubagaimanapun hujjah-hujjah fuqaha mazhab tidak dinafikan bahawa kebanyakan mereka mengatakan berbekam itu hukumnya makruh. Ini boleh dilihat dalam kitab Mughni Al-Muhtaj (Jilid 1--Mazhab Syafi'ie, As-Syarh As-Saghir(jilid I)--mazhab maliki. Kedua mazhab ini berpendapat bahawa berbekam hukumnya makruh. Mazhab Hanafi pula berpendapat tidak makruh sekiranya berbekam itu tidak melemahkan orang yang berpuasa.

Wallahua'alam.

Moga ada manfaat.


*

Soal Jawab Puasa


Soalan: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei makruh memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang ? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit.Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan: Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan: Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan: Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu. Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu ?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Dipetik dari laman Darul Nu’man

Soalan: Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa.

Jawapan: Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan: Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan

Jawapan: Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan: Bilakah yang dikatakan Hari Syak

Jawapan: Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat: 1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang: 2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan: Adakah harus berpuasa di Hari Syak

Jawapan: Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada' dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan: Bagaimana hendak diketahui awal Syawal.

Jawapan: Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan nombor 2).

Soalan: Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan.

Jawapan: Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla'

Soalan: Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya.

Jawapan: Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan: Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka.

Jawapan: Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada'kannya.

Soalan: Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam.

Jawapan: Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu
Mekah.

Soalan: Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan.

Jawapan: Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada' ke atasnya.

Soalan: Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua.

Jawapan: Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan: Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja.

Jawapan: Sebaik-baik niat dengan mengingat "Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan". Walau bagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.
* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid
kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan: Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada
hari tersebut.

Jawapan: Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam.

Jawapan: Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan: Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka.

Jawapan: Sah puasa tersebut.

Soalan: Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok.

Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu

Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar.

Jawapan: Sah puasa.

Soalan: Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya.

Jawapan: Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.

Jawapan: Batal puasa.

Soalan: Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.

Jawapan: Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan: Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya ?

Jawapan: Tidak batal puasa.

Soalan: Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap.

Jawapan: Batal puasa.

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang pitam

Jawapan: Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan: Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib

Jawapan: Sah puasa.

Soalan: Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh

Jawapan: Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.


Soalan: Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa

Jawapan: Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak.
Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan: Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya ?

Jawapan: Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan: Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)

Jawapan: Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan

Jawapan: Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan: Adakah boleh diqada' sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang

Jawapan: Yang muktamad tidak boleh diqada' dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama' yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada' dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan: Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh

Jawapan: Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam
minit.

Soalan: Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya

Jawapan: Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan: Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathi subhah pada bulan puasa

Jawapan: Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan: Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak

Jawapan: Sunat berimsak.

Soalan: Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada' adakah wajib dia berimsak

Jawapan: Tidak wajib berimsak.

Soalan: Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim)

Jawapan: Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan: Adakah perempuan yang haid wajib berimsak

Jawapan: Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan: Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada' puasanya

Jawapan: Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada'.

Soalan: Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa

Jawapan: Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

Soalan: Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz

Jawapan: Sunat.

Soalan: Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu

Jawapan: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan: Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib

Jawapan: Tidak sah puasanya.

Soalan: Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh

Jawapan: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada'.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya

Jawapan: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

Soalan: Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa

Jawapan: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.

Soalan: Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi

Jawapan: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila mengggosok gigi dan sengaja dia
meggosoknya.

Soalan: Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik semasa berpuasa

Jawapan: Hukumnya makruh.

Soalan: Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadhan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya

Jawapan: Tidak ada apa hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

Soalan: Seseorang yang meningal dunia, puasanya sudah diqada' tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah

Jawapan: Fidyahnya tidak bertambah.

Soalan: Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah puasanya

Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.

Soalan: Seseorang yang syak masuk waktu Subuh kemudian dia bersetubuh meninggalkan bersahur kerana bimbangkan luput waktunya, adakah sah puasanya

Jawapan: Sah puasanya kalau dia berniat puasa pada malam itu.

Soalan: Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya

Jawapan: Batal puasanya.

Soalan: Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya

Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.

Soalan: Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa

Jawapan: Batal puasanya.

Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa

Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya".

Soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hatinya tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan

Jawapan: Tidak sah niat tersebut.

Soalan: Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan contact lens

Jawapan: Boleh.

Soalan: Adakah wajib berimsak ke atas kanak-kanak yang baligh dan sedang berpuasa

Jawapan: Wajib berimsak ke atasnya.

Soalan: Orang yang berpuasa nazar kemudian dia berbuka puasanya. Adakah wajib dia berimsak selepas dia berbuka

Jawapan: Tidak wajib kecuali puasa pada bulan Ramadhan.

Soalan: Orang yang berpuasa yang melakukan 2 kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan 2 kifarat

Jawapan: Dikenakan satu kifarat sahaja.

Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya

Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri.
b. Kerana menjaga kesihatan anak.

Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada' sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada'dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada' sahaja.

Soalan:Adakah wajib qada' puasa yang ditinggalkan semasa dia gila

Jawapan: Tidak wajib qada' puasa tersebut.

Soalan: Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa tetapi walinya tidak membayarkan fidyah sehingga Ramadhan yang kedua. Adakah digandakan fidyahnya

Jawapan: Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat mengatakan dikenakan dua cupak bagi setiap hari, satu cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana menangguhkan fidyah.

Soalan: Apakah hukum seseorang yang mati yang belum sempat menunaikan puasa nazar

Jawapan:
a. Mengikut Qaul Jadid hendaklah wali memberi secupak beras sehari.
b. Mengikut Qaul Qadim wali boleh memberi secupak beras sehari atau menggantikan puasa.

Soalan: Adakah harus qada' puasa kepada simati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqada'kan puasanya oleh 30 orang selama satu hari

Jawapan: Harus dan Sah.

Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqada'kan puasa untuknya

Jawapan: Tidak boleh diqada'kan puasa kepada orang yang masih hidup.

Soalan: Bolehkan dibayar fidyah 10 cupak kepada 1 orang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang

Jawapan: Boleh diberi kepada satu orang atau sepuluh orang.

Soalan: Adakah sah bernazar puasa selama 1 tahun

Jawapan: Sah nazar tersebut dan hendaklah berpuasa selama tempoh tersebut termasuk dalamnya hari Tahrim (2 hari raya), tiga hari tasyrik, l bulan puasa Ramadhan dan puasa qada'.

Soalan: Apakah hukum seorang isteri bernazar untuk puasa setahun dan dilarang oleh suami

Jawapan: Wajib berbuka dan tidak dikenakan fidyah dan qada' kerana dikira uzur.

Soalan: Adakah sah puasa sunat seorang perempuan yang dilarang oleh suaminya

Jawapan: Sah puasa tetapi berdosa.

Soalan: Adakah wajib qada' bagi seseorang yang membatalkan puasa sunatnya

Jawapan: Tidak wajib qada' pada mazhab Abu Hanifah.

Soalan: Bolehkah membatalkan haji sunat atau umrah sunat

Jawapan: Tidak boleh kalau terbatal wajib Qada'. Catatan: Masalah ini berbeza dengan puasa sunat kerana puasa sunat boleh dibatalkan tanpa qada'.

Soalan: Adakah sah berpuasa pada hari-hari Tahrim

Jawapan: Tidak sah dan haram berpuasa.

Soalan: Apakah hukum bersahur

Jawapan: Hukumnya sunat.

Soalan: Apakah hukum puasa sunat pada hari jumaat sahaja

Jawapan: Makruh berpuasa kecuali pada hari jumaat itu jatuh 10 Muharram.

Soalan: Apakah hukum meneruskan puasa 2 hari berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka

Jawapan: Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

Soalan: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka

Jawapan: Sah puasa

Soalan: Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga ke tahun berikutnya. Adakah wajib fidyah ke atasnya kerana terlewat qada'

Jawapan: Tidak wajib fidyah ke atasnya wajib qada' sahaja ke atasnya.

Soalan: Adakah pahala membaca AI-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain

Jawapan: Pahala membaca AI-Quran dan bersedekah dibulan Ramadhan adalah berganda.

Soalan: Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami yang telah meninggal dunia

Jawapan: Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya yang telah meninggal tetapi yang terutamanya ialah anak-anaknya kerana anak-anaknya yang menerima asabah daripada pusakanya. Ini berpandu kepada Imam as-Subki yang telah memfidyahkan puasa keluarganya yang telah meninggal dunia.

Soalan: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air

Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

Soalan: Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa kerana takut menjejaskan kesihatan kandungannya

Jawapan : Hukumnya harus

Soalan: Hukum mencantumkan puasa qadha' dengan puasa sunat

Jawapan: Hukumnya harus bahkan setengah ulama' mengatakan sunat.

Soalan: Hukum berniat puasa qadha' pada waktu pagi siang hari dan bagaimana niatnya

Jawapan : Hukumnya tidak sah kecuali puasa sunat.

Soalan: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin

Jawapan: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha' pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha' pada bulan-bulan yang lain.

Soalan: Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada fakir miskin?

Jawapan: Tak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut Mazhab Shafie fidyah puasa hendaklah dengan dikeluarkan beras secupak pada satu puasa dan tidak boleh ditukarkan kepada yang lain. Oleh itu hendaklah diberi beras, jangan ditukar kepada yang lain atau makanan supaya hak orang miskin ini tidak dapat diguna oleh orang-orang yang tidak berhak.

Soalan: Bolehkah berpuasa pada hari Arafah yang jatuh di hari Jumaat?

Jawapan: Sunat berpuasa di hari arafah walaupun berlaku hari Jumaat. Yang makruh berpuasa di hari Jumaat ialah semata-mata melakukan puasa sunat.

Soalan: Saya mahu qada' puasa di hari ini tetapi saya tertidur semalaman. Adakah boleh saya berniat di siang hari?

Jawapan: Tidak boleh, kerana niat puasa qada' dan nazar itu wajib dan niat puasa qada' dan nazar adalah di malam hari. Tidak sah selepas Subuh dan boleh berniat di siang hari hanya untuk puasa sunat sahaja.

Soalan: Apabila seseorang qada puasa kemudian dia membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak makan. Adakah dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk puasa qadanya?

Jawapan: Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja dan haram membatalkan puasanya.


Soalan: Adakah boleh qada' puasa pada 13 Zulhijjah?

Jawapan: Tidak boleh kerana 13 Zulhijjah dilarang (HARAM) berpuasa.

Soalan: Saya mahu Puasa qada' selama 10 hari. Adakah boleh saya berniat puasa di malam pertama puasa?

Jawapan: Tidak harus kerana sepuluh puasa qada' itu adalah puasa yang berlainan seperti orang tinggal sepuluh kali pada sembahyang Subuh. Maka sepuluh Subuh itu adalah lain di antara satu sama lain. Maka hendaklah berniat pada membuat tiap-tiap sembahyang yang sepuluh itu. Begitu juga dengan puasanya.

Soalan: Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada satu orang?

Jawapan: Boleh.

Soalan: Ibu saya meninggal dunia pada hari yang ke sepuluh Ramadhan kerana sakit dan tidak dapat puasa. Apakah hukumnya?

Jawapan: Tidak dikenakan apa-apa fidyah kerana dengan sebab tidak ada masa untuk dirinya mengqada'kan puasanya.

Soalan: Apakah pada bulan Muharram itu ada hari diharamkan berpuasa?

Jawapan: Tidak ada, harus berpuasa sepanjang bulan.

Soalan: Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?

Jawapan: Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir miskin.

Soalan: Bolehkah puasa sepanjang tahun selain dari 2 hariraya dan hari-hari tasyrik?

Jawapan: Boleh berpuasa bahkan sunat berpuasa sekiranya kuasa dan tidak terjejas tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya.

Soalan: Kenapakah awal puasa dan hari raya tidak sama di antara negara-negara Islam di dunia.

Jawapan: Awal puasa dan hari raya tidak sama kerana tidak sama matlaknya , tidak boleh disamakan waktu seperti waktu sembahyang contohnya di negara kita sudah masuk waktu Isyak tetapi di Mekah belum Maghrib lagi.


Dipetik Dari
http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17


Soalan :
Assalammualaikum.. disini saya ada kemusykilan berkenaan dengan org yg telah menninggal dunia. contohnya jikalau seorg bapa telah meninggal dunia bolehlah anaknya menggantikan puasanya, haji dan umrah bagi pihaknya.

Jawab:
Menurut Qaul Jadid Asy-Syafi'ie, tidak dibolehkan menggantikan (qadha) puasa orang mati secara mutlaq (baik ia mempunyai kesempatan masa hidup atau tidak) tetapi memadai dikeluarkan (fidyah) dari harta peninggalannya satu cupak sehari mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan. An-Nawawi menyatakan dibolehkan warisnya mengggantikan puasa si mati. Tetapi jika dia meninggalkan harta wajib salah satunya (qadha atau fidyah)

Sah menghajikan orang yang sudah mukhallaf apabila dia tidak mampu menunaikan haji kerana tua, sakit (yang tidak ada harapan sembuh) atau meninggal dunia. Hadis di bawah dijadikan qias. " Dari Ibnu Abbas r.a: Pernah Al Fadlu bin Abbas duduk di belakang Rasulullah saw. Lalu datang seorang wanita dari "Khats'ama". Mulailah Al Fadhlu memandang kepadanya dan wanita itu memandang kepadanya. Lalu Nabi saw memalingkan muka Al Fadhlu ke arah lain. Lalu wanita itu berkata: Ya Rasulullah sesungguhnya kewajiban Ibadah haji dari Allah itu, atas semua hambaNya. Sedangkan aku mendapatkan masa hidup ayahku dalam keadaan terlalu bangka, tidak kuat lagi naik kenderaan. Apakah saya boleh hajikan dia. Baginda menjawab: Ya. Dan peristiwa itu pada waktu Haji Wada'
(Muttafaqun Alaihi)
-----------------------

Soalan :
Seseorang yang ingin membuat sesuatu ibadat kada' sebagai denda (kifarah) kerana melanggar larangan ketika mengerjakan ibadah puasa. Dia tidak mampu hendak berpuasa berturut-turut, tiada hamba sahaya untuk dimerdekakan dan hanya mungkin mampu padanya untuk memberi makan pada 60 fakir miskin. Masalahnya sekarang susah untuk mendapatkan fakir miskin. Jika dia hanya dapat seorang sahaja fakir miskin. Bolehkah dia memberi makan pada seorang fakir miskin itu sebanyak 60 kali/hari?

Jawapan:
Tatacara membayar kafarat bulan Ramadhan.
Kafarat ialah sesuatu yang mesti ditutup atau dibayar kerana melanggar syariat; cth di atas ialah bersetubuh disiang hari di bulan Ramadhan; di mana kafaratnya ialah samada membebaskan seorang hamba abdi, puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan org miskin seramai 60 orang satu mud beras atau bijirin. Hikmah kafarat: untuk menjaga syari'at supaya tidak dipermainkan. Beberapa perbahasan dalam bab kafarat jima' di bulan puasa.
1. Tidak wajib kafarat bagi muslim yang lupa, terpaksa atau yang jahil akan hukumnya (jumhur ulama)
2. Jika isteri dipaksa oleh suami, kafarat itu hanya untuk suami (bagi madzhab Syafi'iy, kafarat itu hanya untuk suami baik terpaksa atau sengaja; ini diperkuat oleh Imam Nawawi); bagi isteri hanya dikehendaki mengkadha puasa hari itu sahaja.
3. Kafarat itu hanya untuk kesalahan bersetubuh sahaja, jika mereka makan atau minum dulu sebelum jima' tidak dikenakan kafarat (ini pandangan Imam Syafi'iy)
4. Jika seorang itu jima' (setubuh) berulang kali di bulan Ramadhan, menurut Syafi'iy, Maliki dan Hanbali kafarat itu mengikut jumlah persetubuhan;manakala madzhab Hanafi cukup satu kafarat sahaja.
5. Tambahan kepada kafarat, pelakunya hendaklah dikenakan hukum takzir oleh pemerintah dan dikehendakki menghabiskan puasanya pada hari itu (ini pandangan Syafi'iy)
6. Persetubuhan itu hendaklah sempurna bukan separuh jalan.

Cara melakukan kafarat:
Jumhur ulama menggariskan tatacara melaksanakan kafarat adalah sebagaimana maksud hadis Muslim HR Abu Hurairah yakni mengikut kemampuan: pertama memerdekakan hamba abdi; jika tidak kuasa, berpuasa dua bulan berturut-turut, dan jika tidak mampu memberi makan 60 fakir miskin. Menurut saudara penanya masalah di sini ialah susah hendak berjumpa dengan orang miskin. Ini kena berhubung dengan projek PPRT (projek pembasmian rakyat termiskin) yang telah menakrifkan pendapatan bulanan bagi rakyat termiskin dan terdapat senarai lengkap mengikut daerah atau berhubung dengan pejabat kadhi untuk mengetahui kadar sukatan beras bagi kafarat (satu mud beras berbeza mengikut negeri-negeri persekutuan) juga senarai rakyat termiskin, juga boleh menghubungi jabatan kebajikan masyarakat untuk mendapat senarai rakyat miskin;
Rujukan: Fiqhu sunnah: Sayyid Sabiq vol bab siyyam, Syaikh Jabir al Jazairy Minhaj al Muslim; al Umm asSyafi'iy..
--------------------

Soalan :
Bagaimanakah caranya untuk kita mengira beberapa hari yang tertinggal untuk menggantikan (kada') ibadah puasa atau solah yang tertinggal pada zaman remaja, yang tidak dapat dikira kerana terlalu banyak (kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggal).

Jawapan:
Amalan fiqh Syafi'iy di Malaysia dan Hanbali di Saudi, wajib diganti puasa yang terdahulu dan dikenakan kafarat satu mud makanan asasi sehari kepada seorang miskin (di Malaysia: 1 cupak=0.6 kg beras) mengikut jumlah hari yang di yakini telah ditinggalkan.
Fatwa Qardhawi: amalan tersebut tidak ada sandaran dalil yang kuat, yang lebih kuat ialah hanya mengkadha' puasa sahaja tak perlu membayar kafarat; namun jika membayar kafarat atau mengeluarkan fidyah adalah lebih baik. Jika berlaku syak tentang jumlah hari yang ditinggalkan; gunakan kaedah feqah: dzan ghalib (apa yang diyakini); jika kita berpuasa terlebih dari apa yang disyakki itu adalah lebih baik.


-----------------------
Soalan :
Ada sedikit kemusykilan: Kita maklum bahawa Arab Saudi memulakan puasa sehari lebih awal dari negara kita. Bagi sesiapa yang mengerjakan umrah ketika itu bermakna telah memulakan puasa sehari lebih awal. Jika mereka kembali ke tanahair, dan menyambut Syawal (berdasarkan hisab) mengikut ketetapan negara kita, bermakna mereka telah berpuasa 31 hari sedangkan tidak pernah rasulullah berpuasa selama itu dan dalam kalender Islampun sebulan hanya antara 29 dan 30 hari. Persoalannya perlukah mereka berpuasa 31 hari kerana mengikut pemerintah disesuatu tempat itu atau berhari raya mengikut Arab Saudi supaya berpuasa selam 30 hari sahaja

Jawapan:
Jumhur fuqaha' tidak membolehkan kita berpuasa melebihi 30 hari. Dalam kes saudara, apabila saudara berpindah dari tempat asal bermula puasa, maka hendaklah menghormati tempat anda bermastautin (Malaysia). Saudara hendaklah berbuka pada hari ke 31 secara sirri dan mengikuti upacara solat idilfitri untuk mengelak fitnah. Inilah pandangan jumhur fuqaha'. Ruj: Abu Bakar Jabi al Jazairy (minhaj al muslim)
-----------------------

Soalan :
Batalkah puasa air masuk ke dalam hidung semasa berwudhu'. Seseorang yang berpuasa, apabila ia mengambil wuduk dengan membasuh muka, air wuduk tadi termasuk dalam
hidung terus ke tekaknya. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia berkomor atau istinsyaq dan air termasuk kedalam rongga hidung terus ketekaknya--tidak batal puasa.
Ini juga pandangan Syafi'iy, Awza'iy dan Ibn Abbas. Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, vol 1 bab Siyyam): yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan sesuatu melalui jalan yang tabi'iy untuk makan dan minum dengan ssengaja; maka jika air itu masuk melalui cara yang tidak tabi'iy dan niat kita bukan bertujuan membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal.
-----------------------

Soalan :
1) Bolehkah isteri meminta izin dari suami secara blanket approval' sahaja iaitu, meminta izin secara keseluruhan baginya melaksanakan ibadat khusus yang sunat ini atau adakah setiap kali si isteri hendak melaksanakan ibadah-ibadah sunat seperti ini, maka setiap kali pula ia dikehendakki meminta izin suaminya? bagaimana kalau pada ketika ia berhajat untuk laksanakan ibadat sunat itu suaminya tiada atau susah dihubungi, adakah si isteri perlu menunggu hingga suaminya pulang untuk meminta izin tersebut?

Jawab:
Hukum berpuasa sunat bagi para isteri.
Dua hadis sahih sebagai nas:
1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud:
Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya.
2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah: Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan.

Di sini ada khilaf ulamak.
Pertama: Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa nazar, puasa qadha' dan puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7 pg 115.
Kedua: Sebahagian ulamak berpendapat wanita perlu meminta izin utk berpuasa selain puasa ramadhan. Ini bermakna jika puasa itu selain puasa Ramadhan, dia perlu mendapat izin suami. Sayyid Sabiq berpendapat demikian.
Ketiga: Isteri tidak perlu mendapat keizinan suaminya utk berpuasa apabila suaminya musafir, atau sakit atau uzur yang mana dia tidak mampu mengadakan hubungan seks. Ini adalah pandangan majoriti ulamak berdasarkan hadis dalil di atas. Ini juga pandangan Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah)

Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum berpuasa.
Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak isterinya jima' bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
al Imam al Hafidz dalam kitab al Fath: hak suami ke atas isterinya lebih kuat daripada amalan sunat dan kebajikan yang lain. Kerana itu hak suami wajib dipenuhi, maka kewajipan harus didahulukan daripada hal-hal sunat.
Komentar Syaikh Muhammad Ali Qutb (Tuhfatul 'Aris wal 'Arus): Islam memberi perhatian yang serius terhadap hubungan seks antara suami-isteri, lantas Islam melarang isteri menentukan sendiri kegiatan yang dapat menghalang keinginan seksual suaminya sekalipun kegiatan itu berupa ibadah sunat. Maka Islam mewajibkan para isteri mendahului hubungan sek yang diminta suami daripada ibadat sunat. Sebagai balasan atas hak yang diberikan kepada suami, Islam memberi hak kepada isteri yang wajib dipenuhi oleh suaminya, iaitu suami tidak boleh melakukan kegiatan yang sangat meletihkan atau menyebabkan kelemahan pada jasmaninya kerana dengan keletihan itu siisteri telah kehilangan hak untuk meni'mati hubungan seks dengan suaminya.
-----------------------

Soalan :
Ada yang mengatakan wanita hamil atau menyusui anak yang meninggalkan puasa, tidak perlu qada puasa tapi cuma bayar fidyah. Tetapi ada yang mengatakan qada puasa & bayar fidyah. "Dari Ibnu Abbas : wanita yang hamil dan wanita yang menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup membayar fidyah memberi makan orang miskin " ( Riwayat Abu Dawud ). Shahih "Diriwayatkan dari Nafi' dari Ibnu Umar: Bahwa sesungguhnya istrinya bertanya kepadanya ( tentang puasa Ramadhan ), sedang ia dalam keadaan hamil. Maka ia menjawab : Berbukalah dan berilah makan sehari seorang miskin dan tidak usah mengqadha puasa ." ( Riwayat Baihaqi) Shahih.

Jwb:
Dr Qardhawi telah membuat kajian dalam nas yang bersimpang siur ini dan dalam kitab feqahnya (fatawa mu'asirat), Qardhawi berpendapat fidyah sahaja. Madzhab Syafi'iy antaranya yang menetapkan qadha dan fidyah. Ini adalah khilafiah dan keduanya harus utk diamalkan.

-----------------------

Soalan :
Ada hamba Allah yang bertanyakan Jika kita sedang bersahur, tiba-tiba kedengaran azan terdapat dua hadis: HR Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja.

Penjelasan: Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari. Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini.
Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama' menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit buffer sebelum azan subuh).
-----------------------

Soalan:
Bagaiman pula bagi orang yg memakai contact lense yg memasukkan cecair ke dalam matanya utk membasahkan mata. Adakah itu juga boleh membatalkan puasa?

Jawab:
Tidak batal kerana tiga alasan (illat):
a. tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg dharuri.
b. niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga).
c. ia bukanlah jalan yg tabi'iy (normal) bagi kemasukan cecair itu.
(Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah,Jld 3)

-----------------------

Soal :
Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan alat bantuan inhaler (saya kurang pasti namanya) yang perlu dimasukkan ke dalam mulut?

Jawab:
Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Athma Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979) Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.. Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.
-----------------------

Soal:
Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga, contohnya seperti berikut 1. mengorek lubang hidung dengan jari 2. mengorek telinga dengan pengorek telinga 3. menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan mengemukkan dalil dalil yang sahih.

Jwb:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga. Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu' Fatawa. menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.

2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata. Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat utk menghilangkn haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu'asirat)

*

Isu perkara membatalkan puasa

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

Minggu lepas saya telah menyebut secara ringkas beberapa amalan terbaik yang perlu kita ambil perhatian di bulan mulia ini (sila rujuk www.zaharuddin.com). Minggu ini saya suka untuk mengupas sedikit perihal pembatalan puasa. Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja. Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramdhan. (Taysir al-Fiqh –Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Hakikatnya, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak. Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa. Berikut beberapa hukum secara ringkas dari beberapa perbuatan berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya `yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd `Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur. Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md `Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga
dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh : Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah : Hukumnya : Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd `Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melaui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal : Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; `Uqlah ,hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. Adapun suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya; para ulama berbeza pandangan : Pandangan majoriti dan yang lebih kuat adalah : Tidak membatalkan puasa, ia fatwa Syeikh Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu. Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. JUsteru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik. Berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat : Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Sumber: http://zaharuddin.net/

*

Popular Posts