"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Nikah Mut'ah

*

Dalam Mazhab Syafi'I, Imam Al-Syafi'I dalam kitabnya Al-Umm mengatakan, "Nikah mut'ah yang dilarang itu adalah semua nikah yang dibatasi dengan waktu, baik dalam jangka pendek maupun jangka panjang, seperti ucapan seorang laki-laki kepada seorang perempuan, aku nikahi kamu selama satu hari, sepuluh hari atau satu bulan". Sementara itu Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' mengatakan, "Nikah mut'ah tidak diperbolehkan, kerana pernikahan itu pada dasarnya adalah suatu aqad yang bersifat mutlaq, maka tidak sah apabila dibatasi dengan waktu."

Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Shahih Muslim menyatakan bahwa dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhani, dia berkata, "Kami bersama Rasulullah saw. Dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata, "Ada selimut seperti selimut.' Akhirnuya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjid Al-Haram, dan tiba-tiba aku melihat Nabi saw. sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Baginda bersabda, 'Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, hendaklah dia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah Azza wa Jalla telah mengharamkan nikah mut'ah sampai hari Qiamat." (Shahih Muslim II/1024).

Dalil hadits lainnya : Dari Ali bin Abi Thalib r.a. ia berkata kepada Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw. melarang nikah mut'ah dan memakan daging keledai jinak pada waktu Perang Khaibar. (Fath Al-Bari)


*

Yaqazah

*


"Suri" juga diistilahkan sebagai "Yaqazah" oleh para ulama'. Menurut Kamu Idris al-Marbawi[1] dan Dictionary Hans Wehr[2], Arti yaqazah menurut bahasa ialah jaga, ingat, sedar (bukan dalam keadaan mimpi), (yaqazah-yaqiza/yaquza)

Pengertian yaqazah di sisi ilmu tasawwuf pula ialah bertemu atau berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan mimpi).

Anugerah yaqazah ini adalah daripada Allah yang tidak mustahil berlaku. Walaupun ia merupakan perkara yang bertentangan dengan adat kebiasaan (luar dari kebiasaan) pada logika manusia, namun ia masih dalam lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah s.w.t. mengadakan atau tiadakannya.

Tidaklah mustahil penanugerahan ber-yaqazah juga merupakan antara karomah sejumlah para wali-Nya. Di antara prinsip dasar Aqidah Ahlussunah Wal Jama’ah adalah menyakini dan membenarkan adanya jenis-jenis perkara luar kebiasaan (khawariq lil-‘adah) yang boleh berlaku kepada golongan selain para rasul.

Antara dalil-dalil bagi mengemukan keharusan berlaku yaqazah adalah:

· Peristiwa Isra’ Mi’raj di mana Rasulullah s.a.w. dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. (sedangkan Nabi Musa a.s. telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.) sebagaimana ditafsirkan di dalam Al-Qur’an[4].

· Riwayat mengenai Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Isra’ sebelum Baginda s.a.w. dimi’rajkan[5]. Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis: “Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karomah) untuk bertemu dengan zat Nabi baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya”.

· Dipetik daripada Sahih al-Bukhari[6], حدثنا عبدان أخبرنا عبد الله عن يونس عن الزهري حدثني أبو سلمة أن أبا هريرة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول من رأني في المنام فسير اني في اليقضة ولا يتمثل الشيطان بي Sesungguhnya Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku dengar Nabi bersabda: “Sesiapa yang melihat aku di dalam mimpi, maka dia akan melihat aku di dalam yaqazah (keadaan jaga) dan shattan tidak boleh menyerupai diriku.”

Al-‘Allamah Al-Mufti Dr. Ali Jum’ah juga menjelaskan perihal hadis tersebut (Al-Bayan m/s161): “… Hadis tersebut menceritakan tentang kebolehan (keharusan) seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di semasa hidupnya di dunia…”

Lihatlah kitab ulama’ yang membahaskan mengenai masalah yaqazah:
· Imam Ibn Hajar dalam Fathul Bari iaitu syarah terhadap Sahih al-Bukhari.
· Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim.
· Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam buku fatwa beliau.
· Syeikh Yusuf an Nabhani di dalam Kitab Afdalul Salawat dan Kitab Sa’adah ad-Daraini.
· Imam al-Ghazali di dalam Kitab Al-Munziqu minal Dzalal.
· Imam Abdul Wahab Asy-Sy’arani di dalam Kitab Al-Mizan. Beliau meriwayatkan ucapan Imam Suyuthi, Imam Abu Hassan Asy-Syazili dan Imam Abu Abbas Al-Mursi mengenai pertemuan mereka dengan Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (sedar terjaga).
· Husain Hasan Tomai pada bukunya bertajuk “Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya”, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Bharu, Kelantan, 1989.
· Imam As-Suyuti di dalam kitab Tanwir Al-Halak fi Imkan Ru’yatu An-Nabi wa Al-Malak. Beliau berkata dalam “pendahuluan” pada m/s 10 percetakan Dar Jawamik Al-Kalim: “Telah banyak yang mempersoalkan mengenai sebahagian ahli rabbani yang melihat Nabi secara yaqazah ini. Adapun suatu golongan yang mengingkarinya pada zaman ini merupakan mereka yang tidak mempunyai latar belakang ilmu (yang cukup dalam bidang agama), sehingga menyebabkan mereka mengingkarinya dan berasa pelik mengenainya sehingga mendakwa bahawa ianya mustahil. Kini saya mengarang penulisan ini mengenai perbahasan tersebut…”

Rujukan:
[1]. Kamus Idris Al-Marbawi, karangan Sheikh Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Darul Nu’man, halaman 401.
[2]. Arabic-English Dictionary The Hans Wehr, edited by JM Cowan, 4th edition, halaman 1298. (awakening, waking, wakefulness, sleeplessness, vigilance, alertness, keenness of mind)
[3]. Rumusan daripada nota DPI Pergas-Kolej UNITI (modul DIA2113) bab Aqidah II halaman 41-45. [4]. Surah as-Sajadah: 23
[5]. Sila rujuk kepada artikel Isra’ Mi’raj di lelaman web kami (www.ahmadiah-idrisiah.com) untuk keterangan lanjut.
[6]. Matan yang serupa terdapat di dalam Sunan Abi Dawud namun berbeza sanad perawinya, yakni حدثنا أحمد بن صالح حدثنا عبد الله بن وهب قال أخبرني يو نس عن ابن شهاب قال أخبرني أبو سلمة بن عبد الر حمن أن أبا هريرة Juga, hadith serupa yang menjadi hujjah bagi membenarkan melihat Nabi di dalam mimpi terdapat di sisi Imam Muslim, Imam Tirmidziy, Imam Ibn Majah, Imam Ahmad, Imam Ad-Dairami.
[7]. Kitab ‘Fatwa’ jilid 2 bilangan 63 (1988), Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988.
[8]. Kitab Al-Fawakih Ad-Diwani karangan Imam An-Nafrawi, jilid 3, m/s 360.
[9]. Buku yang diterjemah: Ilham, Kasyaf dan Mimpi daripada kitab Syaikh Al-Qaradhawi berjudul Mauqif al-Islam minal Ilham wal Kasyf war Ru’a wa minat Tama’imi Kahanah war Ruqa’, Maktabah Wahbah, 1415-H, Al-Qahirah Mishr.

Dipetik daripada laman web www.ahmadiah-idrisiah.com

*

Samiallahu liman hamidah atau Rabbana lakal hamdu

*

Imam Syafi'i menyatakan bahwa seorang yang mengerjakan solat, baik sebagai imam atau makmum atau solat bersendirian, ketika bangkit dari rukuk disunnahkan untuk mengucapkan "sami'allahu liman hamidah" dan setelah berdiri sempurna (i'tidal) disunnahkan untuk membaca "rabbana lakal hamdu".(Jalaluddin 'Abdurrahman Bin Abu Bakar As-Suyuthi, Al-Hawi Lil Fatawi, Darul Fikr, 1994, Juz.I, hal.41.).

Sumber: http://kyaijawab.com/index.php/post/53/Mengucapkan+samiallahu+liman+hamidah+atau+langsung+rabbana+lakal+hamdu

http://konsultasikitabkuning.blogspot.sg/2015/04/histori-samia-allahu-liman-hamidah-pada.html

https://haydaynet.blogspot.sg/2015/12/asal-usul-samiallahu-liman-hamidah.html

*

Doa Makan

*
*
Dari Ali bin Abi Thalib diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam Musnad imam Ahmad, dia berkata telah diceritakan pada aku oleh Abbas bin al-Walid, dia berkata telah diceritakan pada ku oleh Abdul Wahid bin Ziyad, dia berkata telah diceritakan padaku oleh Sa’id al-Jurairi dari Abi al-Ward dari Ibnu A’bud, dia berkata : “ Telah berkata pada ku Ali bin Abi Thalib :

يا ابن أعبد هل تدري ما حق الطعام ؟ قال : قلت : وما حقه يا ابن أبي طالب ؟ قال : تقول : باسم الله اللهم بارك لنا فيما رزقتنا ، قال : وتدري ما شكره إذا فرغت ؟ قال : قلت : وما شكره ؟ قال : تقول : الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا

“ Wahai Ibna A’bud, apakah kamu tahu haknya makanan? Ia berkata, aku berkata : “ Apa hak makanan itu wahai putra Abu Thalib ? beliau menjawab : “ Hendaknya kamu ucapkan : Bismillah, Allahumma Baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa dst…”. (Musnad Ahmad : No. 1312)

Imam at-Tirmidzi menilainya hadits Hasan.
Takhrij hadits Ali bin Abi Thalib di atas sebagai berikut :

Sa’id al-Jurairi adalah Sa’id bin Iyas dinilai tsiqah, ia adalah ahli hadits dari Bashrah. Abu al-Ward adalah Ibnu Tsumamah bin Hazn al-Qusyairi, Ibnu Sa’ad mengatakan : “ Dia ma’ruf “. Dalam taqrib dikatakan : “ Dia maqbul (Dapat diterima) “. Ibnu A’bud, oleh Ali bin al-Madini dikatakan : “ Tidak ma’ruf, dan aku tidak mengenalnya selainnya “, akan tetapi imam Bukhari mengenalnya dan mengatakan dalam Tarikh al-Kabir : 4/430 : “ Ibnu A’bud meriwayatkan dari Ali “.

Melihat takhrij di atas, maka hadits di atas sanadnya bernilai Hasan sebagaimana dikatakan oleh syaikh Ahmad Syakir.

*

Popular Posts