"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

MENJAWAB FITNAH WAHABI KONONNYA IMAM SYAFIE MENGHARAMKAN TAHLIL DAN KENDURI ARWAH PART 1

Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al Asy'ariyyah Wal Maturidiyah

MENJAWAB FITNAH WAHABI KONONNYA IMAM SYAFIE MENGHARAMKAN TAHLIL DAN KENDURI ARWAH PART 1

MEMPERTIKAIKAN AMALAN UMAT ISLAM DENGAN MENUKIL PERNYATAAN ULAMA DARI KITAB MUKTABAR SECARA TIDAK AMANAH (iatu edit atau menggunting-gunting kalimat) MERUPAKAN PERBUATAN KEJI DAN SANGAT TIDAK BERAKHLAK. SELAIN TERMASUK TELAH MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN, JUGA TERMASUK TELAH MEMFITNAH ULAMA YANG PERKATAANNYA TELAH MEREKA NUKIL, MERENDAHKAN KITAB ULAMA DAN JUGA TELAH MENIPU KAUM MUSLIMIN . DAKWAH WAHABI BENAR-BENAR PENUH KEPALSUAN DAN KEBOHONGAN. MEMPERALATKAN NAMA IMAM SYAFIE UNTUK MENJATUHKAN AMALAN TAHLIL. SUNGGUH MEREKA INI AMAT KEJI JUGA DENGKI. 

Kitab I’anatuth Thalibin (إعانة الطالبين) adalah kitab Fiqh karangan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyatiy Asy-Syafi’i, yang merupakan syarah dari kitab Fathul Mu’in, Kitab ini sangat masyhur dikalangan masyarakat Nusantara dan juga salah satu kitab yang menjadi rujukan pengikut madzhab Syafi’iyyah dalam ilmu Fiqh diseluruh dunia. Namun, sayang, ada sebagain kecil kalangan yang tidak bermadzhab Syafi’i (anti Madzhab), mengaku pengikut salaf, mengambil secara tebuk-tebuk isi kitab ini untuk mengharamkan Tahlil yang merupakan amalan sudah masyhur dikalangan pengikut madzhab Syafi’i. Bukannya berdakwah secara benar namun yang mereka lakukan, malah menunjukkan kedengkian hati mereka dan ketidak jujuran mereka dalam menukil perkataan ulama. Ini hanya salah satu kitab yang kami cuba luruskan dari nukilan TIDAK JUJUR yang telah mereka lakukan. Masih banyak lagi kitab Ulama yang di-edit dan disalahertikan maknanya oleh mereka, seperti kitab Al-Umm (Imam Syafi’i), Al-Majmu’ Syarah Muhadzab Imam An-Nawawi, Mughni al-Muhtaaj ilaa Ma’rifati Ma’aaniy Alfaadz Al Minhaj, dan kitab-kitab ulama lainnya. *PEMBAHASAN Setidak-tidaknya ada 5 pernyataan yang kami temukan, yang mereka EDIT DAN MENYALAHTAFSIRKAN dari kitab I’anah at-Thalibin secara TIDAK JUJUR dan TIDAK AMANAH maksud dari pernyataan tersebut untuk mengharamkan Tahlil. Ini banyak dicantumkan di media social milik mereka seperti Facebook, Blog, Youtube dan dikutip oleh sesama mereka secara membabi buta tanpa ilmu. Berikut ini yang mereka nukil secara TIDAK JUJUR, yang punya kitab i’anah at-tholibin silakan bersama-sama kita meniliti ketidak jujuran dalam menukilkan perkataan secara tidak amanah. 

 1. Teks arabnya ; (نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر) “Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165) 

 2. Teks arabnya ; وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه، بدعة مكروهة – كإجابتهم لذلك، لما صح عن جرير رضي الله عنه. كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة “Dan apa yang dibiasakan manusia tentang hidangan dari keluarga si mayat yang disediakan untuk para undangan, adalah bid’ah yang tidak disukai agama, sebagaimana datangnya para undangan ke acara itu, kerana ada hadith shahih yang diriwayatkan dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu: Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga si mayat, mereka menghidangkan makanan setelah penguburannya, adalah termasuk nihayah (meratap) –yakni terlarang. 

 3. Teks arabnya ; وفي البزاز: ويكره اتخاذ الطعام في اليوم الاول والثالث وبعد الاسبوع، ونقل الطعام إلى القبر في المواسم “Dalam Kitab Al Bazaz : Dibenci menyediakan makanan pada hari pertama, tiga, dan setelah tujuh hari, dan juga mengirim makanan ke kuburan secara bermusim. 

 4. “Dan diantara bid’ah yang munkarat yang tidak disukai ialah apa yang biasa dikerjakan orang tentang cara penyampaian rasa duka cita, berkumpul dan acara hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram. (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146). 

 5. “Dan tidak ada keraguan sedikitpun, bahawa mencegah umat dari bid’ah munkarat ini adalah menghidupkan Sunnah Nabi SAW , mematikan BID’AH, membuka seluas-luasnya pintu kebaikan dan menutup serapat-rapatnya pintu-pintu keburukan, kerana orang-orang memaksa-maksa diri mereka berbuat hal-hal yang akan membawa kepada hal yang diharamkan. (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146). 

 Kelima-lima point inilah yang digunakan oleh manusia yang TIDAK AMANAH, TIDAK JUJUR dinukilkan secara-cara tebuk-tebuk, di-edit dan diselewengkan makna sebenarnya. Kami akan mulai membahas point-point diatas, sebagai berikut : =========================================================== POINT PERTAMA : WAHABI MENUKILKAN : Teks arabnya ; (نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر) “Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165) 

 AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH MENJAWAB : Nukilan diatas merupakan bentuk KETIDAK JUJURAN, dimana orang yang membacanya akan menyangka bahawa berkumpul di tempat ahli (keluarga) mayyit dan memakan makanan yang disediakan adalah termasuk bid’ah Munkarah, PADAHAL BUKAN SEPERTI ITU yang dimaksud oleh kalimat tersebut. Mereka telah menggunting (menukil secara tidak jujur) kalimat tersebut sehingga makna (maksud) yang dkehendaki dari kalimat tersebut menjadi kabur. Padahal, yang benar, bahawa kalimat tersebut merupakan JAWAPAN ke atas pertanyaan yang ditanyakan sebelumnya. Itu sebabnya, kalimat yang mereka nukil dimulai dengan kata “NA’AM” (iya)”. AYUH KITA BACA TEKS YANG LENGKAP TANPA DITEBUK-TEBUK, DIEDIT DANDISELEWENGKAN MAKNANYA !!!! ~

BERIKUT TEKS YANG LENGKAP ; وقد اطلعت على سؤال رفع لمفاتي مكة المشرفة فيما يفعله أهل الميت من الطعام. وجواب منهم لذلك. (وصورتهما). ما قول المفاتي الكرام بالبلد الحرام دام نفعهم للانام مدى الايام، في العرف الخاص في بلدة لمن بها من الاشخاص أن الشخص إذا انتقل إلى دار الجزاء، وحضر معارفه وجيرانه العزاء، جرى العرف بأنهم ينتظرون الطعام، ومن غلبة الحياء على أهل الميت يتكلفون التكلف التام، ويهيئون لهم أطعمة عديدة، ويحضرونها لهم بالمشقة الشديدة. فهل لو أراد رئيس الحكام – بما له من الرفق بالرعية، والشفقة على الاهالي – بمنع هذه القضية بالكلية ليعودوا إلى التمسك بالسنة السنية، المأثورة عن خير البرية وإلى عليه ربه صلاة وسلاما، حيث قال: اصنعوا لآل جعفر طعاما يثاب على هذا المنع المذكور ؟ “Dan sungguh telah aku perhatikan mengenai pertanyaan yang ditanyakan (diangkat) kepada para Mufti Mekkah (مفاتي مكة المشرفة) tentang apa yang dilakukan oleh Ahli (keluarga) mayat perihal makanan (membuat makanan) dan (juga aku perhatikan) jawaban mereka atas perkara tersebut. Gambaran (penjelasan mengenai keduanya ; pertanyaan dan jawaban tersebut) yaitu mengenai (bagaimana) pendapat para Mufti yang mulia (المفاتي الكرام) di negeri “al-Haram”, (semoga (ALLAH) mengabadikan manfaat mareka untuk seluruh manusia sepanjang masa), TENTANG KEBIASAAN (urf) yang khusus di suatu negeri bahawa jika ada yang meninggal, kemudian para pentakziyah hadir dari yang mereka kenal dan tetangganya, lalu terjadi kebiasaan bahawa mereka (pentakziyah) itu menunggu (disajikan) makanan dan kerana rasa sangat malu telah meliputi ahli (keluarga mayat) maka mereka membebani diri dengan beban yang sempurna (التكلف التام), dan (kemudian keluarga mayat) menyediakan makanan yang banyak (untuk pentakziyah) dan menghadirkannya kepada mereka dengan rasa kasihan. Maka apakah bila seorang ketua penegak hukum yang dengan kelembutannya terhadap rakyat dan rasa kasihannya kepada ahli mayat dengan melarang (mencegah) permasalahan tersebut secara keseluruhan agar (manusia) kembali berpegang kepada As-Sunnah yang lurus, yang berasal dari manusia yang Baik (خير البرية) dan (kembali) kepada jalan BAGINDA ﷺ (semoga shalawat dan salam atas BAGINDA), saat ia bersabda, “sediakanlah makanan untuk keluarga Jakfar”, apakah pemimpin itu diberi pahala atas yang disebutkan (pelarangan itu) ? أفيدوا بالجواب بما هو منقول ومسطور. (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده. اللهم أسألك الهداية للصواب. نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر، ثبت الله به قواعد الدين وأيد به الاسلام والمسلمين. “Penjelasan sebagai jawaban terhadap apa yang telah di tanyakan, (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده, Ya .. ALLAH aku memohon kepada-Mu supaya memberikan petunjuk kebenaran ”.Iya.., apa yang dilakukan oleh manusia dari berkumpul ditempat ahli (keluarga) mayat dan menghidangkan makanan, itu sebahagian dari bid’ah munkarah, yang diberi pahala bagi yang mencegahnya dan menyuruhnya. ALLAH akan mengukuhkan dengannya kaedah-kaedah agama dan mendorong Islam serta umat Islam” INI TEKS ASAL YANG PENUH. YANG MERUPAKAN SATU BENTUK QUESTION AND ANSWER TANPA DITEBUK-TEBUK, DIEDIT, DISELEWENGKAN MAKNA. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

 Betapa apa yang dikehendaki dari pernyataan diatas telah keluar konteks saat pertanyaannya DIPOTONG, DITEBUK-TEBUK, DIEDIT DAN DISELEWENGKAN MAKNA SEBENAR sebagaimana nukilan mereka dan KETIDAKJUJURAN ini yang mereka gunakan untuk melarang Tahlil arwah.. Ketidak jujuran ini yang mereka dakwahkan untuk MENIPU umat Islam atas nama Kitab I’anatuth Thalibin dan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathiy Asy-Syafi’i. Dalam pertanyaan dan jawaban diatas, yang sebenarnya termasuk sebahagian dari bid’ah Munkarah adalah kebiasaan pentakziyah MENUNGGU (MENGHARAPKAN) HIDANGAN MAKANAN (بأنهم ينتظرون الطعام) DI TEMPAT AHLI (keluarga) yang terkena mushibah kematian. Akal sihat pun akan menganggap bahawa kebiasaan itu tidak wajar dan memang patut untuk di hentikan. Maka, sangat wajar juga bahawa Mufti diatas menyatakan kebiasaan tersebut iaitu MENUNGGU HIDANGAN DARI KELUARGA SI MAYAT sebagai bid’ah Munkarah, dan penguasa yang menghentikan kebiasaan tersebut akan mendapat pahala. Namun, kerana keluasan ilmu dari Mufti tersebut tidak berani untuk menetapkan hukum “Haram” kecuali jika memang ada dalil yang jelas dan sebab-sebabnya pun luas. Tentu saja, Mufti tersebut kemungkinan AKAN BERKATA LAIN DENGAN HUKUM BERBEZA jika membahasnya pada sisi yang lebih umum (bukan tentang KES SCENARIO yang ditanyakan), dimana pentakziyah datang untuk menghibur, menyabarkan ahli (keluarga) mayat bahkan membawa (memberi) bantuan berupa material untuk pengurusan mayat dan untuk menghormati pentakziyah yang datang. Pada kegiatan Tahlil arwah, orang tidak akan datang ke rumah ahlil mushibah dengan kehendaknya sendiri, melainkan atas kehendak tuan rumah. Jika tuan rumah merasa berat tentu saja tidak perlu mengadakan tahlil dan tidak perlu mengundang. Namun, siapa yang lebih mengerti dan faham tentang “memberatkan” atau “beban” terhadap keluarga mayat sehingga menjadi alasan untuk melarang kegiatan tersebut? Apakah orang lain atau ahli (keluarga) mayat itu sendiri ? Tentu saja yang lebih tahu adalah ahli (keluarga) mayat. Keinginan ahli (keluarga) mayat untuk mengadakan tahlil arwah dan mengundang tetangga atau orang lain untuk datang ke kediamannya merupakan pertanda ahli (keluarga) mayat memang menginginkannya dan tidak merasa keberatan, sementara para tetangga (hadirin) yang diundang sama sekali tidak memaksa ahli (keluarga) mayat untuk mengadakan tahlil arwah. Ahli (keluarga) mayat mengetahui akan dirinya sendiri bahawa mereka mampu dan dengan senang hati beramal untuk kepentingan saudaranya yang meninggal dunia, sedangkan hadirin hanya tahu bahawa mereka di undang dan memenuhi undangan ahli (keluarga) mayat. Sungguh betapa sangat menyakitkan hati ahli (keluarga) mayat jika undangannya tidak dipenuhi dan bahkan makanan yang dihidangkan tidak dimakan atau tidak disentuh. Manakah yang lebih utama, melakukan amalan yang “dianggap makruh” dengan menghibur ahli (keluarga) mayat, membuat hati ahli (keluarga) mayat senang, ATAU menghindari “yang dianggap makruh” dengan menyakiti hati ahli (keluarga) mayat ? Tentu saja akal yang sihat pun akan menilai bahawa menyenangkan hati orang dengan hal-hal yang tidak diharamkan adalah sebuah kebaikan yang berpahala, dan menyakiti perasaannya adalah sebuah kejelekan yang dapat berakibat dosa. Disisi yang lain antara ahli (keluarga) mayat dan yang diundang, sama-sama mendapatkan kebaikan. Dimana ahli (keluarga) mayat telah melakukan amal soleh dengan mengajak orang banyak mendo’akan anggota keluarga yang meninggal dunia, bersedekah atas nama mayat, dan menghormati tamu dengan cara memberikan makanan dan minuman. Pada sisi yang di undang pun sama-sama melakukan amal soleh dengan memenuhi undangan, mendo’akan mayat, berdzikir bersama, menemani dan menghibur ahli (keluarga) mayat. Manakah dari hal-hal baik tersebut yang diharamkan ? Sungguh ulama yang BERKELAYAKANi benar-benar bijaksana dalam menetapkan hukum “makruh” kerana melihat dengan seksama adanya potensi “menambah kesedihan atau beban yang membebankan”, meskipun jika seandainya hal itu tidak benar-benar ada. Adanya sebagian kegiatan Tahlil arwah yang dilakukan oleh orang awam, yang sangat membebani dan menyusahkan, kerana ketidak mengertiannya pada dalam masalah agama, secara umum TIDAK BOLEH dijadikan alasan untuk menetapkan hukum haram atau terlarang. Bagi mereka, lebih layak diberi tahu atau diajari bukan di hukum sebagai sesat, bida'ah, syirik,, kafir dan ahli neraka. SAYA SUDAH PUN MENJAWAB KETIDAK JUJURAN WAHABI dan MEMBERSIHKAN NAMA IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH DAN KITAB IA'NUT THALIBIN DARI FITNAH WAHABI YANG MENGEDIT, MENEBUK-NEBUK DAN MENYELEWENGKAN MAKNA DALAM POINT PERTAMA MEREKA. 


*

Maksud Silaturahim

 


Makna Sebenar SILATURAHIM

*


Makna silatu rahim ialah berlaku ihsan kepada kaum kerabat. 


Pendapat yang lebih tepat berkaitan dengan maksud silatu rahim ialah hubungan di antara kerabat atau keluarga sahaja.

Hubungan selain daripada ahli keluarga, bukan disebut silatu rahim, ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam). 

Silah bermaksud hubungan dan ar-Rahim bermaksud pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Imam Ibnul Atsir berkata, "Silatu rahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silatu rahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya." (Lisânul-‘Arab (XV/318).

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam). 

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata "Ar-rahim secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis nasab (keturunan), sama ada berhak mewarisi atau tidak, samada mahram atau tidak". (Fathul Bari, 10/414)

Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silatu rahim itu termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram. Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan mahram:

1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah dengannya seperti bapa, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan emak.

2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatu rahim.” (HR Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatu rahim.” (HR Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatu rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.

*

Hadits Tentang Nur Muhammad dalam Referensi Ulama

 Hadits Tentang Nur Muhammad dalam Referensi Ulama

bharata: Asslamualaikum Tgk Ali. Saya ingin bertanya, adakah hadist atau nash alquran tentang "Nur Muhammad"? Kalau ada mohon tgk berkenan menyampaikan sumbernya. Terima kasih tgk. Wassalam

Jawab :

Berikut ini beberapa penjelasan tentang Nur Muhammad yang kami kutip dari beberapa kitab karya ulama, yakni :

1.        Syaikh Khalid al-Azhari mengatakan :

“Sesungguhnya segala tanda-tanda kenabian yang didatangkan dengannya oleh para rasul sesungguhnya berhubung dengan mereka dari pada Nur Nabi Muhammad SAW, karena Nur Nabi SAW telah dicipta terdahulu dari pada mereka”.[1]

2.      Ibrahim al-Bajury berkata :

“Jika dikatakan bagaimana dapat dikatakan mukjizat yang didatangkan oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka adalah dari pada Nur Nabi Muhammad SAW, sedangkan para nabi tersebut adalah lebih dahulu ada ? Maka jawabannya ialah Junjungan Nabi SAW adalah terlebih dahulu wujudnya atas segala nabi tersebut yakni dari segi kejadian an-Nur al- Muhammady.”[2]

3.      Imam al-Barzanji berkata dalam sya’ir Maulid al-Nabawy :

وأصلي وأسلم على النور الموصوف بالتقدم والأولية

Artinya : Dan aku mohon rahmat Allah dan kesejahteraan-Nya atas nur yang disifati dengan terdahulu dan yang pertama.[3]

 

4.      An-Nawawi al-Bantany, dalam mensyarah perkataan al-auwaliyah (perkataan al-Barzanji dalam sya’ir Maulid al-Nabawy di atas) mengatakan :

“Keadaan nur itu yang pertama adalah dibandingkan makhluk lainnya, sebagaimana dalam hadits Jabir, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW makhluk pertama yang diciptakan Allah Ta’ala, Rasulullah SAW bersabda :

ان الله خلق قبل الأشياء نور نبيك فجعل ذالك النور يدور بالقدرة حيث شاء الله ولم يكن في ذلك الوقت لوح ولا قلم ولا جنة ولا نار ولا ملك ولا انس ولا جن ولا أرض ولا سماء  ولا شمس ولا قمر

Artinya :  Sesungguhnya Allah telah mencipta, sebelum adanya sesuatu, nur nabimu, maka dijadikan nur tersebut beredar dengan kekuasaan qudrahNya menurut yang dikehendaki Allah. Dan belum ada pada waktu itu luh, qalam, syurga, neraka, malaikat, manusia, jin, bumi, langit, matahari dan bulan.[4]

Komentar penulis :

Ini merupakan hadits Jabir riwayat Abdur Razzaq yang ditolak oleh al-Suyuthi sebagaimana keterangan setelah ini. Matannya menyerupai ini telah disebut oleh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam Asyraf al-Wasail ila Fahm al-Syamail dengan menyebutkannya sebagai riwayat Abdur Razzaq dari Jabir.[5]

5.      Ditanyai Ibnu Hajar al-Haitamy, semoga Allah memberi manfaat kepadanya, siapakah yang meriwayat hadits  :

أول ما خلق الله روحي والعالم بأسره من نوري كل شيء يرجع إلى أصله

Artinya :  Yang pertama diciptakan Allah adalah ruhku dan alam keseluruhannya dicipta daripada nurku, setiap sesuatu kembali kepada asalnya

Maka beliau menjawab :

 "Aku tidak mengetahui siapa yang meriwayatkannya sedemikian. Dan Sesungguhnya yang diriwayat oleh Abdur Razzaq adalah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :

إن الله خلق نور محمد قبل الأشياء من نوره

Artinya : Sesungguhnya Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu dari pada Nur-Nya.[6]

Hadits riwayat Abdur Razzaq ini juga telah disebut oleh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitab beliau, Asyraf al-Wasail ila Fahm al-Syamail [7] dan kitab al-Ni’mah al-Kubra ‘ala al-Alam fi Maulidi Sayyidi Waladi Adam.[8]

6.      Imam Abdurrahim bin Ahmad al-Qadhi dalam kitabnya, Daqaiq al-Akhbar mengatakan :

“ Sesungguhnya telah datang khabar bahwa Allah Ta’ala menciptakan pohon dengan empat cabang. Allah Ta’ala menamakannya Syajaratulyaqin. Kemudian dalam hijab, Allah menciptakan Nur Muhammad dari permata putih seperti bentuk burung Merak dan Allah meletakkannya di atas pohon tersebut. Nur Muhammad bertasbih di atasnya selama tujuh puluh ribu tahun. Kemudian Allah Ta’ala menciptakan mar-atul haya’ (cermin malu) dan meletakkannya di hadapan Nur Muhammad. Manakala burung merak (Nur Muhammad) melihat cermin, dia melihat bentuknya yang cantik da sangat bagus, maka dia malu kepada Allah dan berkeringat karenanya. Maka muncullah enam keringat darinya. Dari keringat pertama, Allah Ta’ala menciptakan Abu Bakar r.a., dari keringat kedua Allah menciptakan Umar r.a., dari keringat ketiga Allah menciptakan Usman r.a., dari keringat keempat Allah menciptakan Ali r.a., dari keringat kelima Allah menciptakan bunga dan dari keringat keenam Allah menciptakan gandum………….dst”[9]

Komentar penulis :

Hadits ini bertentangan dengan pemahaman bahwa Nur Muhammad merupakan makhluq yang pertama, karena berdasarkan kandungan hadits ini ada makhluq lain sebelum Nur Muhammad, yakni pohon Syajaratulyaqin dan permata putih.

Hadits ini disebut tanpa perawi dan sanadnya.

7.      Al-Suyuthi, salah seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi’i ditanyai mengenai hadits penciptaan Nur Muhammad, yaitu hadits berbunyi :

أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى خَلَقَ نُورَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَزَّأَهُ أَرْبَعَةَ أَجْزَاءٍ فَخَلَقَ مِنَ الْجُزْءِ الْأَوَّلِ الْعَرْشَ، وَخَلَقَ مِنَ الْجُزْءِ الثَّانِي الْقَلَمَ، وَخَلَقَ مِنَ الثَّالِثِ اللَّوْحَ، ثُمَّ قَسَّمَ الْجُزْءَ الرَّابِعَ وَجَزَّأَهُ أَرْبَعَةَ أَجْزَاءٍ، وَخَلَقَ مِنَ الْجُزْءِ الْأَوَّلِ الْعَقْلَ، وَخَلَقَ مِنَ الْجُزْءِ الثَّانِي الْمَعْرِفَةَ، وَخَلَقَ مِنَ الْجُزْءِ الثَّالِثِ نُورَ الشَّمْسِ وَالْقَمَرِ وَنُورَ الْأَبْصَارِ وَنُورَ النَّهَارِ، وَجَعَلَ الْجُزْءَ الرَّابِعَ تَحْتَ سَاقِ الْعَرْشِ مَدْخُورًا

Artinya : Sesungguhnya Allah Ta’ala menjadi Nur Muhammad SAW, maka membagikannya menjadi empat bagian. Allah menjadikan Arasy dari bagian pertama, menjadikan qalam dari bagian kedua dan menjadikan luh dari bagian ketiga. Kemudian membagikan bagian yang keempat dalam empat bagian, menjadikan akal dari bagian pertama, menjadikan ma’rifah dari bagian kedua, menjadikan cahaya matahari, cahaya bulan, cahaya abshar (penglihatan) dan cahaya siang hari dari bagian ketiga dan menjadikan dari bagian yang keempat tersimpan di bawah penyangga Arasy.

Beliau menjawab :

“Hadits yang disebut dalam pertanyaan, tidak ada sanadnya yang dapat dijadikan pegangan.”[10]

Dalam kitab Quut al-Mughtazi ‘ala Jami’ al-Turmidzi, al-Suyuthi berkomentar tentang hadits yang berbunyi :

إن اول ما خلق الله نوري

Artinya : Sesungguhnya yang pertama diciptakan Allah adalah nur aku.

beliau mengatakan, hadits ini tidak datang dengan ini lafazh, maka tidak diperlukan penta’wilan (untuk menghindari pertentangan dengan hadits “yang pertama diciptakan Allah adalah qalam”).[11]

8.        Al-Buwaithi salah seorang murid Imam Syafi’i, menyatakan sunnat memperbanyak shalawat kepada Nabi SAW ketika makan beras, karena beras dijadikan Allah dari Nur Muhammad. Namun al-Bujairumi mempertanyakan fatwa ini, beliau mengatakan :

“Perkataan al-Buwaithi bahwa beras dijadikan dari Nur Muhammad perlu ada tinjauan, karena hadits tentangnya tidak tsubut (tidak shahih).”[12]

9.        Dari Abdullah bin Syaqiq, Rasulullah SAW bersabda :

كُنْتُ نَبِيًّا وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ

Artinya : Aku sudah menjadi nabi, sedangkan Adam masih antara ruh dan jasad. (H.R. Ibnu Sa’ad)[13]

Hadits ini telah ditakhrij oleh al-Hakim dengan lafazh :

يا رسول الله متى كنت نبيا قال: وآدم بين الروح والجسد

Artinya : Ya Rasulullah kapan engkau menjadi nabi?, Jawab beliau : “Adam antara ruh dan jasad.

Al-Hakim mengatakan shahih dan al-Zahabi mengakui keshahihan itu. Hadits ini juga telah ditakhrij oleh Ahmad dan al-Thabrani. Al-Haitsami mengatakan, rijalnya rijal shahih.[14]

Imam al-Subki dalam mengomentari hadits di atas mengatakan :

 “Sungguh telah datang berita bahwa Allah menjadi ruh-ruh sebelum jasad. Karena itu, perkataan Nabi : “Aku sudah menjadi nabi” di atas merupakan isyarat kepada ruh Nabi yang mulia dan hakikatnya. Sedangkan hakikatnya itu tidak mampu akal kita mengenalnya, hanya penciptanya dan orang-orang yang diberikan kemampuan dengan nur ilahi saja. Kemudian Allah mendatangkan hakikat-hakikat itu menurut yang dikehendaki-Nya pada waktu yang dikehendaki-Nya. Maka hakikat Nabi SAW yang wujud sebelum penciptaan Adam didatangkan Allah sifat kenabian itu padanya, yakni Allah menjadikan hakikat Nabi SAW tersedia untuk sifat kenabian itu dan dilimpahkannya atas hakikat Nabi SAW pada waktu itu, maka jadilah hakikatnya sebagai nabi.[15]

Komentar penulis :

Seandainya diterima pemahaman Imam al-Subki ini, maka hakikat Muhammad yang dimaksud bukan berarti identik dengan Nur Muhammad yang merupakan makhluq pertama ciptaan Allah, karena pemahaman al-Subki ini hanya menunjukan hakikat Muhammad lebih duluan ada dari jasad Adam a.s., bukan lebih duluan dari segala makhluq.

Sebagian ulama menafsirkan, maknanya adalah kenabian Muhammad sudah duluan nyata/dhahir dalam alam arwah dari pada penciptaan Adam a.s. Artinya penciptaan Muhammad sebagai nabi sudah duluan masyhur dalam alam arwah dikalangan Malaikat.

Al-Ghazali mengatakan, maknanya adalah Muhammad sudah duluan menjadi nabi dari pada penciptaan Adam a.s. dalam taqdir bukan dalam penciptaan, sedangkan dalam penciptaan duluan Adam a.s.

Penafsiran lain adalah duluan ada dalam ilmu Allah.

Ibnu Hajar al-Haitami setelah menyebut pendapat-pendapat ulama di atas, termasuk pendapat Imam al-Subki di atas, beliau lebih cenderung kepada pendapat Imam al-Subki.[16]

Syeikh Abu Abdurrahman Abdullah bin Muhammad bin Yusuf Ibn Abdullah bin Jami’ al-Harari, seorang ulama bermazhab Syafi’i (Lahir 1328 H/1910 M) berasal dari negeri Harar (sebuah nama negeri di Somalia sekarang) dalam kitab Sharih al-Bayan, beliau menolak pendapat yang mengatakan Nur Muhammad merupakan ciptaan Allah yang pertama, menurut beliau  makhluq pertama ciptaan Allah adalah air. Argumentasi beliau adalah sebagai berikut:

1.    Firman Allah Ta’ala berbunyi :

وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ

Artinya : Kami jadikan setiap sesuatu yang hidup dari air. (Q.S. al-Anbiya : 30)

2.    Hadits riwayat al-Bukhari dan al-Baihaqi berbunyi :

كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى المَاءِ

Artinya : Adalah Allah, tidak ada sesuatupun selainnya, Arasy ketika itu atas air. (H.R. Bukhari dan al-Baihaqi)[17]

3.    Hadits Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

كُلُّ شَيْءٍ خُلِقَ مِنَ الْمَاءِ

Artinya : Setiap sesuatu diciptakan dari air (H.R. Ibnu Hibban)[18]

4.    Diriwayat oleh al-Suddii dalam tafsirnya dengan sanad yang berbeda-beda, berbunyi :

أَنَّ اللَّهَ لَمْ يَخْلُقْ شَيْئًا مِمَّا خَلَقَ قَبْلَ الْمَاءِ

Artinya : Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatupun dari apa yang telah diciptakan-Nya sebelum air.[19]

5.    Abdurrazaq sendiri dalam menafsirkan firman Allah Q.S Hud : 7 yang berbunyi :

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ

 Beliau mengutip perkataan Qatadah berbunyi :

هَذَا بَدْءُ خَلْقِهِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ

Artinya : Ini adalah permulaan penciptaannya sebelum menciptakan langit dan bumi. [20]

6.    Mujahid dalam menafsirkan firman Allah Q.S Hud : 7 di atas mengatakan :

قبل أن يخلق شيئًا.

Artinya : sebelum menciptakan sesuatupun.[21]

7.    Adapun hadits yang disebut-sebut sebagai riwayat Abdurrazaq dari Jabir, menurut beliau ini adalah maudhu’ (palsu). Beliau berargumentasi dengan penjelasan dari al-Suyuthi sebagaimana telah kutip di atas dan juga karena bertentangan dalil-dalil yang beliau kemukakan di atas

8.    Hadits Nur Muhammad yang disebut-sebut diriwayat oleh Abdurrazaq dari Jabir dalam kitab Mushannafnya, menurut beliau ternyata tidak ada dalam kitab tersebut berdasarkan cetakan yang beredar sekarang (zaman hidup beliau)

9.    Yang berpendapat juga bahwa hadits Jabir ini adalah maudhu’ adalah Ahmad bin al-Saddiq al-Ghumari, seorang peneliti hadits yang hidup semasa dengan beliau sebagaimana beliau kemukakan dalam kita ini.[22]

Komentar penulis :

KH Sirajuddin Abbas dalam buku beliau, Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi’i cenderung menolak pendapat bahwa seluruh alam ini terjadi dari Nur Muhammad.[23]


Kesimpulan

Terjadi perbedaan pendapat ulama dalam menanggapi tentang hadits Nur Muhammad

Masalah keberadaan Nur Muhammad bukanlah masalah pokok akidah yang menyebabkan saling menuduh sesat sesama umat Islam hanya karena masalah khilafiyah ini, sehingga tidak mengherankan kalau masalah Nur Muhammad ini hampir dapat dikatakan jarang sekali dibahas dalam kitab–kitab Aqidah, yang banyak pembahasannya hanya dalam kitab kitab-kitab tasauf

Kami tidak dalam posisi menjelaskan pendapat mana yang lebih rajih antara kedua pendapat di atas

Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat untuk menambah wawasan keislaman kita dan kepada guru-guru kami, abu-abu/kiyai, seandainya pemahaman kami ini keliru, mohon masukan dan meluruskannya.



[1] Syaikh Khalid al-Azhari, Syarah Matn al-Burdah, dicetak pada hamisy Hasyiah ala Matn al-Burdah, al-Saqafiyah, Surabaya, Hal. 31

[2] Ibrahim al-Bajury, Hasyiah Matn al-Burdah, al-Saqafiyah, Surabaya, Hal. 30

[3] Majmu’ah al-Mawalid, Maktabah Julia Karya, Jakarta, Hal. 72-73

[4] Syaikh an-Nawawi al-Bantany, Madarij al-Su’ud, Syirkah al-Ma’arif, Bandung, Hal. 4

[5] Ibnu Hajar al-Haitamy, Asyraf al-Wasail ila Fahm al-Syamail,  Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Hal. 36

[6] Ibnu Hajar al-Haitamy, al-Fatawa al-Haditsiyah, Hal. 206

[7] Ibnu Hajar al-Haitamy, Asyraf al-Wasail ila Fahm al-Syamail,  Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Hal. 36

[8] Ibnu Hajar al-Haitamy, al-Ni’mah al-Kubra ‘ala al-Alam fi Maulidi Sayyidi Waladi Adam, Maktabah al-Haqiqah, Istambul, Hal. 4

[9] Imam Abdurrahim bin Ahmad al-Qadhi , Daqaiq al-Akhbar, Syirkah al-Ma’arif, Bandung, Hal. 2

[10] Al-Suyuthi, al-Hawy lil Fatawa, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. I, Hal. 323-325

[11] Al-Suyuthi, Quut al-Mughtazi ‘ala Jami’ al-Turmidzi, Juz. I, Hal. 516

[12]Al-Bujairumi, Hasyiah al-Bujairumi ‘ala Syarh al-Khatib, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. III, Hal. 73

[13] Ibnu Sa’ad, al-Thabaqat al-Kubra, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 118

[14] Al-Munawi, Faidh al-Qadir, Maktabah Syamilah, Juz. V, Hal. 53

[15] Al-Suyuthi, al-Hawi lil Fatawa, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. II, Hal. 100-101

[16] Ibnu Hajar al-Haitami, Asyraf al-Wasail ila Fahm al-Syamail,  Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Hal. 34-35

[17] Al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Maktabah Syamilah, Juz. IV, Hal. 105, No. 3191

[18] Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, Maktabah Syamilah, Juz. VI, Hal. 299, No. 2559

[19] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fahul Barri, Maktabah Syamilah, Juz. VI, Hal. 289

[20] Abdurrazaq, Tafsir Abdurrazaq, Maktabah Syamilah, Juz. II, Hal. 182

[21] Al-Thabari, Tafsir al-Thabari, Maktabah Syamilah, Juz. XV, Hal. 245

[22] Abu Abdurrahman Abdullah  al-Harari, Sharih al-Bayan, Hal. 220-222

[23] KH Sirajuddin Abbas, Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi’i, Pustaka Tarbiyah, Jakarta, Hal. 211


Sumber: kitab-kuneng: Hadits Tentang Nur Muhammad dalam Referensi Ulama (kitab-kuneng.blogspot.com)

Status Kisah Tha’labah

 Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Jawapan Ustaz محمد حافظ سوروني

Status Kisah Tha’labah:

Ia merupakan sebuah kisah yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh ramai ulama spt  Imam at-Tabari dlm Tafsirnya, Imam at-Tabarani dlm al-Mu'jam al-Kabir, Imam al-Wahidi dlm Asbab an-Nuzul, al-Hafiz Ibn al-Athir dlm Usdu al-Ghabah, al-Hafiz al-Baghawi dlm Tafsirnya, al-Hafiz Abu Nu’aim dlm Ma’rifah as-Sahabah, Imam Ibn ‘Abdil Barr dlm al-Isti’ab, al-Hafiz Ibn Mandah, al-Hafiz al-Hasan bin Sufyan, al-Hafiz Ibn al-Munzir, Imam Ibn Abi Hatim, al-Hafiz Abu as-Syeikh, Imam al-‘Askari dlm al-Amthal, al-Hafiz Ibn Marduyah, al-Hafiz al-Barudi, al-Hafiz Ibn Qani’, al-Hafiz Ibn as-Sakan, al-Hafiz Ibn Syahin, Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan al-Hafiz Ibn ‘Asakir. Kesemuanya meriwayatkan daripada riwayat Abu Umamah RA. Terdapat satu jalur riwayat lain yang mungkin menyokong riwayat ini daripada Ibn ‘Abbas RA, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Marduyah dlm Tafsirnya. (lihat: al-Isabah oleh al-Hafiz Ibn Hajar) 

Ada tiga pendapat ulama mengenai status kisah ini, iaitu:

1.  Ulama yang menyatakannya daif atau tidak palsu iaitu: al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Hafiz al-‘Iraqi dlm Takhrij al-Ihya’, al-Hafiz as-Suyuti dlm ad-Durr al-Manthur, al-‘Allamah al-Futtani dlm Tazkirah al-Maudhu’at, Imam az-Zabidi dlm Ithaf as-Sadah serta kebanyakan para mufassirin (ulama tafsir), termasuk Imam al-Wahidi dlm al-Wajiz, Imam Ibn al-‘Arabi dlm Ahkam al-Quran, al-Hafiz Ibn Kathir, Imam al-Alusi dan lain-lain yang menyatakannya sebagai sebab turunnya ayat 75 surah at-Taubah. Bahkan, Ibn Kathir menyebutkan ia termasuk pendapat Ibn ‘Abbas RA, sahabi mufassir dan al-Hasan al-Basri RA, tabii masyhur.   

2.  Antara ulama yang menyatakannya sangat daif ialah: al-Hafiz al-Haithami dlm Majma’ az-Zawa’id, al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah, Imam Ibn Hajar al-Makki al-Haitami dlm al-Fatawa al-Hadithiyyah dan al-‘Allamah al-Munawi dlm al-Fath as-Samawi.

3.  Antara ulama yang menyatakannya palsu ialah: Imam Ibn Hazm dlm kitab al-Muhalla.

Ulama yang menyatakan kisah ini tidak palsu menyebut bhw terdapat dua orang Tha’labah, iaitu Tha’labah bin Hatib RA, seorang sahabat Badar yang meninggal dunia di Uhud dan seorang lagi Tha’labah bin Hatib/Abi Hatib, seorang munafik yang meninggal dunia di zaman Khalifah ‘Uthman RA. Ibn Ishaq menyebut, dia termasuk orang yang membina Masjid ad-Dhirar (masjid orang munafik). Kata al-Hafiz Ibn Hajar dlm al-Isabah: “Saya telah pasti kedua-duanya berbeza berdasarkan pendapat Ibn al-Kalbi bahawa sahabat Badar tersebut telah syahid di Uhud”. (lihat: Ithaf as-Sadah oleh az-Zabidi)

Meskipun ada yang yakin kisah ini palsu kerana mungkin menafikan adanya dua  orang Tha’labah, namun sebaiknya meraikan pandangan yang menyatakannya tidak palsu demi menjaga kesantunan terhadap para ulama lain dan suasana harmoni. Malahan, tidak ada pun di dalam sanadnya perawi yang benar2 disepakati sebagai pendusta atau dituduh berdusta, termasuklah ‘Ali bin Yazid al-Alhani. Data-datanya boleh dirujuk kepada kitab2 rijal, spt Tahzib al-Kamal oleh al-Hafiz al-Mizzi atau Tahzib at-Tahzib oleh al-Hafiz Ibn Hajar. Apatah lagi dengan adanya sokongan riwayat Ibn ‘Abbas RA, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Marduyah dlm Tafsirnya.

Maka, bagi yang mengatakannya tidak palsu, kisah Tha’labah ini boleh disampaikan untuk tujuan tarhib (memberi ancaman) sahaja dengan lafaz tamridh (ungkapan yang menunjukkan kelemahan sanadnya).

Wallahu a‘lam.

Tambahan Ustaz Fauzi Mustaffa:

Saya bimbang sgt kalau kisah Tha'labah tidak di nyatakan keseluruhan pandangan muhaddithin.

Tambahan Ustaz محمد حافظ سوروني

Betul ustz fauzi... sy juga ada sebut:

*"kebanyakan para mufassirin (ulama tafsir), termasuk Imam al-Wahidi dlm al-Wajiz, Imam Ibn al-‘Arabi dlm Ahkam al-Quran, al-Hafiz Ibn Kathir, Imam al-Alusi dan lain-lain yang menyatakannya sebagai sebab turunnya ayat 75 surah at-Taubah. Bahkan, Ibn Kathir menyebutkan ia termasuk pendapat Ibn ‘Abbas RA, sahabi mufassir dan al-Hasan al-Basri RA, tabii masyhur."

*"Ulama yang menyatakan kisah ini tidak palsu menyebut bhw terdapat dua orang Tha’labah, ..."

Point2 ini sgt perlu diambil kira..

Wallahu a'lam.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:

https://telegram.me/bicara_hadithMSO

*

DOA KELUAR RUMAH

*

*
*
*
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR. Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822))
*


TAUHID 3

*


*


*

TRANSFER PAHALA

*
*
Nabi s.a.w bersabda:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam Neraka” (Riwayat Muslim)
*

Berselawat Selepas Azan

*

Hadith Nabi SAW daripada Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma:

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Maksudnya: Sekiranya kalian mendengar muazzin melaungkan azan, maka sebutkanlah sepertimana yang dilaungkan oleh muezzin. Kemudian berselawatlah ke atasku dan barang siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat keatasnya dengan 10 kali. Kemudian mohonlah wasilah bagiku dan wasilah itu adalah satu kedudukan di syurga yang hanya disediakan untuk seorang sahaja dari kalangan hamba Allah dan aku mengharapkan agar aku dikurniakan kedudukan tersebut. Barang siapa yang memohon bagiku wasilah, maka halallah baginya syafaatku.

Riwayat Muslim (384)

*

Wirid selepas solat SUBUH

*

Hadis daripada Abu Zar, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Sesiapa yang membaca SELEPAS SOLAT SUBUH, dalam keadaan KAKINYA MASIH seperti TASYAHUD AKHIR, SEBELUM BERKATA-KATA yang lain, (bacaan:) " Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyii wa yumiit, wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir, sebanyak SEPULUH KALI, ditulis baginya SEPULUH KEBAGIKAN, DIHAPUS daripadanya SEPULUH KESALAHAN, DIANGKAT baginya SEPULUH DERAJAT, dan pada hari itu dia akan terhindar daripada HAL-HAL YANG BAHAYA dan TERHINDAR daripada GANGGUAN SYAITAN’. ” (HR at-Tirmizi no 3474 - sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

V

Wirid selepas solat Maghrib & Subuh

*

Wirid selepas solat Maghrib & Subuh

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai SOLAT SUBUH, maka bacalah sebelum kamu berbicara yang lain: “ Allahumma ajirni minan naar” sebanyak TUJUH KALI, maka sekiranya kamu mati pada pagi itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai solat MAGHRIB maka bacalah sebelum kamu berbicara yang lain: “Allahumma ajirni minan naar” sebanyak TUJUH KALI, maka sekiranya kamu mati pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Diriwayatkan antaranya oleh Abu Daud dan Imam Ahmad dalam al-Musnad)

*

Tasybih : Menyerupakan

*

TASYBIH = percaya bahawa Allah ada SIFAT MAKHLUK.

Allah TIDAK BOLEH ADA SIFAT ATAU CIRI-CIRI MAKHLUK.

Tasybih akan berlaku bila tidak faham SIFAT ALLAH dan SIFAT MAKHLUK.

Duduk, menetap, bertempat, berarah, bersemayam, beranggota, berwajah, berkaifiat, dll adalah SIFAT MAKHLUK.

Sesiapa percaya Allah ADA SIFAT MAKHLUK maka dia telah samakan Allah MACAM makhluk -> tasybih.

Makhluk boleh ada SIFAT ALLAH tetapi tidak sama darjat dgn Allah spt melhat, mendengar, berkata-kata.

Salaf beriman dan tidak tolak ayat quran YADULLAH.

Salaf TOLAK "MAKNA ZAHIR" YAD sebab mereka tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Salaf beriman dan tidak tolak ayat quran ISTAWA.

Salaf TOLAK "MAKNA ZAHIR" ISTAWA sebab mereka tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Anggota badan, duduk, jalis, bersemayam. menetap adalah SIFAT atau CIRI MAKHLUK.

Wahabi TERIMA "MAKNA ZAHIR" ISTAWA sebab mereka TIDAK tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Wahabi TERIMA "MAKNA ZAHIR" YAD sebab mereka TIDAK tahu ia sifat ciri MAKHLUK.

Wahabi TASYBIH sebab percaya Allah ADA SIFAT MAKHLUK kerana mereka TIDAK TAHU BEZA SIFAT ALLAH dan SIFAT MAKHLUK.


*

Hukum memakai jilbab / purdah / cadar / niqab menurut Mazhab Syafi’e

*


Cadar adalah kain penutup muka atau wajah perempuan.[1] Dalam bahasa Arab disebut juga dengan niqab. Dalam Kamus Arab-Indonesia karangan Mahmud Yunus disebutkan bahwa niqab adalah penutup muka perempuan.[2] Lois Ma’luf, dalam Kamus al-Munjid menjelaskan bahwa niqab itu adalah kain penutup kepala yang diletakkan oleh para perempuan pada ujung hidungnya dan menutup wajahnya dengannya.[3] Sudah menjadi tradisi bagi perempuan Arab dari zaman dahulu menutup wajah mereka dengan cadar dan ini terus berlanjut sampai orang Arab memeluk Islam sebagai agama mereka. Setelah Islam menjadi agama bagi orang Arab, diantara mereka ada yang menganggap cadar sebagai kewajiban bagi setiap perempuan muslimah, tetapi ada juga yang menganggap sebagai sunnah saja, bukan kewajiban, bahkan ada yang menganggap cadar tidak ada hubungannya dengan agama, tetapi hanya tradisi Arab tempo dulu.

Dalam tulisan ini, kami mencoba menjelaskan hukum menggunakan cadar menurut mazhab Syafi’i. Membatasi kajian ini menurut mazhab Syafi’i saja karena mengingat mayoritas masyarakat muslim Indonesia dan sekitarnya adalah bermazhab Syafi’i. Untuk lebih jelasnya, mari kita perhatikan pendapat para ulama Mazhab Syafi’i tentang batasan aurat perempuan, sebagai berikut :

1. Imam Syafi’i menyatakan dalam al-Um ketika menjelaskan syarat-syarat shalat sebagai berikut :
وكل المرأة عورة إلا كفيها ووجهها
“Dan setiap tubuh perempuan adalah aurat kecuali telapak tangan dan wajahnya.”[4]

2. Ibnu al-Munzir mengatakan dalam kitabnya, al-Awsath sebagai berikut :
واختلفوا فيما عليها ان تغطي في الصلاة فقالت طائفة : على المرأة ان تغطي ما سوى وكفيها وجهها. هذا قول الاوزاعي والشافعي وابي ثور
“Para ulama berbeda pendapat dalam hal kewajiban perempuan menutup aurat dalam shalat. Sekelompok ulama mengatakan wajib atas perempuan menutup seluruh badannya kecuali kedua telapak tangan dan wajahnya. Ini merupakan pendapat al-Auza’i, Syafi’i dan Abu Tsur”[5]

Selanjutnya Ibnu al-Munzir menyebutkan pendapat ahli tafsir dalam menafsirkan Q.S. al-Nur : 31 sebagai dalil pendapat di atas. Q.S, al-Nur : 31 tersebut berbunyi :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
Artinya : Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. (Q.S. al-Nur : 31)

Ibnu al-Munzir mengatakan bahwa Ibnu Abbas, ‘Atha’, Makhul dan Said Bin Jubair berpendapat bahwa maksud dari yang biasa yang nampak itu adalah kedua telapak tangan dan wajahnya.[6]

3. Abu Ishaq al-Syairazi mengatakan :
أما الحرة فجميع بدنها عورة إلا الوجه والكفين لقوله تعالى ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها قال ابن عباس: وجهها وكفيها ولأن النبي صلى الله عليه وسلم نهى المرأة في الحرام عن لبس القفازين والنقاب ولو كان الوجه والكف عورة لما حرم سترهما ولأن الحاجة تدعو إلى إبراز الوجه في البيع والشراء وإلى إبراز الكف للأخذ والإعطاء فلم يجعل ذلك عورة
Artinya: Adapun wanita merdeka, maka seluruh tubuhnya merupakan aurat, kecuali wajah dan dua telapak tangan. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak dari padanya”. Ibnu ‘Abbas berkata (mengomentari ayat ini), ‘yang dimaksud adalah wajah dan dua telapak tangannya’. Dasar lainnya adalah karena Nabi SAW melarang wanita ketika ihram memakai sarung tangan dan cadar. Seandainya wajah dan telapak tangan merupakan aurat, Rasulullah tidak akan mengharamkan menutupnya. Alasan lainnya adalah karena adanya keperluan yang menuntut seorang wanita untuk menampakkan wajah dalam jual beli, dan menampakkan telapak tangan ketika memberi dan menerima sesuatu. Maka, tidak dijadikan wajah dan telapak tangan sebagai aurat.[7]

4. Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ mengatakan :
ان المشهور من مذهبنا أن عورة الرجل ما بين سرته وركبته وكذلك الامة وعورة الحرة جميع بدنها الا الوجه والكفين وبهذا كله قال مالك وطائفة وهي رواية عن احمد
“Pendapat yang masyhur dalam mazhab kami (syafi’iyah) bahwa aurat pria adalah antara pusar hingga lutut, begitu pula budak perempuan. Sedangkan aurat perempuan merdeka adalah seluruh badannya kecuali wajah dan telapak tangan. Demikian pula pendapat yang dianut oleh Malik dan sekelompok ulama serta menjadi salah satu pendapat Imam Ahmad.”[8]

5. Dalam Tuhfah al-Muhtaj, disebutkan :
(وَ) عَوْرَةُ (الْحُرَّةِ) وَلَوْ غَيْرَ مُمَيِّزَةٍ وَالْخُنْثَى الْحُرِّ (مَا سِوَى الْوَجْهِ وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرُهُمَا وَبَطْنُهُمَا إلَى الْكُوعَيْنِ لِقَوْلِهِ تَعَالَى وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا أَيْ إلَّا الْوَجْهَ وَالْكَفَّيْنِ وَلِلْحَاجَةِ لِكَشْفِهِمَا وَإِنَّمَا حَرُمَ نَظَرُهُمَا كَالزَّائِدِ عَلَى عَوْرَةِ الْأَمَةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مَظِنَّةٌ لِلْفِتْنَةِ
Artinya : Aurat wanita merdeka, meskipun dia itu belum mumayyiz dan aurat khuntsa merdeka adalah selain wajah dan dua telapak tangan, zhahirnya dan bathinnya sehingga dua persendiannya, berdasarkan firman Allah : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak dari padanya”, yaitu kecuali wajah dan dua telapak tangan. Alasan lain adalah karena ada keperluan membukanya. Hanya haram menilik wajah dan kedua telapak tangan seperti halnya yang lebih dari aurat hamba sahaya wanita, karena yang demikian itu berpotensi menimbulkan fitnah.[9]

6. Al-Ziyadi mengatakan :
أَنَّ لَهَا ثَلَاثَ عَوْرَاتٍ عَوْرَةٌ فِي الصَّلَاةِ وَهُوَ مَا تَقَدَّمَ وَعَوْرَةٌ بِالنِّسْبَةِ لِنَظَرِ الْأَجَانِبِ إلَيْهَا جَمِيعُ بَدَنِهَا حَتَّى الْوَجْهِ وَالْكَفَّيْنِ عَلَى الْمُعْتَمَدِ وَعَوْرَةٌ فِي الْخَلْوَةِ وَعِنْدَ الْمَحَارِمِ كَعَوْرَةِ الرَّجُلِ
Artinya : Wanita memiliki tiga jenis aurat: (1) aurat dalam shalat -sebagaimana telah dijelaskan (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, yaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti laki-laki.[10]

7. Syaikh Taqiyuddin al-Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
Artinya : Makruh hukumnya shalat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (cadar) ketika shalat, kecuali jika di masjid yang kondisinya sulit terjaga dari pandangan lelaki ajnabi. Jika wanita khawatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerusakan, haram hukumnya melepaskan niqab.[11]

8. Dalam I’anah al-Thalibin disebutkan :
قال في فتح الجواد: ولا ينافيه، أي ما حكاه الإمام من اتفاق المسلمين على المنع، ما نقله القاضي عياض عن العلماء أنه لا يجب على المرأة ستر وجهها في طريقها، وإنما ذلك سنة، وعلى الرجال غض البصر لأن منعهن من ذلك ليس لوجوب الستر عليهن، بل لأن فيه مصلحة عامة بسد باب الفتنة. نعم، الوجه وجوبه عليها إذا علمت نظر أجنبي إليها أخذا من قولهم يلزمها ستر وجهها عن الذمية، ولأن في بقاء كشفه إعانة على الحرام.اه.
Artinya : Pengarang Fath al-Jawad mengatakan, “Apa yang diceritakan oleh al-Imam bahwa sepakat kaum muslimin atas terlarang (terlarang wanita keluar dengan terbuka wajah) tidak berlawanan dengan yang dikutip oleh Qadhi ‘Iyadh dari ulama bahwa tidak wajib atas wanita menutup wajahnya pada jalan, yang demikian itu hanya sunnah dan hanyasanya atas laki-laki wajib memicing pandangannya, karena terlarang wanita yang demikian itu bukan karena wajib menutup wajah atas mereka, tetapi karena di situ ada maslahah yang umum dengan menutup pintu fitnah. Namun menurut pendapat yang kuat wajib menutupnya atas wanita apabila diketahuinya ada pandangan laki-laki ajnabi kepadanya, karena memahami dari perkataan ulama “wanita wajib menutup wajahnya dari kafir zimmi” dan juga karena membiarkan terbuka wajah membantu atas sesuatu yang haram.[12]

Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, dapat dipahami dalam mazhab Syafi’i sebagai berikut :

1. Aurat wanita merdeka dalam shalat dalam artian wajib ditutupinya adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan

2. Aurat wanita merdeka di luar shalat dalam artian haram memandangnya oleh laki-laki ajnabi (bukan mahramnya) adalah seluruh tubuh tanpa kecuali, yaitu termasuk wajah dan telapak tangan.

3. Aurat wanita merdeka di luar shalat dalam artian wajib menutupinya sama dengan aurat dalam shalat, yaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan

4. wajib menutup wajah dan telapak tangan di dalam dan diluar shalat atas wanita apabila diketahuinya ada pandangan laki-laki bukan muhrim kepadanya,

Adapun argumentasi aurat wanita merdeka dalam shalat dan diluar shalat dalam artian wajib ditutupinya adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan adalah firman Allah berbunyi :
ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Artinya : Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya (Q.S. al-Nur : 31)

Yang dimaksud dengan “illa maa zhahara minha” adalah wajah dan telapak tangan, sebagaimana keterangan Ibnu Abbas, ‘Atha’, Makhul dan Said Bin Jubair yang dikutip oleh Ishaq al-Syairazi dan Ibnu al-Munzir di atas.

Penjelasan Imam Syafi’i dan ulama lainnya di atas tidak boleh dipahami bahwa itu hanyalah masalah aurat perempuan dalam shalat saja, meskipun para ulama tersebut menjelaskannya dalam bab shalat, bahkan batasan aurat perempuan seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan juga berlaku di luar shalat. Hal ini karena dalil yang mereka gunakan untuk batas aurat perempuan seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah berdasarkan Q.S. al-Nur : 31 di atas sebagaimana terlihat dalam penjelasan Ibnu al-Munzir, al-Syairazi dan Ibnu Hajar Haitamy di atas. Sementara sebagaimana dimaklumi Q.S. al-Nur : 31 tersebut berlaku untuk perempuan muslimah, baik dalam shalat maupun di luar shalat.

Ibnu Katsir menyebutkan sebab nuzul ayat ini adalah seorang muslimah bernama Asmaa binti Mursyidah pernah berada di antara kaum Bani Haritsah. Perempuan-perempuan dari Bani Haritsah menemuinya dalam keadaan tanpa busana yang semestinya, yang nampak gelang kaki di kaki mereka, dada dan jambul mereka. Asmaa pun berucap : “Alangkah sangat keji ini”. Maka turun ayat Q.S. al-Nur : 31 ini.[13] Penjelasan Ibnu Katsir ini juga telah dikemukakan oleh al-Suyuthi dalam kitab Luqab al-Nuqul fii Asbab al-Nuzul [14] Berdasarkan asbab al-nuzul-nya ini, maka dapat dipahami bahwa ayat Q.S. al-Nur : 31 ini tidak mungkin hanya dipahami sebagai penjelasan aurat perempuan dalam shalat saja, karena sebab nuzulnya tidak mungkin boleh keluar dari maksud ayat sebagaimana dimaklumi dalam ushul fiqh.

Alhasil pada dasarnya, aurat perempuan di luar shalat menurut mazhab Syaf’i adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan. Adapun nash sebagian ulama Syafi’iyah yang menyebutkan aurat perempuan di luar shalat adalah seluruh tubuh tanpa kecuali, hal itu adalah karena i’tibar faktor luar, seperti fitnah, dapat mengundang pandangan yang diharamkan atau lainnya sebagaimana sudah disebutkan dalam butir-butir kesimpulan di atas. Karena itu, kadang-kadang perempuan dalam kondisi tertentu wajib menutup seluruh tubuhnya tanpa kecuali, namun hukum dasarnya aurat perempuan tidak termasuk wajah dan telapak tangan.

Argumentasi wajib atas laki-laki menahan matanya dari sengaja memandang sebagian tubuh wanita termasuk wajahnya, berdasarkan firman Allah berbunyi :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Artinya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat (Q.S. al-Nur : 30)

Berdasarkan uraian dan penjelasan di atas, maka dapat disimpulkan bahwa memakai penutup wajah (cadar) dalam pandangan mazhab Syafi’i adalah tidak wajib. Namun tidak dapat dipungkiri bahwa memakai cadar merupakan ekspresi akhlaq yang mulia dan menjadi sunnah, karena setidaknya hal itu dapat mencegah hal-hal yang menjadi potensi kemungkaran dan maksiat. Bahkan menjadi wajib kalau diduga kuat (dhan) seandainya membuka wajah akan mendatangkan pandangan haram laki-laki kepadanya.



[1] http://id.wiktionary.org/wiki/cadar
[2] Mahmud Yunus, Kamus Arab-Indonesia, Haida Karya Agung, Jakarta, Hal. 464
[3] Lois Ma’luf, al-Munjid, Hal. 829
[4] Syafi’i, al-Um, (Tahqiq dan Takhrij oleh Dr Rifa’at Fauzi Abd al-Mutahallib), Juz. II, Hal. 201
[5] Ibnu al-Munzir, al-Awsath, Dar al-Falah, Riyadh, Juz. V, Hal. 53
[6] Ibnu al-Munzir, al-Awsath, Dar al-Falah, Riyadh, Juz. V, Hal. 53
[7] Abu Ishaq al-Syairazi, al-Muhazzab, dicetak bersama Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Maktabah al-Irsyad, Jeddah, Juz. III, Hal. 173
[8] Al-Nawawi, Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Maktabah al-Irsyad, Jeddah, Juz. III, Hal. 174
[9] Ibnu Hajar al-Haitamy, Tuhfah al-Muhtaj, dicetak pada hamisy Hawasyi Syarwani, Mathba’ah Mushthafa Muhammad, Mesir, Juz. II, Hal. 111-112
[10] Syarwani, Hawasyi Syarwani ‘ala Tuhfah al-Muhtaj, Mathba’ah Mushthafa Muhammad, Mesir, Juz. II, Hal. 112
[11] Syaikh Taqiyuddin al-Hushni, Kifayatuul Akhyar, Dar al-Kutub al-Arabiyah, Beirut, Hal. 144
[12] Sayyed al-Bakri al-Syatha, I’anah al-Thalibin, Thaha Putra, Semarang, Juz. III, Hal. 258-259
[13] Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. VI, Hal. 41
[14] Al-Suyuthi, Luqab al-Nuqul fii Asbab al-Nuzul, Muassisah al-Kutub al-Tsaqafiyah, Beirut, Hal. 187


Sumber: http://kitab-kuneng.blogspot.com/2015/01/hukum-memakai-cadar-menurut-mazhab.html

*

Zikir Guna Tasybih

*

Hadits diriwayatkan dari Umm al-Mukminin, salah seorang isteri Rasulullah, bernama Shafiyyah. Bahwa beliau (Shafiyyah) berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَليهِ وَسَلّمَ وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلاَفِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا، فَقَالَ: لَقَدْ سَبَّحْتِ بِهَذَا؟ أَلاَ أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ؟ فَقَالَتْ: عَلِّمْنِيْ، فَقَالَ: قُوْلِيْ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ مِنْ شَىْءٍ (رواه الترمذي والحاكم والطبرانيّ وغيرهم وحسّنه الحافظ ابن حجر في تخريج الأذكار)

“Suatu ketika Rasulullah menemui ku dan ketika itu ada di hadapan ku empat ribu biji-bijian yang aku gunakan untuk berzikir. Lalu Rasulullah berkata: Kamu telah bertasbih dengan biji-bijian ini ? Mahukah kamu aku ajar yang lebih banyak dari ini? Shafiyyah menjawab: Ya, ajarkanlah kepadaku. Lalu Rasulullah bersabda: “Bacalah: “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Min Sya’i” (HR. at-Tirmidzi, al-Hakim, ath-Thabarani dan lainnya, dan dihasankan oleh al-Hafizh Ibn Hajar dalam kitab Nata-ij al-Afkar Fi Takhrij al-Adzkar)

Faedah Hadits:

Dalam hadits ini Rasulullah mendiamkan, ertinya menyetujui (iqrar), dan tidak mengingkari isterinya yang berzikir dengan biji-bijian tersebut. Rasulullah hanya menunjukkan cara yang lebih afdlal dari menghitung dzikir dengan biji-bijian atau kerikil. Dan ketika Rasulullah menunjukkan kepada sesuatu yang lebih afdlal (al-afdlal), hal ini bukan bererti untuk menafikan yang sudah ada (al-mafdlul). Ertinya, yang sudah ada pun (al-mafdlul) masih boleh dilakukan.

Dari iqrar Rasulullah ini dapat diambil dalil bahwa bertasbih dengan kerikil atau biji-bijian ada keutamaan atau faedah pahalanya. Kerana seandainya tidak ada keutamaannya, bererti Rasulullah menyetujui ibadah yang sia-sia, yang tidak berpahala, dan jelas hal ini tidak mungkin terjadi. Rasulullah tidak akan mendiamkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

Syekh Mulla ‘Ali al-Qari ketika menjelaskan hadits Sa’d ibn Abi Waqqash di atas, dalam kitab Syarh al-Misykat, menuliskan sebagai berikut:

وَهذَا أَصْلٌ صَحِيْحٌ لِتَجْوِيْزِ السُّبْحَةِ بِتَقْرِيْرِهِ صَلّى اللهُ عَليْهِ وَسَلّمَ فَإِنَّهُ فِيْ مَعْنَاهَا، إِذْ لاَ فَرْقَ بَيْنَ الْمَنْظُوْمَةِ وَالْمَنْثُوْرَةِ فِيْمَا يُعَدُّ بِهِ.

“Ini adalah dasar yang shahih untuk membolehkan penggunaan tasbih, kerana tasbih ini semakna dengan biji-bijian dan kerikil tersebut. Kerana tidak ada bezanya antara yang tersusun rapi (diuntai dengan tali) atau yang bertaburan (tidak teruntai), bahwa setiap itu semua adalah alat untuk menghitung bilangan zikir”[Syarh al-Misykat, j. 3, h. 54].

Wallahu A'lam.

*

IJMA' ULAMA: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT


*

IJMA' ULAMA: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

الدِّلِيْلُ عَلَ ىتَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ وَالْـجِهَةِ مِنَ الْإِجْمَاعِ

Dalil tentang mensucikan Allah daripada tempat dan arah berdasarkan Ijma`

اِعْلَمْ أَنَّ الْمُسْلِمِيْنَ اِتَّفَقُوْا عَلَى أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يَـحُلُّ فِيْ مَكَانٍ، وَلَا يـَحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَسْكُنُ السَّمَاءَ وَلَا يَسْكُنُ الْعَرْشَ، لِأَنَّ اللهَ تَعَالَى مَوْجُوْدٌ قَبْلَ الْعَرْشِ وَقَبْلَ السَّمَاءِ وَقَبْلَ الْمَكَانِ، وَيَسْتَحِيْلُ عَلَى اللهِ التَّغَيُّرُ مِنْ حَالٍ إِلَى حَالٍ وَمِنْ صِفَةٍ إِلَى صِفَةٍ أُخْرَىْ، فَهُوَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كَانَ مَوْجُوْدًا فِي الْأَزَلِ بِلَا مَكَانٍ، وَبَعْدَ أَنْخَلَقَ الْمَكَانَ لَا يَزَالُ مَوْجُوْدًا بِلَا مَكَانٍ. وَمَا سَنَذْكُرُهُ فِيْهَذَا الْكِتَابِ بِـمَشِيْئَةِ اللهِ تَعَالَى وَعَوْنِهِ وَتَوْفِيْقِهِ مِنْ أَقْوَالٍ فِيْ تَنـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ لِأَعْلَامٍ ظَهَرُوْا عَلَى مَدَى أَرْبَعَةَ عَشَرَ قَرْنًا مِنَ الزَّمَنِ مُنْذُ الْصَدْرِ الْأَوَّلِ أَيْ مُنْذُ عَهْدِ الصَّحَابَةِ إِلَى يَوْمِنَا هَذَا يُعْتَبَرُ مِنْ أَقْوَى الْأَدِلَّةِ عَلَى رُسُوْخِ هَذِهِ الْعَقِيْدَةِ وَثُبُوْتِـهَا فِيْ نُفُوْسِ الْمُسْلِمِيْنَ سَلَفًا وَخَلَفًا.

Maksudnya:

Ketahuilah bahawa sekalian umat Islam bersepakat bahawa Allah tidak menduduki suatu tempat, tiada tempat yang melingkungi-Nya, tidak juga Dia duduk di langit dantiada duduk di atas Arasy. Ini kerana wujudnya Allah adalah sebelum wujudnya Arasy, langit dan tempat. Mustahil pada akal bahawa Allah itu berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dan dari suatu sifat kepada sifat yang lain.Ini kerana kewujudan Allah pada azali adalah tanpa bertempat dan berterusanlah keadaan Allah sebegitu [iaitu tidak bertempat] setelah adanya tempat. Apa yang kami akan nyatakan dalam kitab ini, dengan kehendak Allah, bantuan dan petunjuk-Nya; adalah berkenaan pendapat-pendapat yang menyucikan Allah daripada bertempat berdasarkan [pendapat] para ulama semenjak 14 kurun yang lalu yakni semenjak zaman para sahabat sehingga zaman kita pada hari ini. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada dalil-dalil yang ampuh untuk mengukuhkan aqidah ini dan menetapkannya di dalam jiwa kaum muslim yang dahulu [Salaf] dan yang terkemudian [khalaf].

لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ الْـحَدِيْثِ وَالْفِقْهِ وَالتَّفْسِيْرِ وَاللُّغَةِ وَالنَّحْوِ وَعُلَمَاءِ الْأُصُوْلِ، وَعُلَمَاءِ الْمَذَاهِبِ الْأَرْبَعَةِ مِنَ الشَّافِعِيَّةِ وَالْـحَنَفِيَّةِ وَالْمَالِكِيَّةِ وَالْـحَنَابِلَةِ ـ إِلَّا مَنْ لَـحِقَ مِنْهُمْ بِأَهْلِ التَّجْسِيْمِـ وَالصُّوْفِيَّةِ الصَّادِقِيْنَ كُلُّهُمْ عَلَى عَقِيْدَةِ تَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ، إِلَّا أَنَّ الْمُشَبِّهَةَ وَمِنْهُمْ نَفَاةُ التَّوَسُّلِ شَذُّوْا عَنْ هَذِهِ الْعَقِيْدَةِ الْـحَقَّةِ فَقَالُوْا إِنَّ اللهَ يَسْكُنُ فَوْقَ الْعَرْشِ وَالْعِيَاذُ بِاللهِ تَعَالَى.

Maksudnya:

Hendaklah diketahui bahawa para ulama’ hadith, fiqh, tafsir, bahasa, nahu, usuluddin dan ulama mazhab yang empat seperti mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali melainkan golongan terkemudian daripada pengikut mazhab Hanbali yang berkeyakinan tajsim [menyamakan Allah dengan makhluk] dan para ulama sufi yang benar, sekalian mereka itu berpegang dengan aqidah menyucikan Allah daripada bertempat melainkan golongan musyabbihah [yang menyamakan Allah dengan makhluk] dan di antara mereka adalah golongan yang menafikan tawassul di mana mereka menyimpang daripada aqidah yang benar ini. Maka, golongan ini menyatakan bahawa Allah menetap di atas Arasy dengan zat-Nya. Wal‘iyazubillah.

1ـ وَمِـمَّنْ نَقَلَ إِجْمَاعَ أَهْلِ الْـحَقِّ عَلَى تَنـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ الشَّيْخُ عَبْدُ الْقَاهِرِ بنُ طَاهِرٍ التَّمِيْمِيُّ الْبَغْدَادِيُّ (429 هـ)،فَقَدْ قَالَ مَا نَصُّهُ: "وَأَجْمَعُوْا ـ أَيْ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْـجَمَاعَةِ عَلَى أَنَّهُ -أَيْ اللهَ- لَا يَـحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَـجْرِيْ عَلَيْهِ زَمَانٌ" اهـ.

Maksudnya:

"Dan di antara mereka yang menukilkan ijma‘ golongan yang benar atas menyucikan Allah daripada bertempat ialah asy-Syeikh Abdul Qahir bin Thahir at-Tamimi al-Baghdadi (w. 429H), sesungguhnya beliau berkata: “Dan sekalian mereka telah bersepakat iaitu Ahlussunnah waljama`ah atas sesungguh-Nya [Allah] tidak diliputi oleh tempat dan tidak berlalu di atas-Nya [Allah] oleh masa”.[1]

2. قَالَ الْإِمَامُ الشَّافِعِيُّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ (203 هــ): "وَمِنَ الْمَعْلُوْمِ أَنَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَاجِبُ الْوُجُوْدِ كَانَ وَلا زَمَانَ وَلا مَكَانَ".

Maksudnya:

Al-Imam asy-Syafi`e radiyallahu`anhu (w. 203H)berkata: "Dan telah diketahui umum (ijma` ulama` telah sepakat) bahawa sesungguhnya Allah Azza wa Jalla itu wajib atas kewujudan-Nya iaitu wujud tanpa masa dan tidak bertempat".[2]:

3ـوَقَالَ الشَّيْخُ إِمَامُ الْـحَرَمَيْنِ عَبْدُ الْمَلِكِ بن عَبْدُ اللهِ الْـجُوَيْنِيُّالشَّافِعِيُّ (478هـ) مَا نَصُّهُ: "وَمَذْهَبُ أَهْلِ الْـحَقِّ قَاطِبَةًأَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يَتَعَالى عَنِ التَّحَيُّزِ وَالتَّخَصُّصِ بِالْـجِهَاتِ"اهـ.

Maksudnya:

Asy-Syeikh Imam al-Haramain `Abdul Malik bin `Abdullah al-Juwaini asy-Syafi`e (w. 478H) berkata:"Sekalian golongan yang berpegang dengan kebenaran bersepakat bahawasanya Allah subhanhu wa ta‘ala maha suci daripada memenuhi suatu kadar daripada ruang kosong dan tertentu pada suatu arah". [3]

4ـوَقَالَ الْمُفَسِّرُ الشَّيْخُ فَخْرُ الدِّيْنِ الرَّازِيّ (606هـ) مَا نَصُّهُ:"إِنْعَقَدَ الْإِجْمَاعُ عَلَى أَنَّهُ سُبْحَانَهُ لَيْسَ مَعَنَا بِالْمَكَانِ وَالْـجِهَةِ وَالْـحَيِّزِ" اهـ.

Maksudnya:

Al-Mufassir asy-Syeikh Fakhruddin ar-Razi (w. 606H) berkata: “Telah berlaku ijma`[kesepakatan] atas bahawasanya Allah ta`ala tidaklah bersama kita dengan bertempat, berarah dan mengambil satu kadar daripada ruang kosong".[4]

5ـ وَقَالَ الشَّيْخُ إِسْـمَاعِيْلُ الشَّيْبَانِيُّ الْـحَنَفِيُّ (629هـ) مَا نَصُّهُ: "قَالَ أَهْلُ الْـحَقِّ: إِنَّ اللهَ تَعَالَى مُتَعَالٍ عَنِ الْمَكَانِ، غَيْرُ مُتَمَكِّنٍ فِيْ مَكَانٍ، وَلَا مُتَحَيِّزٍ إِلَى جِهَةٍ خِلَافًا لِلْكَرَّامِيَّةِ وَالْمُجَسِّمَةِ" اهـ.

Maksudnya:

Asy-Syeikh Ismail asy-Syaibani al-Hanafi (w. 629H) berkata: "Golongan yang benar berkata: sesungguhnya Allah ta`ala maha suci daripada bertempat, tidak menduduki suatu tempat, dan tidak juga memenuhi suatu ruang pada sesuatu arah bersalahan dengan golongan Karramiyyah dan Mujassimah".[5]

6ـوَقَالَ سَيْفُ الدِّيْنِ الآمِدِيُّ (631هـ) مَا نَصُّهُ: "وَمَا يُرْوَى عَنِالسَّلَفِ مِنْ أَلْفَاظٍ يُوْهِمُ ظَاهِرَهَا إِثْبَاتَ الْـجِهَةِ وَالْمَكَانِفَهُوْ مَـحْمُوْلٌ عَلَى هَذَا الَّذِيْ ذَكَرْنَا مِنِ امْتِنَاعِهِمْ عَنْ إِجْرَائِهَاعَلَى ظَوَاهِرِهَا وَالْإِيْـمَانُ بِتَنْزِيْلِهَا وَتِلَاوَةُ كُلِّ ءَايَةٍ عَلَىمَا ذَكَرْنَا عَنْهُمْ، وَبَيْنَ السَّلَفِ الاِخْتِلَافُ فِي الْأَلْفَاظِ الَّتِيْيُطْلِقُوْنَ فِيْهَا، كُلُّ ذَلِكَ اخْتِلَافٌ مِنْهُمْ فِي الْعِبَارَةِ، مَعَاتَّفَاقِهِمْ جَمِيْعًا فِي الْمَعْنَى أَنَّهُ تَعَالَى لَيْسَ بِـمَتَمَكِّنٍ فِيْمَكَانٍ وَلَا مُتَحَيِّزٍ بِـجِهَةٍ" اهـ.

Maksudnya:

"Saifuddin al-Amadi (w. 631H) berkata: "Sebarang perkara yang diriwayatkan daripada golongan Salaf yang terdiri daripada lafaz-lafaz yang pada zahirnya memberi waham kepada sabitnya arah dan tempat bagi Allah, maka perkara tersebut perlu ditanggung mengikut kenyataan yang telah kami sebutkan sebelum ini iaitu yang terdiri daripada tegahan mereka daripada memahami ayat-ayat tersebut mengikut makna zahirnya. Dalam masa yang sama mereka beriman dengan ayat-ayat [mutasyabihat] tersebut dan mereka juga membaca setiap ayat-ayat tersebut sepertimana yang telah kami sebutkan tentang mereka sebelum ini. Dalam kalangan golongan salaf juga berlaku perselisihan dalam penggunaan lafaz bagi kalimah yang mutasyabihat tetapi kesemua perselisihan itu hanyalah berlaku pada penggunaan bahasa sahaja. Dalam konteks makna, mereka sepakat bahawa Allah TIDAK BERTEMPAT, MENGAMBIL SATU KADAR DARIPADA RUANG KOSONG DAN BERARAH".[6]

وَلِلشَّيْخِ ابْنِ جَهْبَل الْـحَلَبِي الشَّافِعِي (733هـ) رِسَالَةٌ ألَّفَهَا فِيْ نَفْيِ الْـجِهَةِ رَدَّ بِـهَا عَلَى الْمُجَسِّمِ الْفَيْلَسُوْفِ ابْنِ تَيْمِيَّةَ الْـحَرَّانِيْ الَّذِيْ سَفَّهَ عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ، وَطَعَنَ بِأَكَابِرِ صَحَابَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَعُمَرَ وَعَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا.

Maksudnya:

"Dan asy-Syeikh Ibnu Jahbal al-Halabi asy-Syafie (w. 733H) telah menyusun satu risalah yang menafikan wujudnya arah bagi Allah dan risalah ini bertujuan menolak fahaman golongan mujassimah dan falsafah seperti ibnu Taimiyah al-Harrani yang memperbodohkan aqidah ahlussunnah dan mencela sahabat-sahabat nabi sallallahu`alaihi wasallam yang agung seperti `Umar dan `Aliradiyallahu`anhuma".

7ـ قَالَ ابْنُ جَهْبَل مَا نَصُّهُ:"وَهَا نَـحْنُ نَذْكُر عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ، فَنَقُوْلُ: عَقِيْدَتُنَا أَنَّ اللهَ قَدِيْـمٌ أَزَلِيٌّ، لَا يُشْبِهُ شَيْئًا وَلَا يُشْبِهُهُ شَىْءٌ، لَيْسَ لَهُ جِهَةٌ وَلَا مَكَانٌ" اهـ.

Maksudnya:

Ibnu Jahbal berkata: "Dan di sini ingin kami sebutkan tentang aqidah ahli sunnah: maka kami berkata: aqidah kami, Allah itu qadim lagi azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya], Dia tidak menyerupai sesuatupun dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya, tidak ada bagi-Nya arah dan tempat". [7]

8ـ نَقَلَ الشَّيْخُ تَاجُ الدِّيْنِ السُّبْكِيُّ الْأَشْعَرِيُّ (771هـ) عَنِ الشَّيْخِ فَخْرِ الدِّيْنِ بنِ عَسَاكِرَ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ العَقِيْدَةَ المرشَدَةَ التي فِيْهَا : "إِنَّ اللهَ تَعَالَى مَوْجُوْدٌ قَبْلَ الْـخَلْقِ لَيْسَ لَهُ قَبْلٌ وَلَا بَعْدٌ، وَلَا فَوْقٌ وَلَا تَـحْتٌ، وَلَا يَـمِيْنٌ وَلَا شِـمَالٌ، وَلَا أَمَامٌ وَلَا خَلْفٌ". ثُـمَّ قَالَ ابْنُ السُّبْكِيُّ بَعْدَ أَنَّ ذَكَرَ هَذِهِ الْعَقِيْدَةَ مَا نَصُّهُ: "هَذَا ءَاخِرُ الْعَقِيْدَةِ وَلَيْسَ فِيْهَا مَا يُنْكِرُهُ سُنِّـيٌّ" اهـ.

Maksudnya:

Syeikh Tajuddin as-Subki asy-Syafi`e al-Asy`ari (w. 771H) menukilkan daripada Syeikh Fakhruddin ibn Asakir bahawa beliau ada menyatakan: "Sebelum daripada kewujudan makhluk, Allah telahpun wujud dan tiada bagi-Nya sebelum dan selepas, atas, bawah, kiri dan kanan, hadapan dan belakang. Kemudian setelah menyatakan aqidah ini, Ibnu Subki berkata: inilah kemuncak bagi aqidah ini dan tiada dalam kalangan pengikut sunni yang mengingkarinya".[8]

9ـ وَوَافَقَهُ عَلَى ذَلِكَ الْـحَافِظُ الْمُحَدِّثُ صَلَاحُ الدِّيْنِ الْعَلَّائِيُّ (761هـ) أَحَدُ أَكَابِرِ عُلَمَاءِالْـحَدِيْثِ فَقَالَ مَا نَصُّهُ: "وَهَذِهِ "الْعَقِيْدَةُ الْمُرْشِدَةُ"جَرَى قَائِلُهَا عَلَى الْمِنْهَاجِ الْقَوِيْـمِ، وَالْعَقْدِ الْمُسْتَقِيْمِ،وَأَصَابَ فِيْمَا نَزَّهَ بِهِ الْعَلِيَّ الْعَظِيْمَ" اهـ.

Maksudnya:

Salah seorang ulama hadith yang terkemuka, Syeikh al-Hafiz al-Muhaddith Solahuddin Al-`Allai (w. 761H) bersetuju dengan ibnu Subki dan beliau menyatakan: "Inilah aqidah yang benar, orang yang berkata dengannya berpijak atas landasan yang betul, pegangan yang benar dan ia menepati perkara yang disucikan akan Allah yang Maha Tinggi dan Agung".[9]

10ـ قَالَ الشَّيْخُ مُـحَمَّدُ مَيَّارَةَ الْمَالِكِيُّ (1072هـ) مَا نَصُّهُ: "أَجْمَعَ أَهْلُ الْـحَقِّ قَاطِبَةً عَلَى أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَا جِهَةَ لَهُ، فَلَا فَوْقَ وَلَا تَـحْتَ وَلَا يَـمِيْنَ وَلَا شِـمَالَ وَلَا أَمَامَ وَلَا خَلْفَ" اهـ.

Maksudnya:

Syeikh Muhammad Mayyarah al-Maliki (w. 1072H) berkata: "Seluruh golongan yang berpegang dengan kebenaran telah bersepakat bahawa Allah itu tidak ada arah bagiNya, tiada bagi-Nya atas , bawah, kiri dan kanan,depan dan belakang".[10]

11ـ وَقَالَ شَيْخُ الْـجَامِعِ الأَزْهَرِ سَلِيْمٌ الْبِشْرِيُّ (1335هـ) مَا نَصُّهُ: "مَذْهَبُ الْفِرْقَةِ النَّاجِيَةِ وَمَا عَلَيْهِ أَجْمَعَ السُّنِّيُّوْنَ أَنَّ اللهَ تَعَالَى مُنَـزَّهٌ عَنْ مُشَابَـهَةِ الْـحَوَادِثِ مُـخَالِفٌ لَـهَا فِيْ جَمِيْعِ سِـمَاتِ الْـحُدُوْثِ وَمِنْ ذَلِكَ تَنَزَّهَهُ عَنِ الْـجِهَةِ وَالْمَكَانِ" اهـ، ذَكَرَهُ الْقُضَاعِي فِيْ"فُرْقَانِ الْقُرْءَانِ".

Maksudnya:

Syeikh al-Jami` al-Azhar Salim al-Bisyri (w. 1335H): "Mazhab golongan yang Berjaya dan pegangan bagi sekalian ahli sunnah ialah bahawasanya Allah disucikan daripada menyerupai perkara yang baharu dan Allah sama sekali tidak sama dengannya dalam apa jua sifat makhluk. Maka dengan ini diketahui bahawa Maha Suci Allah daripada berarah dan bertempat, kenyataan beliau ini disebutkan oleh al-Qudhai`e di dalam Furqan al-Quran".[11]

12ـ وَقَالَ الشَّيْخُ يُوْسُفُ الدِّجْوِيُّ الْمِصْرِيُّ (1365هـ) عُضْوُ هَيْئَةِ كِبَارِ الْعُلَمَاءِ بِالْأَزْهَرِ الشَّرِيْفِ فِيْ مِصْرَ مَا نَصُّهُ :"وَاعْلَمْ أَنَّ السَّلَفَ قَائِلُوْنَ بِاسْتِحَالَةِ الْعُلُوِّ الْمَكَانِيْ عَلَيْهِ تَعَالَى، خِلَافًا لِبَعْضِ الْـجَهَلَةِ الَّذِيْنَ يَـخْبِطُوْنَ خَبْطَ عَشْوَاءَ فِيْ هَذَا الْمَقَامِ، فَإِنَّ السَّلَفَ وَالْـخَلَفَ مُتَّفِقَانِ عَلَى التَّنْـزِيْهِ" اهـ.

Maksudnya:

Asy-Syeikh Yusuf ad-Dijwi al-Misri seorang anggota majlis ulama’-ulama’ besar al-Azhar asy-Syarif(W. 1365H): "Ketahuilah bahawa golongan salaf menyatakan bahawa mustahil bagi Allah kedudukan yang tinggi dalam erti kata lawan bagi rendah [dalam konteks tempat]. Yang demikian ini adalah bersalahan dengan sebahagian golongan jahil yang mendakwa dan mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli tentang hal ini. Kerana sesungguhnya golongan Salaf dan Khalaf bersepakat kedua-duanya dalam menafikan tempat dan arah bagi Allah".[12]

13ـ وَقَالَ أَيْضًا: "هَذَا إِجْمَاعٌ مِنَ السَّلَفِ وَالْـخَلَفِ" اهـ.

Maksudnya:

"Dan beliau juga berkata: "Ini adalah merupakan ijma` daripada para ulama’ Salaf dan Khalaf".[13]

14ـ وَقَالَ الشَّيْخُ سَلَامَةُ الْقَضَاعِيُّ الْعَزَامِيُّ الشَّافِعِيُّ (1376هـ) مَا نَصُّهُ: "أَجْمَعَ أَهْلُ الْـحَقِّ مِنْ عُلَمَاءِ السَّلَفِ وَالْـخَلَفِ عَلَى تَنَـزُّهِ الْـحَقِّ ـ سُبْحَانَهُـ عَنِ الْـجِهَةِ وَتَقَدُّسِهِ عَنِ الْمَكَانِ" اهـ.

Maksudnya:

Asy-Syeikh Salamah al-Qudha`ie al-Azami asy-Syafi`e (w. 1376H) berkata: "Ijma`para ahl al-haq yang terdiri daripada ulama’ salaf dan khalaf di atas penyucian Allah daripada berarah dan maha suci Allah daripada bertempat".[14]

15ـ وَقَالَ الْمُحَدِّثُ الشَّيْخُ مُـحَمَّدُ عَرَبِيُّ التَّبَّانَ الْمَالِكِيُّ الْمُدَرِّسُ بِـمَدْرَسَةِ الْفَلَاحِ وَبِالْمَسْجِدِ الْمَكِّيْ (1390هـ) مَا نَصُّهُ: "اِتَّفَقَ الْعُقُلَاءُ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ الشَّافِعِيَّةِ وَالْـحَنَفِيَّةِ وْالْمَالِكِيَّةِ وَفُضَلَاءِ الْـحَنَابِلَةِ وَغَيْرِهِمْ عَلَى أَنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مُنَـزَّهٌ عَنِ الْـجِهَةِ وَالْـجِسْمِيَّةِ وَالْـحَدِّ وَالْمَكَانِ وَمُشَابَـهَةِ مَـخْلُوْقَاتِهِ" اهـ.

Maksudnya:

Al-Muhaddith Syeikh Muhammad `Arabi al-Tabban al-Maliki (w. 1390H) guru di madrasah al-Falah: "Telah sepakat golongan cerdik pandai daripada golongan ahli sunnah yang terdiri daripada para ulama’ mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan ulama yang utama daripada mazhab Hanbali dan selain mereka atas bahawasanya Allah maha suci daripada berarah, berjisim, mempunyai ukuran,bertempat dan menyerupai sebarang makhluk".[15]

16ـ وَمِـمَّنْ نَقَلَ الْإِجْمَاعَ عَلَى ذَلِكَ فِيْ مَوَاضِعَ كَثِيْرَةٍ مِنْ مُؤَلَّفَاتِهِ وَدُرُوْسِهِ الْمُتَكَلِّمُ عَلَى لِسَانِ السَّلَفِ الصَّالِـحِ الْعَلَّامَةُ الشَّيْخُ عَبْدُ اللهِ الْـهَرَرِيُّ رَحِمَهُ اللهُ وَلَهُ عِنَايَةٌ شَدِيْدَةٌ بِتَعْلِيْمِ عَقِيْدَةِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْـجَمَاعَةِ لِلنَّاسِ فَقَالَ مَا نَصُّهُ: "قَاَل أَهْلُ الْـحَقِّ نَصَرَهُمُ الله: إِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى لَيْسَ فِيْ جِهَةٍ" اهـ،

Maksudnya:

Diantara mereka yang menukilkan ijma` berhubung perkara ini dalam banyak tempat di dalam karangan-karangannya dan siri-siri pengajian yang disampaikannya, yang mana beliau merupakan seorang yang berkata-kata berdasarkan kepada lisan golongan salaf as-soleh iaitulah al-`Allamah asy-Syeikh `Abdullah al-Harari semoga Allah merahmati beliau- dan beliau begitu memberi perhatian terhadap pengajaran akidah Ahlussunnah waljama‘ah kepada manusia, maka beliau berkata: "Golongan ahli kebenaran- mudah-mudahan Allah membantu mereka-:Sesungguhnya Allah subahanahu wa ta‘ala tidak berada pada suatu arah".[16]

فَالْـحَمْدُلِلَّهِ عَلَى ذَلِكَ.

Maksudnya:

"Maka bersyukur kepada Allah atas yang demikian itu".

وَقَدْحَذَّرَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ الْأَهْوَاءِبِقَوْلِهِ: ((وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ مِنْ أُمَّتِيْ أَقْوَامٌ تَـجَارَى بِـهِمْ تِلْكَالْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ، لَا يَبْقَى مِنْهُ عَرَقٌوَلَا مِفْصَلٌ إِلَّا دَخَلَهُ)). رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ.

Maksudnya:

Sesunggunhya baginda Rasulullah sallallahu`alaihi ada mengingatkan tentang golongan yang mengikut hawa nafsu dengan sabda baginda yang mafhumnya: ((Sesungguhnya akan keluar satu kaum daripada umatku yang menuruti hawa nafsu sepertimana anjing yang gila. Tidak akan tinggal sebarang urat darah dan sebarang sendi melainkan ia akan meresap ke dalamnya)). Riwayat Abu Daud

فَالْـحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ جَعَلَ لَنَا مَنْ يُبَيِّنُ عَقِيْدَةَ أَهْلِ السُّنَّةِ وَيُدَافِعُ عَنْهَا. وَتَـمَسَّكْ أَخِي الْمُسْلِمَ بِـهَذِهِ الْعَقِيْدَةِ الَّتِيْ عَلَيْهَا مِئَاتُ الْمَلَايِيْنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ، وَالْـحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى تَوْفِيْقِهِ.اهـ.

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sebahagian daripada golongan yang menerangkan aqidah Ahli sunnah waljama`ah dan mempertahankannya. Wahai saudara seagamaku, berpeganglah dengan aqidah ini yang mana ia merupakan pegangan ratusan juta daripada umat Islam. Segala puji bagi Allah atas taufik-Nya


Sumber Rujukan asal:

Asy-Syeikh Khalil ad-Durriyyan (2008), Ghayah al-Bayan Fi Tanzih Allah `An al-Makan Wa al-Jihah, Lubnan: Syarikat Dar al-Masyari` , cet 2, h. 23-26.

[1] Al-ImamAbu al-Mansur `Abd al-Qahir Ibn Tahir al-Baghdadi(t.t), Al-Farq bayn al-Firaq,Beirut: Dar al-Ma`rifah, h. 333.

[2]MuhammadMurtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Beirut: Daral-Fikr, j. 2, h. 23.

[3] `Abdul Malik bin `Abdullahal-Juwaini (t.t), Al-Irsyad IlaQawati` al-Adillah Fi Usul al-I`tiqad, Beirut: Muassasah al-Kutubas-Saqafiyah, h. 58.

[4] Fakruddinar-Razi (t.t), Tafsir al-Kabir Wa Mafatih al-Ghaib, Beirut: Dar al-Fikr,j. 29, h. 216.

[5] Ismailasy-Syaibani (t.t), Syarh Aqidah at-Tahawiyyah al-Musamma Bayan I`tiqad Ahlal-Sunnah, h. 45.

[6] Saifuddinal-Amadi (1971), Ghayah al-Maram Fi `Ilm al-Kalam, Al-Kaherah, h.194.

[7] TajuddinSubki (t.t), Tabaqat asy-Syafi`eyyah al-Kubra,(Biodata Ahmad bin Yahya binIsmail) Al-Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyyah, j. 9, h. 35.

[8] TajuddinSubki (t.t), Tabaqat asy-Syafi`eyyah al-Kubra,(Biodata `Abdurrahman binMuhammad bin al-Hasan), Al-Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyyah, j. 8,h. 186.

[9] Lihat Kitab “al-Misdaras-Sabiq”, jilid 8, halaman, 185.

[10] MuhammadMayyarah (t.t), Ad-Dur as-Samin Wa al-Maurid al-Mu`in Syarhal-Mursyid al-Mu`in `ala adh-Dharuriy min `Ulum ad-Din, Beirut: Dar Fikr,h. 30

[11] Salamahal-Qadhai`e (t.t), Furqan al-Quran Bain Sifat al-Khaliq Wa Sifat al-`Akwan (dicetakbersama kitab al-Asma’ wa As-Sifat oleh al-Baihaqi), Beirut: Dar Ihya’at-Turath al-`Arabi, h. 74.

[12] Majallah al-Azhar, (tahun 1357H), jilid 9, juzuk 1, halaman 17.

[13] Lihat di dalam “al-Misdaras-Sabiq”, halaman 17.

[14] Salamahal-Qadhai`e (t.t), Furqan al-Quran Bain Sifat al-Khaliq Wa Sifat al-`Akwan (dicetakbersama kitab al-Asma’ wa As-Sifat oleh al-Baihaqi), Beirut: Dar Ihya’at-Turath al-`Arabi, h. 93.

[15] AbuHamid bin Marzuki (t.t), Bara’ah al-Asy`ariyyin min `Aqaid al-Mukhalifin,Dimasyq, j. 1, h. 79.

[16] Abdullah al-Harari (2007),Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Lubnan:Syarikat Dar al-Masyari’, cet. 4, h. 127.


Sumber: http://notaaswaja.blogspot.sg/2013/05/ijma-ulama-allah-wujud-tanpa-bertempat.html

*

Popular Posts