"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Bid'ah Hasanah

*

Penjelasan Tentang Bid'ah.

Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah:
اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ وَلاَ جَاءَ فِيْ السُّـنَّةِ.
“Sesuatu yang baru yang tidak terdapat penyebutannya secara tertulis, baik di dalam al-Qur’an mau pun dalam hadits”. (Sharih al-Bayan, j. 1, h. 278)

Seorang ulama bahasa terkemuka, Abu Bakar Ibn al-‘Arabi menuliskan sebagai berikut:
لَيْسَتْ البِدْعَةُ وَالْمُحْدَثُ مَذْمُوْمَيْنِ لِلَفْظِ بِدْعَةٍ وَمُحْدَثٍ وَلاَ مَعْنَيَيْهِمَا، وَإِنَّمَا يُذَمُّ مِنَ البِدْعَةِ مَا يُخَالِفُ السُّـنَّةَ، وَيُذَمُّ مِنَ الْمُحْدَثَاتِ مَا دَعَا إِلَى الضَّلاَلَةِ.
“Perkara yang baru (Bid’ah atau Muhdats) tidak pasti tercela hanya kerana secara bahasa disebut Bid’ah atau Muhdats, atau dalam pengertian keduanya. Melainkan Bid’ah yang tercela itu adalah perkara baru yang menyalahi sunnah, dan Muhdats yang tercela itu adalah perkara baru yang mengajak kepada kesesatan”.
*
Imam Asy Syafie mengatakan : Bid'ah itu dua jenis: "Bid'ah yang dipuji (hasanah) dan bid'ah yang dikeji (dholalah / sesat). Apa yang selari dengan Sunnah itu maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya maka ia dikeji. (Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim (Lihat Fath al Bari 17/10)

Dalam riwayat lain, Imam Asy Syafie mengatakan : "Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (pertama) perkara baharu yang bercanggah dengan al Quran atau Sunnah atau athar sahabat atau ijma', maka inilah Bid'ah Dholalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid'ah yang bukan keji (hasanah)" (Muhaddathah ghairu mazmumah) (Riwayat al Baihaqi dengan sanad yang sahih di dalam kitabnya Manaqib Syafi'e (lihat Fath Al Bari 17/10)
*
Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada bulan Ramadan, jawab beliau: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah melebihi 11 rakaat samada dalam bulan Ramadan atau pun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab “al-Mahalli”, juzuk 1, halaman 217: Maksudnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".

Khalifah Umar bin Al Khottob radhiyallahu ‘anhu ketika menganjurkan solat tarawih secara berjama’ah di masjid , beliau berkata,
الْبِدْعَةُ هَذِهِ
“Sebaik-baik bid’ah adalah ini”. [HR. Bukhari no. 2010]


Nabi tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat. Tiba-tiba ada sahabat pada zaman Khalifah Umar buat solat Tarawih 20 rakaat berjamaah di masjid. Sahabat tersebut jelas telah melakukan perkara BID'AH. Mustahil Khalifah Umar tak faham tentang bid'ah. Kenapa Khalifah Umar TIDAK MELARANG dan mengatakan mereka sesat ? Kenapa ?

Perbuatan sahabat tersebut jelas adalah bid'ah kerana mereka buat apa yang Nabi dan Khalifah tidak buat, tetapi ia bid'ah hasanah(terpuji & tidak sesat), Khalifah Umar tidak melarang sahabat tersebut dan tidak mengatakan mereka sesat kerana ia bid'ah hasanah.

Sebenarnya yang tidak mengikuti Khulafa arRasyidin itu orang yang MENOLAK bid’ah hasanah. Khulafa arRasyidin sendiri melakukan dan tidak melarang bid’ah hasanah. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita mengikuti Khulafaur Rasyidin. Sementara Khulafaur Rasyidin melakukan bid’ah hasanah. Bererti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita melakukan bid’ah hasanah. Dengan demikian kami yang berpendapat dengan adanya bid’ah hasanah itu sebenarnya mengikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur Rasyidin.

Wallahu A'lam.




*

Link pilihan:

Pengertian Bid'ah

Dalil Bid'ah Hasanah

Hakikat Bid'ah Hasanah

Di bahagian mana Imam Asy Syafie mengucapkan pembahagian bid'ah ?

Bid'ah hasanah dan bidah lughatan

Adakah semua bid'ah adalah sesat ? 

Kullu Bid`atin - Ust. Luthfi

Segera Menyedari Kesalahan Dalam Memahami Bid’ah

Contoh-contoh bid'ah yang diamalkan para sahabat

Dapat Hadiah Emas 

Bid'ah bukan hukum - Video

Bid'ah Hasanah Dan Bid'ah Dholalah - Video
  
https://assunnahfahamku.wordpress.com/2011/12/28/penjelasan-ulama-masyhur-tentang-bidah

https://generasisalaf.wordpress.com/2013/04/08/bidah-hasanah-dalam-pandangan-imam-syafii

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza-bidaah-hasanah-istilah-yang-disalah-fahami-bab-1.html


*

Ingat ALLAH

*

Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. (HR. Bukhari)

*


Balas Kejahatan Dengan Kebaikan




“Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (HR. Tirmidzi)


Balas keburukan dengan kebaikan ..

Dilarang pakai cincin di jari telunjuk dan tengah.

*
Berkata Ali radhiyallahu'anhu: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam melarang aku memakai cincin pada jari ini dan ini. Beliau berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam menunjuk pada jari tengah dan jari sebelahnya (telunjuk)." [HR. Muslim]

Larangan memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk adalah untuk LELAKI sahaja.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :"Kaum muslimin telah berijmak akan sunnahnya lelaki memakai cincin di jari kelingking, ada pun wanita maka boleh memakai cincin-cincin di mana-mana jari-jari mereka. Dan dimakruhkan bagi seorang lelaki untuk memakai cincin di jari tengah dan juga jari yang setelahnya (jari telunjuk), dan hukumnya adalah makruh tanzih." (Al-Minhaaj Syarh Shahih Muslim 14/71)

*


Sifat Ahli Neraka

*
Sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda, 'utul (suka bertengkar/kasar bahasanya/tidak mahu mengalah), jawwaz (berlagak/ego/keras hati) dan mustakbir (sombong/bongkak/angkuh). (HR. Bukhari dan Muslim)

*

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

*
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
5. Hidup sebelum mati.

*

Istighfar sebelum tidur

*

Dari Abu Sa'id al-Khudrie r.a., Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397)

*

Isbal

*

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa baginda berkata, "Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi ke dua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (HR Bukhari)

Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata: Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (HR Ibnu Majah)

Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata: Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya: "Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala". Maka orang tersebut pun berkata: Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan". Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap menyatakan: "Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah bagus". Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (HR Ahmad)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Dan berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan mengisbalkan pakaian, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai kesombongan". (HR Abu Daud)

Daripada 'Abdullah B. 'Umar radhiyallahu 'anhuma, telah berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat nanti". (HR Bukhari)

Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari'at (melebihi buku lali).

Imam Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Shalihin menerangkan tentang larangan memanjangkan kain di bawah buku lali. Di mana dalam bab tersebut beliau berpendapat, jika menjulurkan kain di bawah buku lali kerana sombong maka hukumnya haram, jika bukan kerana sombong maka hukumnya makruh. Ini adalah pendapat dalam mahzab Syafie.

Wallahu a'lam


*

Solat Gerhana

*

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Jumu’ah)

Solat sunat gerhana lebih utama dilakukan secara berjamaah di masjid, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah.

Waktu solat ialah apabila ternyata gerhana telah berlaku dan berakhir apabila hilang gerhana.


Niat Solat Sunat Gerhana:  “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.

Yang akmal (sempurna) dilakukan dengan dua kali  qiyam/berdiri/baca fatihah dan dua kali ruku',  pada setiap rakaat.


Ringkasan cara solat sunat gerhana:

1. Takbiratul Ihram dan berniat.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca mana-mana surah.
5. Ruku’.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.
7. Ruku'.

8. Iktidal.
9. Sujud..
10. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud.
12. Berdiri rakaat kedua.

Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca mana-mana surah.
3. Ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.
5. Ruku'.

6. Iktidal.
7. Sujud..
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.


Wallahu a'lam.



Beberapa link berkaitan panduan solat gerhana :

Tatacata solat gerhana




*

Telaga Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam

*


Allah Ta’ala menyediakan sebuah telaga khas kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terletak di padang Mahsyar pada hari kebangkitan semula nanti.

Ada perbezaan pendapat di antara para ulama tentang bila dan di mana manusia akan mendatangi telaga Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam itu. Imam Al Ghazali dan Al Qurthubi berpendapat telaga itu berada di padang Mahsyar sebelum menyeberangi sirat. Manakala Imam Bukhari rahimahullah berpendapat telaga Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam itu berada selepas melintasi sirat. Wallahu a’lam.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai al-haudh (telaga) dan mereka saling berbangga diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan sungguh aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” (HR at-Tirmidzi dalam Sunan at-Tirmidzi, no. 2443)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dialirkan pada telagaku itu dua saluran air yang (bersumber) dari (sungai al-Kautsar) di Syurga…” (HR. Muslim, no. 4255)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menceritakan, “Pada suatu hari, ketika Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam berada di tengah-tengah kami, tiba-tiba baginda mengantuk sekejap. Kemudian baginda mengangkat kepala sambil tersenyum. Maka kami pun bertanya, “Apa yang membuat Tuan tersenyum, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Baru saja diturunkan kepadaku sebuah surah.” Lalu Beliau membaca: (maksudnya),  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kautsar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).” (Al-Katsar: 1-3). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Apakah kalian tahu apakah Al-Kautsar itu?” Kami (para sahabat) menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Al-Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabb-ku ‘Azza wa Jalla untukku. Di sana, terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah (sumber air) telaga yang akan didatangi umatku pada hari Kiamat. Jumlah gayungnya sebanyak bintang-bintang.” (HR Muslim, no. 400).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Telagaku (panjang dan lebarnya) satu bulan perjalanan. Airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada kesturi, cawannya sebanyak bintang di langit. Sesiapa yang minum darinya, dia tidak akan haus untuk selamanya.” (HR Bukhari, no. 6093 dan Muslim, no. 4294).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya telagaku itu lebih panjang dari jarak antara Aylah (sebuah kota di teluk ‘Aqobah, Yordania) dan ‘Adan (kota Yaman). Seeungguhnya air telagaku itu lebih putih dari salji, lebih manis dari madu dicampur susu, serta bejana-bejananya lebih banyak dari bintang-bintang. Aku sungguh akan menjaganya dari orang lain (selain umatku), sebagaimana seseorang menjaga telaganya dari unta orang lain.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah pada hari itu baginda mengenali kami?” Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Ya. Kalian punya tanda yang tidak dimiliki oleh umat lain. Kalian datang kepadaku dengan dahi dan kaki bercahaya putih kerana wuduk.” (HR Muslim, no. 364)

Tetapi ada sebahagian umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan diusir ketika ingin mendatangi telaga itu.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku adalah pendahulu kalian menuju telaga. Siapa saja yang melewatinya, pasti akan meminumnya. Dan sesiapa meminumnya, niscaya tidak akan haus selamanya. Nanti akan datang beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, namun mereka terhalangi dari menemui diriku.” (HR Bukhari, no. 6528 dan Muslim, no. 4243)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku berkata: “Mereka termasuk umatku!” Namun muncul jawaban: “Engkau tidak mengetahui perkara yang mereka ada-adakan selepas sepeninggalmu.” Aku pun berkata: “Pergi dari sini, Pergi dari sini, bagi orang yang mengubah (ajaran agama) setelahku.” (HR Bukhari, no. 6097)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya selepasku nanti akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan penipuan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan dapat mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan dapat mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi)

*

Tasbih Fatimah

*

Ali bin Abi Talib ra. menceritakan bahawa Fatimah ra. (isterinya, juga puteri Rasulullah) sering merasa sakit tangan dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya. Fatimah datang menemui Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah. Kemudian Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang permintaan Fatimah. Ali ra. berkata, Rasulullah telah datang ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun tetapi baginda mencegahnya seraya berkata: “Tetaplah di tempat kalian!” Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya. Setelah itu, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

*

Kafir Mengkafir

*

Sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (HR Bukhari dan Muslim).

*

April Fool

*

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR. Ahmad dan At-Thabrani].

"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [HR. Abu Daud ]

*

Belas Kasihan Sifat Mulia

*

Kita mestilah mempunyai perasaan belas kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan.

"Orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Oleh itu, kasihanilah apa yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihani kamu." (HR. Abu Dawud & Tirmidzi) 

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa tidak belas kasihan kepada manusia, maka Allah Ta‘ala tidak belas kasihan kepada dia". (HR. Muslim) 

*

Lemah Lembut Sifat Mulia

*

Garang, bengis, kasar, bahasa kesat dan suara yang tinggi, sudah semakin lumrah.

Ar-Rifq adalah sifat lemah lembut di dalam berkata dan bertindak serta memilih untuk melakukan cara yang paling mudah. (Fathul Bari syarh Shahih Al Bukhari)


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Hendaklah kamu bersifat lemah lembut dan jangan sekali-kali bersikap kasar dan jahat." (HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya, “Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut dan tenang”. (HR. Muslim)

“Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), lemah lembut serta mudah dibawa berunding.” (HR. Tirmidzi)

“Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalam, dan bahagian dalam dapat dilihat dari bahagian luarnya, Allah SWT menyediakannya untuk orang yang suka memberi makan orang miskin, orang yang lembut dalam berbicara, orang yang suka berpuasa dan orang yang mengerjakan solat di malam hari waktu manusia lain sedang tidur”. (HR. Tirmidzi)

Iyadh Bin Himar al-Mujasyi menceritakan, suatu hari Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam berkata dalam khutbahnya, "Penghuni syurga itu ada tiga jenis; pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan diberi taufik untuk bertindak mengikut hukum. Keduanya, orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim. Ketiganya, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta- minta". (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.


*

Jangan Mendahului Imam

*

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar(keldai) atau rupanya menjadi rupa himar ?" (HR. Muslim)


*

Ulama Akhir Zaman

*

“Akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasik.” (HR. Ibnu Hibban)

Dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" didefinisikan : orang Islam yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama.

Fasik kalau kita sandarkan kepada seseorang bermakna orang yang mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil.

*

Popular Posts