"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Akhlak yang baik

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.” (HR Bukhari)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga? Baginda menjawab, “takwa kepada Allah dan akhlak mulia”. Beliau juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka baginda menjawab, “mulut dan kemaluan” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya." (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasai)

Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya." (HR Abu Dawud)

Berkata Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah: Imam Qurafi berkata di dalam kitabnya al-Furuq: Ketahuilah sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan. (Kitab: Min Adab al-Islam).

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Fathi: Ibnu Mubarak berkata: Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu. (Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).


*

Kelebihan Orang Yang Banyak Berselawat

*


"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya." (HR At Tirmidzi)

Allah humma Solli Wa sollim 'ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.



*



Artikel pilihan:

Kelebihan Berselawat


*

Menghayati Kehebatan Rasulullah

*

Kewajipan Mentakzim Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam

Kata al-Qadhi ‘Iyadh dalam kitabnya al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa (j. 2, h. 35-36): Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, sesudah wafatnya serta memulia dan mengagungkannya adalah lazim (wajib), sebagaimana hal keadaan pada masa hidupnya. Dan yang demikian itu adalah ketika menyebut baginda shollallahu 'alaihi wasallam, menyebut hadith dan sunnahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli keluarganya serta memuliakan Ahlul Bait dan para sahabatnya.

Kata Abu Ibrahim al-Tujibi: Wajib atas setiap mukmin apabila menyebut baginda shollallahu 'alaihi wasallam atau disebut nama baginda shollallahu 'alaihi wasallam di sisinya hendaklah ia tunduk, khusyuk, hormat dan diam dari bergerak serta merasakan kehebatan baginda shollallahu 'alaihi wasallam dan kehormatannya, sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia sendiri berada di hadapan baginda shollallahu 'alaihi wasallam, serta beradab sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah Taala kepada kita.

Kata al-Qadhi ‘Iyadh lagi: Beginilah akhlak para salafussoleh dan imam-imam kita dahulu (رضي الله عنهم).

Akhlak Para Salaf Terhadap Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam

Imam Malik RA pernah bertemu Ayyub al-Sakhtiyani, seorang perawi hadith yang masyhur, katanya: “Apabila disebutkan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, beliau akan menangis sehingga aku berasa kasihan terhadapnya”.

Kata Mus‘ab bin ‘Abdullah: Imam Malik apabila menyebut Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, akan berubah warna rupanya dan menundukkan kepala sehingga menyukarkan hal tersebut kepada orang-orang yang duduk bersamanya. Lalu pada suatu hari beliau ditanya mengenai hal berkenaan, maka jawab beliau:

“Sekiranya kamu sekalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu sekalian tidak akan hairan kepadaku terhadap apa yang kamu lihat.

Aku pernah melihat Muhammad bin al-Munkadir, dan beliau adalah penghulu para qurra’, hampir-hampir tidak pernah kami bertanya kepadanya mengenai sesuatu hadith pun melainkan beliau akan menangis sehingga kami berasa kasihan terhadapnya.

Aku pernah melihat Ja‘far bin Muhammad - al-Sadiq -, dan beliau seorang yang banyak bergurau dan tersenyum, namun apabila disebut di sisinya Nabi, rupa beliau akan berubah menjadi kekuningan (kerana pucat), dan tidak pernah aku melihatnya meriwayatkan hadith dari Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam melainkan dalam keadaan suci.

Pernah ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menyebut Nabi, lalu kami lihat kepada warna rupanya seolah-olah telah keluar darah daripadanya (kerana pucat lesi), dan lidahnya menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam.

Aku juga pernah datang kepada ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Zubair, apabila disebut di sisinya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam beliau akan menangis sehingga tidak tinggal lagi air mata di matanya.

Aku pernah melihat al-Zuhri, dan beliau adalah orang yang paling ramah dan mesra, namun apabila disebut di sisinya Nabi, maka dia seolah-olah tidak mengenali kamu dan kamu tidak mengenalinya.

Aku juga pernah datang kepada Safwan bin Sulaim, dan beliau adalah dari kalangan ahli ibadah, namun apabila beliau menyebut Nabi, beliau akan menangis dan terus-terusan menangis sehingga orang-orang akan bangun dan meninggalkannya”.


Sumber: http://sawanih.blogspot.com/2010/02/menghayati-kehebatan-rasulullah-saw.html


*

Cara ucap terima kasih

*
“Sesiapa yang diberikan perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan : jazaa kallahu khaer (moga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. At-Tirmidzi)

*

Banyakkan selawat pada hari Jumaat

*

“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR. Abu Dawud)

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR. Al Baihaqi)

Allah humma Solli Wa sollim 'ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.

Moga ada manfaat.




Link pilihan:

Kelebihan Hari Jumaat

Kelebihan Membaca Selawat



*

Tajassus (Mengintip)

*


Tajassus maknanya mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain. 

Kita dilarang menyiasat, tanya-tanya, selidik, teropong, cari salah orang lain, belum lagi larangan cerita, hebah, sampaikan..

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh dinodai dengan tajassus dan diselidiki cacat-cacatnya, sekalipun dia berbuat dosa, selama dilakukan dengan tersembunyi.

Sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam, "Sesiapa mengintip rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka halal buat mereka untuk menusuk mata pengintip itu." (HR Bukhari dan Muslim)

“Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (HR Abu Daud)

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (HR Abu Daud)




Link pilihan:

Jangan CERITA aib orang

TUTUP aib orang lain



*

Sentuh wanita yang tidak halal

*
“Andaikata kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR. Ar-Ruyany dalam Musnadnya no.1282, Ath-Thobrani 20/no. 486-487 dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 4544)

*

Tak peduli halal haram

*


Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda; "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana mendapat harta, apakah dari sumber halal atau haram." - Sahih Bukhari

*

Baca ayat Kursi sebelum tidur

*
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)



Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan kehendakNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)


Link pilihan:

Kelebihan Ayat Kursi



*

Baca ayat Kursi lepas solat

*


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR ath-Thabrani)



Link pilihan:

Kelebihan Ayat Kursi

*

Nikmat yang disia-siakan

*

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam, “Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [HR Bukhari]

*

Dosa sesama manusia

*

Dari Abu Hurairah ra, Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari Muslim)



Link pilihan:

Dosa terbesar dari dosa-dosa besar

Bahaya Dosa


*

Orang yang muflis

*

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah menjawab, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat tetapi dahulunya waktu di dunia dia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)

*

Khusyuk dalam solat

*

Khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat hukumnya sunnat.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya." (HR. Abu Dawud)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi 
shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)

Wallahu a'lam.


Link pilihan:

Panduan khusyuk dalam solat

Kepentingan khusyuk dalam solat

Kisah khusyuk dalam solat

Solatlah dengan tenang

Doa Sebelum Solat



*

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah

*

*


Toma’ninah perlu dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.

Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.

Seseorang itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan.

Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah salah satu daripada rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat.






Link pilihan:

Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram

Takbir Yang Salah



*

Seburuk-buruk pencuri

*

*
"Seburuk-buruk pencuri ialah yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya, bagaimana mereka mencuri dalam solat? Rasulullah menjawab, mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka (sujud dan rukuk dengan pantas, tiada toma’ninah)". (H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:


Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah





*

Kejayaan Sebenar

*

Firman Allah, "Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terselamat daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kejayaan sebenar ialah terselamat dari masuk neraka.


Cara untuk selamat dari neraka:

Mati dalam keadaan Islam

Mati Tanpa Dosa


*

Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram

*

Takbirratul-ihram adalah rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat tersebut.

Takbirratul-ihram adalah antara rukun bacaan iaitu rukun yang perlu di baca atau disebut.

Menggangkat tangan ketika mula solat bukanlah takbirratul-ihram.

Takbirratul-ihram ialah MENYEBUT Allahu Akbar (الله أكبر) semasa permulaan solat.

Jika tidak disebut Allahu-akbar ketika permulaan solat, maka solat itu TIDAK SAH.





Link pilihan:

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah

Takbir Yang Salah



*

Kelebihan Orang Yang Alim

*


"Keutamaan seorang alim (berilmu) atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (HR Tirmidzi)

*

Popular Posts