"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Jangan lebih 40 hari

*

"Nabi sallallahu `alaihi wa sallam telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.



*

Jangan Cabut Uban

*

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satukebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadis ini hasan)

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban, walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i)

Para ulama Syafi’i berpendapat bahwa hukum mencabut uban adalah makruh.

Larangan mencabut uban termasuk yang berada di misai / kumis, janggut, alis dan kepala.

Wallahu a’lam.




Link pilihan:

Hukum Menghitamkan Uban adalah HARAM




*

Hati Keras

*


"Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras". (HR. Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kepada Nabi sallallahu `alaihi wa sallam sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Ahmad)

*

Sebab utama masuk syurga dan neraka

*


Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan. (HR. Tirmidzi)



Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Cakap Bohong Dusta

Mengumpat



*

Golongan yang dinaungi Allah.

*

"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:

1. Pemimpin yang adil,

2. Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah,

3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,

4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,

5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu dia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

7. Seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

*

Popular Posts