Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda; "Sesiapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga." (HR Muslim) Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga. Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga. Sesiapa yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya. Wallahu a'lam. Link pilihan: Doa Kekal Hidayah Jangan Terlalu Yakin Kita Mati Dalam Islam Sakaratul Maut Cara Hindari Neraka Orang Islam Tidak Kekal Dalam Neraka
Nabi bersabda, "Sesiapa yang lupa solat atau tertidur, maka dia mesti menggantikannya (qadha') apabila dia sedar." (HR Muslim) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Syarah Muslim: Seorang yang meninggalkan atau tertinggal atau terlupa solat fardu, WAJIB diqadha' atau diganti. Sekiranya ditinggalkan kerana uzur yang memaksa maka qadha' boleh dilambatkan. Sekiranya tanpa uzur, maka wajib diqadha' dengan segera.