"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

In shaa Allah

*
Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam untuk bertanyakan mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.

Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)


Sebutan "in shaa Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan iradat Allah".

Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "in shaa Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya.


In shaa Allah.



*

Elak Berdebat / Berbantah-bantah

*

"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan/berbantah-bantah walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya" [HR. Abu Dawud]

*

Masukkan air ke dalam hidung

*
Istinsyaq ialah memasukkan atau menyedut air ke dalam hidung dan selepas itu istinsyar mengeluarkannya semula.

Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya : "Apabila kamu bangun dari tidur hendaklah kamu menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidung". (HR Muslim)



*

Doa bila hujan

*

Allahum ma soi yiban naa fi 'aa

Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat. (HR Bukhari).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi sallallahu `alaihi wa sallam mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.

*

Berjabat Tangan

*
Dari Anas bin Malik, Kami bertanya kepada Nabi sallallahu `alaihi wa sallam, wahai Rasulullah, adakah boleh kami membungkukkan badan kepada orang yang kami temui? Rasulullah bersabda, Tidak boleh. Kami bertanya lagi, adakah boleh kami berpelukan bila saling bertemu? Nabi bersabda, Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling berjabat tangan. (HR Ibnu Majah no 3702).

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah dua orang Muslim bertemu kemudian berjabat tangan kecuali akan diampun dosa-dosa mereka berdua sebelum mereka berpisah." (HR. Ibnu Majah no.3703)




Link pilihan:

Jangan sentuh wanita yang tidak halal


*

Popular Posts