"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Bulan Muharram

*


Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)

Wallahu 'alam.



Link pilihan :


Maksud Maal Hijrah

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharram

Awal Muharram

Orang yang berhijrah sebenarnya ialah ..



*

Doa masuk tandas

*

"Nabi shollallahu 'alaihi wasallam apabila hendak masuk tandas,  baginda mengucapkan: ALLAHUMA INNI 'AUU ZUBIKA MINAL KHUBU SI WAL KHABAA IZ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan lelaki dan syaitan perempuan)." (HR At-Tirmizi)

*

Doa sebelum dan selepas tidur

*



النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن ينام قال : ( باسمك اللهم أموت وأحيا ) . وإذا استيقظ من منامه قال : ( الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور ) .
الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 6324
خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

Dari Huzaifa ra. bahawa apabila Nabi shollallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, baginda akan membaca "Bismika Allahumma amutu wa ahya (Dengan Nama Engkau Ya Allah aku Hidup dan aku mati). Dan apabila baginda bangun dari tidur, beliau akan membaca Alhamdulilla hillazi ahya na ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNya dibangkitkan). (HR Bukhari no 6324)

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أوى إلى فراشه قال : ( اللهم باسمك أحيا وأموت ) . وإذا أصبح قال : ( الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور ) .
الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 7394
خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

Dari Huzaifa ra. bahawa apabila Nabi shollallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, baginda akan membaca "Allahumma Bismika ahya wa amut (Ya Allah, Dengan Nama Mu aku Hidup dan aku mati). Dan apabila baginda bangun dari tidur, beliau akan membaca Alhamdulilla hillazi ahya na ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNya dibangkitkan). (HR Bukhari no 7394)

*

Penghulu Istighfar

*
Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan,

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membacanya (penghulu istighfar) pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (HR. Bukhari)


Artikel pilihan:

Istighfar



*

Istighfar

*

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga kali." Sumber: Muslim (no. 135, 591), Abu Daud dalam Shahih Abu Daud (no. 1563), Ibnu Majah (no. 938), al-Tirmidzi dalam Shahih al-Tirmidzi (no. 300) dan al-Nasa’i dalam Shahih al-Nasa’i (no. 1336).

Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)." Sumber: Muslim dalam Shahih Muslim (no. 591), al-Tirmidzi (no. 300) dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud (no. 2151).

"Sesiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi', akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim)


Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa memperbanyak istighfar maka Allah Subha Nahuwa Taala akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim daripada Abdullah bin Abbas)



Artikel pilihan:

Penghulu Istighfar


*

Popular Posts