"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Buka puasa dengan rutab

*



Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air. (HR Tirmidzi)

Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan (kurma basah).

Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.


Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Marhaban Ya Ramadhan


Kelebihan Puasa

Kelebihan Solat Tarawih

Kelebihan Lailatul Qadar

Kelebihan Sedekah di Bulan Ramadan

Zakat Fitrah


*

Zuhud

*


Zuhud adalah meninggalkan perkara yang dapat melalaikan dari mengingat Allah. 

Orang yang zuhud ialah orang yang melebihkan urusan akhirat daripada urusan dunia.

Al Ghazali membahagi zuhud dalam tiga tingkatan iaitu:

1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik daripadanya. 

2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharap sesuatu yang bersifat keakhiratan. 

3. Meninggalkan segala sesuatu selain Allah kerana terlalu mencintai-Nya.

Wallahu a'lam.



Lagi berkaitan zuhud : Dari Zaharudin.net

 

*

Surah Al Kahfi

*


Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

Ringkasan isi Kandungan surah :

Keimanan: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan;
Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.

Hukum-Hukum: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; dibolehkan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.
Kisah-Kisah: Cerita Ashhabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidhir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.

Dan lain-lain: Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antara ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah S.W.T serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.

Beberapa hadis berkaitan Surah Al Kahfi:

Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi di dalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi shollallahu 'alaihi wasallam, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah tersebut“. (HR Ahmad, Bukhari, Muslim)

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya antara dua juma’at“. (HR Al-Hakim)

Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim)


 والله أعلم

 


Link pilihan:

Surah Al Kahfi Ayat 1 - 10

Kelebihan Surah Yasin

Kelebihan Surah Al Mulk

Ayat Seribu Dinar




*

Kelebihan Bersedekah



Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)

"Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. At-Tirmidzi)

“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani)

والله أعلم

Amalkan Ilmu

*

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.

Imam al-Ghazali rahimahullah menyebut di dalam Kitab Ayuhal Walad, "Amal Tanpa Ilmu Adalah Sia-Sia Dan Ilmu Tanpa Amal Adalah Gila".

"Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.” (Imam al-Ghazali)

Sabda Nabi shollallahu 'alaihi wasallam : Ertinya : “Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.” (Muttafaq ‘alaih)


*

Popular Posts