"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Happy New Year



Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA : dia berkata : Bahwasanya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda : ”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, ”Ya Rasulullah ! Adakah Yahudi dan Nasrani yang Rasulullah maksudkan ? Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam menjawab : ”Siapa lagi, kalau bukan mereka". (HR.Muslim).

*

Saf

*

Dari Anas bin Malik ra, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam, bersabda, "Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat". (HR Bukhari & Muslim)

Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok atau akan berpecah belah hati kamu." (HR Muslim)

"Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf) dan janganlah kamu biarkan celah-celah yang kosong itu untuk syaitan. Sesiapa menghubungkan saf maka Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya dan sesiapa memutuskan saf maka Allah akan memutuskan dia daripada rahmat dan pertolonganNya". (HR. Abu Daud)

“Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya(buku lali) dengan mata kaki(buku lali) saudaranya.” (HR Abu Daud).

Daripada Anas bin Malik daripada Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pada waktu solat setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki (buku lali) saudaranya". (HR Bukhari).

"Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf". (HR Abu Daud).

"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup ruang kosong dalam saf". (HR Thabrani).

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah di hadapan dan seburuk-buruk ialah di belakang, sebaik-baik saf bagi wanita ialah di belakang dan seburuk-buruk ialah di hadapan." (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Seandainya kamu tahu kelebihan yang terdapat di saf pertama niscaya kamu akan membuat undian untuk mendapatkannya". (HR Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di saf pertama”. (HR Abu Daud dan Nasa’i)




Link pilihan:

Masalah 1- Berada di belakang saf seorang diri 2-Kanak-kanak berada dalam saf dewasa

Kelebihan Solat Berjama'ah



*

Kelebihan Solat di Masjid

*
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR. Ahmad)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika isterimu meminta izin kepadamu untuk pergi ke masjid di malam hari, hendaklah kamu izinkan." (Sahih Bukhari)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi solat) di Masjid." (HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi)

“Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya yang akan diperolehnya pada hari kiamat.” (HR. Abu Daud)

“Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur". (HR Ibn Majah)

Di dalam Mazhab Syafie, maksud kepada hadis tersebut, bagi kalimah "tiada solat baginya" adalah tidak sempurna solat dan bukannya tidak sah solat. Ini bermakna pahala seseorang yang bersolat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang bersolat di masjid.

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa telah berwuduk dengan sempurna, kemudian terus menuju ke masjid, tetapi didapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah s.w.t akan tetap kurniakan kepada dia pahala solat jemaah, sama sebagaimana pahala mereka yang berjemaah, dengan tidak mengurangi sedikit pun”.(HR. Muslim)


Wallahu A'lam.





Link pilihan:

Kelebihan Solat Berjama'ah

Iktikaf   

Solat Tahiyatul-Masjid





*

Kelebihan Solat Berjamaah

*


"Jika ada tiga orang lelaki dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa tetapi tidak mengerjakan solat berjamaah di masjid, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan, oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jama'ah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)". (HR Ahmad).

“Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjamaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjamaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. (HR Abu Daud)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa yang solat Isya' secara berjamaah maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjamaah maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)

"Sesiapa yang solat Subuh berjamaah, maka dia akan berada dalam peliharaan Allah Ta'ala" (HR Ibn Majah)

"Sesiapa mendirikan solat selama 40 hari dengan berjamaah dan bertakbiratul ihram bersama imam maka dia akan mendapat dua jaminan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari nifaq (munafiq)" (HR. Tirmidzi).

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda," Apabila imam membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kamu hendaklah membaca اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat nescaya Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Apabila imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat nescaya akan diampunkan oleh Allah segala dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Solat berjamaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat". (HR Bukhari dan Muslim)


Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Kelebihan Solat di Masjid

Hukum Solat Berjama'ah






*

Solat sunat menampung solat fardu

*

"Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solat, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah dia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya”, Demikianlah keadaan semua amal yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi)

"Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan diperiksa pada hari akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada malaikat pada hal Dia Maha Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku sama ada dia menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah menyempurnakan solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya apabila didapati solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah berfirman yang bermaksud: “Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan solat sunat? Kalau ada solat sunat yang dilakukannya maka Allah berfirman lagi, sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian semua amalannya yang lain diterima kerana kesempurnaan solatnya.” (HR Abu Daud)

Syaikhul Azhar, Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri rahimahullah, iaitu dalam hasyiah beliau atas Qashidah al-Burdah, pada halaman 18 beliau menulis sebagai berikut:- "......Dan telah masyhur diketahui umum, bahawa amalan-amalan nafilah/sunnat itu boleh menampung / menampal apa yang kurang dalam amalan-amalan fardu. Tetapi Imam al-Qurthubi telah menukil dalam kitabnya "at-Tadzkirah" penjelasan daripada Imam asy-Syafi`i bahawa yang sedemikian itu adalah bagi kekurangan yang berlaku pada amalan fardu akibat lupa atau tidak sengaja. Ada pun kekurangan yang dilakukan dengan sengaja tidaklah dapat ditampal dengan amalan sunnat walau ianya amat banyak....."
 


Wallahu a'lam.





Link pilihan :

Hukum Meninggalkan Solat Fardu

Kepentingan Solat


*

Manusia paling baik

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

*

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

*



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
     
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
     
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-




*

In shaa Allah

*
Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam untuk bertanyakan mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.

Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)


Sebutan "in shaa Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan iradat Allah".

Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "in shaa Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya.


In shaa Allah.



*

Elak Berdebat / Berbantah-bantah

*

"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan/berbantah-bantah walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya" [HR. Abu Dawud]

*

Masukkan air ke dalam hidung

*
Istinsyaq ialah memasukkan atau menyedut air ke dalam hidung dan selepas itu istinsyar mengeluarkannya semula.

Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya : "Apabila kamu bangun dari tidur hendaklah kamu menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidung". (HR Muslim)



*

Popular Posts