"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Bismillahir rahma nir rahim

*

“Setiap urusan yang tidak diawali dengan menyebut bismillahirrahmanirrahim, maka cacat (terputus dari rahmat Allah).” (HR. Ahmad)


*

Hukum Solat Berjamaah

*

Hukum solat fardu secara berjamaah:

Mazhab Syafi’i : Wajib Fardu Kifayah bagi lelaki yang mukallaf, bermukim, merdeka dan tidak uzur solat secara berjamaah di masjid. (Kitab Al-Ifshah jilid 1 halaman 142)

Ulama mazhab Syafi’i berselisih pendapat dalam masalah mendirikan solat berjamaah di selain masjid, apakah menggugurkan fardu kifayahnya atau tidak? 

Mereka berbeda pendapat ke dalam dua pendapat:

Pertama, tidak cukup mendirikannya di selain masjid untuk menegakkan perbuatan yang fardu.

Kedua, cukup jika tempatnya ramai, seperti solat berjamaah di pasar misalnya.


Mazhab Hambali: Wajib Fardu Ain bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid. (Kitab Fathul Mu’in Bisyahri Qurratu ‘Ayn hal.34,)

Mazhab Hanafi dan Maliki:  Sunat mu'akkad bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid. (Kitab Nailul Authar jilid 3 halaman 146)

Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Kelebihan Solat Berjamaah

Kelebihan Solat di Masjid


*

Bohong Yang Dibenarkan

*


Dari Ummu Kalsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim)

Dusta dibenarkan pada 3 keadaan :

1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai.

2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan.

3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga, misalnya seorang suami memuji masakan isteri, padahal masakannya tidak sedap.

Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Al Fattah, yang dimaksud dengan dusta antara suami isteri hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak keduanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satunya akan mengambi perkara yang bukan haknya.

Di dalam kitab Syarah Muslim, Imam An Nawawi menyatakan, ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya. Ada pun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijma’ kaum muslim.


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Jangan Selalu Cakap Bohong



*


Jangan Biasakan Bohong Dusta

*

"Jujur itu menimbulkan ketenangan, sedangkan dusta mengakibatkan kebimbangan." (HR Tirmidzi)

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran.” (HR. Ahmad)

Dari Ibnu Mas'ud ra. Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya benar/jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga, seseorang yang membiasakan benar/jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar/jujur. Dan berhati-hatilah kalian dari dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang akan selalu atau membiasakan berdusta akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Sebab Utama Masuk Neraka

Bohong Yang DiBenarkan

Orang Yang Muflis



*


Doa Dimudahkan Urusan

*

Rob banaa aatinaa mil ladungka rahmatau 
wa hai yik lana min amrinaa ra shadaa

*

Kelebihan sampai masjid awal hari Jumaat

*

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Apabila tiba hari Jumaat, maka di setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut turutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan mendengarkan khutbah. Perumpamaan orang yang hadir ke masjid paling awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor sapi, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor kambing, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor ayam, kemudian dari itu seperti memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)

Lebih awal sampai, dapat lebih ganjaran.


Wallahu a'lam,




Link pilihan:

Solat Tahiyatul Masjid

Kelebihan Hari Jumaat


*

Ta'awwuz

*
Ta'awwuz ialah lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".


“Bahawasanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam membaca a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”. (HR Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf ).

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Was-was



*

Peliharalah Diri Kamu dan Ahli Keluarga Kamu Dari Api Neraka

*

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka..”.(At-Tahrim: 6)

Allah memerintahkan kita agar memelihara diri dan ahli keluarga dari melakukan perkara-perkara dosa atau maksiat dan segera bertaubat jika telah melakukan dosa atau maksiat.



Link pilihan:

Sebab Utama Masuk Neraka

Sebab Perempuan Lebih Ramai Dalam Neraka

Golongan Yang Tidak Akan Dapat Mencium Bau Syurga

Golongan Yang Diharamkan Masuk Syurga

Cara Untuk Selamatkan Diri Dari Neraka



*

Golongan Diharamkan Syurga

*

Golongan yang diharamkan Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Penagih arak
2. Orang yg memutuskan silaturrahim
3. Orang yang mengunakan sihir. 
4. Pemakan riba.
5. Pemakan harta anak yatim tanpa hak.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Lelaki yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya).
8. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.
9. Pemimpin rakyat yang tidak jujur.
10. Perempuan yang menyerupai lelaki.
11. Orang yang sombong.

”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah penagih arak, orang yg memutuskan silaturrahim dan orang yang mengunakan sihir. Sesiapa mati dalam keadaan minum arak, maka kelak akan diberi minum oleh Allah air sungai ghauthah. Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut, baginda menjawab, iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yang berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.” (HR. Ibnu Hibban)

"Empat orang yangg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya iaitu penagih arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan orang yang derhaka kepada ibu bapanya.” (HR. Hakim)

"Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )

“Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)

"Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan perempuan yang menyerupai lelaki". (HR. Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Golongan Tidak Dapat Mencium Bau Syurga

Kehebatan Syurga


*




Tidak Dapat Mencium Bau Syurga

*

Golongan yang tidak akan dapat mencium bau Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie).
2. Orang yg memutuskan silaturrahim.
3. Perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan.
4. Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar.
5. Orang yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Orang yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya).
8. Orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.
9. Orang yang membunuh kafir zimmi.


“Sesiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun”. (HR Ahmad)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun.” (HR Bukhari)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tiada seorang manusia yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya), dia tidak akan dapat mencium bau syurga" (HR Bukhari dan Muslim )

“Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban), mereka tidak akan mencium bau syurga.“ (HR Abu Daud)

“Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (HR Ibnu Majah)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan, perempuan tersebut tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mendapat mencium baunya, Sesungguhnya bau syurga itu boleh dibaui dari jarak sejauh perjalanan 500 tahun”. (HR Muslim)

“Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie) maka haram atasnya bauan syurga.” (HR Abu Daud)

“Bauan syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah, tidak akan merasainya, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan silaturrahim.” (HR Tabrani)



Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Kehebatan Syurga

Makna Silaturrahim

Golongan Yang Diharamkan Masuk Syurga


*

Popular Posts