"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Gopoh

*
Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu.

Gopoh atau terburu buru atau tergesa gesa adalah sifat yang tidak baik. 

“Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” (HR Tirmizi)

“Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” (HR Muslim)

Moga ada manfaat.






Link pilihan:

Bersikap Tenang, Jangan Tergesa-gesa

Mencari Ketenangan

Isti'jal - Gopoh dalam perjuangan



*

Takbir Yang Salah

*

Takbir ialah membaca atau menyebut Allahu Akbar.

Menyebut Allahu Akbar dengan lafaz Allahu Akbaar adalah SALAH dan TIDAK BETUL.

Iaitu sebutan BAR menjadi BAAR.

Yang betul, BAR disebut pendek dan bukan panjang seperti BAAAR.

Sebutan yang tidak tepat menyebabkan makna perkataan telah berubah:
Allahu Akbar maknanya Allah Maha Besar.
Allahu Akbaaar maknanya Allah gendang besar.

Imam Nawawi menyatakan di dalam kitabnya AL-AZKAAR, Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448, Damsyiq..pada halaman 74: [Mafhumnya : Sesiapa (di dalam solatnya) bertakbir membaca Allahu Akbar dengan lafaz Allahu Akbaar maka TELAH TIDAK SAH solatnya iaitu batal solatnya).]

Imam Nawawi adalah seorang ulama dari mazhab Syafi'e.


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Sebutan AMIN yang betul

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah

Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram

 



*

La ila ha il lallah

*





















Dari Jabir, “Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Zikir yang afdal (paling utama) adalah Laa ilaa ha il lallah". (HR. Tirmizi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang akhir kalamnya sebelum mati, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه , dia akan masuk syurga”. (HR. Abu Daud 3/190. Sahih Al-Jami' 5/432)  

Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca Laa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari)

"Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah'  dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (
Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul)

Wallahu 'alam.




Link pilihan:

Kelebihan Mati Syahid





*

Doa Untuk Gaza

*

Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami,
Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Gaza,
Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Gaza.




Cukuplah Allah menjadi Penolong kami. 




Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.




*

Mati Dalam Keadaan Islam

*

Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda; "Sesiapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga." (HR Muslim)

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya.

Wallahu a'lam.


Link pilihan:

Doa Kekal Hidayah

Jangan Terlalu Yakin Kita Mati Dalam Islam

Sakaratul Maut

Cara Hindari Neraka

Orang Islam Tidak Kekal Dalam Neraka
 

*

Hukum Qadha' Solat Fardu

*

Nabi bersabda, "Sesiapa yang lupa solat atau tertidur, maka dia mesti menggantikannya (qadha') apabila dia sedar." (HR Muslim)

Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Syarah Muslim: Seorang yang meninggalkan atau tertinggal atau terlupa solat fardu, WAJIB diqadha' atau diganti. Sekiranya ditinggalkan kerana uzur yang memaksa maka qadha' boleh dilambatkan. Sekiranya tanpa uzur,  maka wajib diqadha' dengan segera.


*



Artikel pilihan:

Hukum Meninggalkan Solat Fardu

Kepentingan Solat

*

Amalan Pada Hari Raya Aidil Adha

*


- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. (H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. (H.R : Jama'ah)

- Perbanyakkan Zikir
"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Salam 'idil Adha dari Lenggang Kangkung sekeluarga.





Link pilihan :

Kelebihan Ibadah Korban

Kelebihan Bulan-bulan Haram




*

Bulan Haram

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Empat bulan daripada bulan-bulan Hijrah disebut sebagai bulan haram. Bulan Haram yang dihormati itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Para ulama’ bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan dalamnya peperangan dan kezaliman. Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’diy dalam kitab tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman menyatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram kerana kehormatan dan pengharaman perang yang terdapat padanya.

Firman Allah SWT: “Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6). Al-Imam al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan bahawa kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah peperangan dan juga apa saja tindakan yang menjurus kepada kezaliman. Daripada ayat ini al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sesuatu kezaliman itu hukumnya adalah berdosa dan haram dan apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram maka dosanya adalah lebih berat. Dalam mazhab al-Syafi’ie pula menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja pada bulan-bulan haram maka diyah (denda) yang dikenakan ke atasnya adalah lebih berat berbanding bulan-bulan biasa.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 


Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).

Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .





Link pilihan :

Kelebihan Bulan Zulhijjah



*

Popular Posts