"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Solat sunat menampung solat fardu

*

"Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solat, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah dia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya”, Demikianlah keadaan semua amal yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi)

"Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan diperiksa pada hari akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada malaikat pada hal Dia Maha Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku sama ada dia menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah menyempurnakan solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya apabila didapati solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah berfirman yang bermaksud: “Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan solat sunat? Kalau ada solat sunat yang dilakukannya maka Allah berfirman lagi, sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian semua amalannya yang lain diterima kerana kesempurnaan solatnya.” (HR Abu Daud)

Syaikhul Azhar, Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri rahimahullah, iaitu dalam hasyiah beliau atas Qashidah al-Burdah, pada halaman 18 beliau menulis sebagai berikut:- "......Dan telah masyhur diketahui umum, bahawa amalan-amalan nafilah/sunnat itu boleh menampung / menampal apa yang kurang dalam amalan-amalan fardu. Tetapi Imam al-Qurthubi telah menukil dalam kitabnya "at-Tadzkirah" penjelasan daripada Imam asy-Syafi`i bahawa yang sedemikian itu adalah bagi kekurangan yang berlaku pada amalan fardu akibat lupa atau tidak sengaja. Ada pun kekurangan yang dilakukan dengan sengaja tidaklah dapat ditampal dengan amalan sunnat walau ianya amat banyak....."
 


Wallahu a'lam.





Link pilihan :

Hukum Meninggalkan Solat Fardu

Kepentingan Solat


*

Manusia paling baik

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

*

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

*



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
     
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
     
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-




*

In shaa Allah

*
Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam untuk bertanyakan mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.

Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)


Sebutan "in shaa Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan iradat Allah".

Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "in shaa Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya.


In shaa Allah.



*

Elak Berdebat / Berbantah-bantah

*

"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan/berbantah-bantah walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya" [HR. Abu Dawud]

*

Masukkan air ke dalam hidung

*
Istinsyaq ialah memasukkan atau menyedut air ke dalam hidung dan selepas itu istinsyar mengeluarkannya semula.

Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya : "Apabila kamu bangun dari tidur hendaklah kamu menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidung". (HR Muslim)



*

Doa bila hujan

*

Allahum ma soi yiban naa fi 'aa

Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat. (HR Bukhari).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi sallallahu `alaihi wa sallam mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.

*

Berjabat Tangan

*
Dari Anas bin Malik, Kami bertanya kepada Nabi sallallahu `alaihi wa sallam, wahai Rasulullah, adakah boleh kami membungkukkan badan kepada orang yang kami temui? Rasulullah bersabda, Tidak boleh. Kami bertanya lagi, adakah boleh kami berpelukan bila saling bertemu? Nabi bersabda, Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling berjabat tangan. (HR Ibnu Majah no 3702).

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah dua orang Muslim bertemu kemudian berjabat tangan kecuali akan diampun dosa-dosa mereka berdua sebelum mereka berpisah." (HR. Ibnu Majah no.3703)




Link pilihan:

Jangan sentuh wanita yang tidak halal


*

Kelebihan Hari Jumaat

*


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

“Hari ini (Jumaat) adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

"Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

"Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at". (HR ath-Thabarani)



Link pilihan:

Solat Jumaat

Hukum bercakap semasa imam khutbah Jumaat

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat

Fitnah Kubur



*

Kelebihan Ayat Kursi

*
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

"Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR Tabarani no.7532)




Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan iradat-Nya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)




Link pilihan:

Ayat Kursi paling agung dalam Al-Quran

Satu kisah Ayat Kursi

*

Popular Posts