"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Berdoa

*

Sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya baginda : Apa itu tergopoh-gapah ?. Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti dan meninggalkan doa". (HR Muslim).

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulannya, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (HR Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la)

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai” (HR At Tirmizi)

"Qada' Allah tidak dapat ditukar, melainkan dengan doa dan umur seseorang itu tidak bertambah melainkan dengan melakukan kebaikan." (HR At Tirmizi)

"Persediaan dan berhati-hati tidak mampu untuk mengatasi takdir Allah, manakala doa berguna untuk mengatasi apa yang ditakdir dan apa yang akan dilaksanakan, sesungguhnya ujian Allah akan diturunkan dan akan berjumpa dengan doa yang telah diminta, lalu kedua-dua saling bertarung sehingga hari Kiamat." (HR al-Bazzar, at-Tabrani dan al-Hakim)



*

Hak Suami

*

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?" Bersabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Thabarani)

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

“Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Ciri Isteri Solehah




*

Tinggalkan yang dilarang

*


Imam Hasan al-Basri pernah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."

*

Makna Subha nallah

*


Ucapan SUBHANALLAH juga dikenali sebagai 'tasbih'.
SUBHANALLAH terjemahannya ialah Maha Suci Allah.

Bermakna Allah Taala maha bersih dan suci dari segala kekurangan dan kelemahan.

Allah Taala Maha sempurna, tiada sedikit pun kekurangan dan kelemahan.

Apabila menyebut SUBHANALLAH, tundukkanlah perasaan kerana menyedari diri kita ini yang kotor, banyak dosa, lemah dan serba kekurangan.


Subhanallah !





Link pilihan:

Mampukan buat 1000 kebajikan sehari ?



*

Masya Allah

*
Masya Allah (ما شاء الله) adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian. Dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendaknya. Terjemahannya kurang lebih adalah "Allah telah berkehendak akan hal itu".

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat.

Tidak sesuai menyebut Masya Allah tatkala melihat sesuatu yang tidak elok atau dilarang, contohnya ketika terlihat wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya .



Aktikel berkaitan ->  KLIK SINI
 

*

Kelebihan Akhlak yang baik

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.” (HR Bukhari)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga? Baginda menjawab, “takwa kepada Allah dan akhlak mulia”. Beliau juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka baginda menjawab, “mulut dan kemaluan” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya." (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasai)

Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya." (HR Abu Dawud)

Berkata Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah: Imam Qurafi berkata di dalam kitabnya al-Furuq: Ketahuilah sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan. (Kitab: Min Adab al-Islam).

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Fathi: Ibnu Mubarak berkata: Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu. (Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).


*

Kelebihan Orang Yang Banyak Berselawat

*


"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya." (HR At Tirmidzi)

Allah humma Solli Wa sollim 'ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.



*



Artikel pilihan:

Kelebihan Berselawat


*

Menghayati Kehebatan Rasulullah

*

Kewajipan Mentakzim Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam

Kata al-Qadhi ‘Iyadh dalam kitabnya al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa (j. 2, h. 35-36): Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, sesudah wafatnya serta memulia dan mengagungkannya adalah lazim (wajib), sebagaimana hal keadaan pada masa hidupnya. Dan yang demikian itu adalah ketika menyebut baginda shollallahu 'alaihi wasallam, menyebut hadith dan sunnahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli keluarganya serta memuliakan Ahlul Bait dan para sahabatnya.

Kata Abu Ibrahim al-Tujibi: Wajib atas setiap mukmin apabila menyebut baginda shollallahu 'alaihi wasallam atau disebut nama baginda shollallahu 'alaihi wasallam di sisinya hendaklah ia tunduk, khusyuk, hormat dan diam dari bergerak serta merasakan kehebatan baginda shollallahu 'alaihi wasallam dan kehormatannya, sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia sendiri berada di hadapan baginda shollallahu 'alaihi wasallam, serta beradab sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah Taala kepada kita.

Kata al-Qadhi ‘Iyadh lagi: Beginilah akhlak para salafussoleh dan imam-imam kita dahulu (رضي الله عنهم).

Akhlak Para Salaf Terhadap Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam

Imam Malik RA pernah bertemu Ayyub al-Sakhtiyani, seorang perawi hadith yang masyhur, katanya: “Apabila disebutkan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, beliau akan menangis sehingga aku berasa kasihan terhadapnya”.

Kata Mus‘ab bin ‘Abdullah: Imam Malik apabila menyebut Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, akan berubah warna rupanya dan menundukkan kepala sehingga menyukarkan hal tersebut kepada orang-orang yang duduk bersamanya. Lalu pada suatu hari beliau ditanya mengenai hal berkenaan, maka jawab beliau:

“Sekiranya kamu sekalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu sekalian tidak akan hairan kepadaku terhadap apa yang kamu lihat.

Aku pernah melihat Muhammad bin al-Munkadir, dan beliau adalah penghulu para qurra’, hampir-hampir tidak pernah kami bertanya kepadanya mengenai sesuatu hadith pun melainkan beliau akan menangis sehingga kami berasa kasihan terhadapnya.

Aku pernah melihat Ja‘far bin Muhammad - al-Sadiq -, dan beliau seorang yang banyak bergurau dan tersenyum, namun apabila disebut di sisinya Nabi, rupa beliau akan berubah menjadi kekuningan (kerana pucat), dan tidak pernah aku melihatnya meriwayatkan hadith dari Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam melainkan dalam keadaan suci.

Pernah ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menyebut Nabi, lalu kami lihat kepada warna rupanya seolah-olah telah keluar darah daripadanya (kerana pucat lesi), dan lidahnya menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam.

Aku juga pernah datang kepada ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Zubair, apabila disebut di sisinya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam beliau akan menangis sehingga tidak tinggal lagi air mata di matanya.

Aku pernah melihat al-Zuhri, dan beliau adalah orang yang paling ramah dan mesra, namun apabila disebut di sisinya Nabi, maka dia seolah-olah tidak mengenali kamu dan kamu tidak mengenalinya.

Aku juga pernah datang kepada Safwan bin Sulaim, dan beliau adalah dari kalangan ahli ibadah, namun apabila beliau menyebut Nabi, beliau akan menangis dan terus-terusan menangis sehingga orang-orang akan bangun dan meninggalkannya”.


Sumber: http://sawanih.blogspot.com/2010/02/menghayati-kehebatan-rasulullah-saw.html


*

Cara ucap terima kasih

*
“Sesiapa yang diberikan perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan : jazaa kallahu khaer (moga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. At-Tirmidzi)

*

Popular Posts