"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Nabi Tidak Mengaku Umat

*



*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya selepasku nanti akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan penipuan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan dapat mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan dapat mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi)

*

Al Habib Umar ben Hafidz - Balasan Berselawat.

*

Hari Jumaat, Hari berselawat, Al Habib Umar ben Hafidz ketika menceritakan kelebihan selawat... kata Habib, " Berapa banyak dimajlis ini kita berselawat ke atas Nabi? Apa yang dijanjikan selawat kita ke atasnya? Balasannya, Allah pemilik Arays yang Agung akan membalas selawat kita. Seandainya Nabi membalas selawat kita, itu pun sudah sangat besar bagi kita.

Seandainya selawat kita dibalas oleh makhluk lain yang tinggi derajatnya seperti para malaikat, auliya' Allah itu pun sudah besar juga bagi kita, bagaimana pula sekiranya yang berselawat ke atas kita itu adalah Allah. Tuhan segala sesuatu. Raja segala sesuatu, yang Maha Mampu Berbuat sesuatu. Yang berkuasa ke atas sesuatu dan balasan ke atas selawat itu bukannya satu tapi 10 selawat bagi 1. 

Disebut ahli makrifatullah, seandainya ditimbang amalan semua makhluk di atas satu timbangan, tapi satu selawat dari Allah di satu timbangan, nescaya satu selawat Allah di atas timbangan lebih berat dari segala amal di atas muka bumi ini."

*

Allahumma Ajirna Minan Nar

*

[Dagingnya, Darahnya Dan Kulitnya Diharamkan Atas Api Neraka]

" Di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ada seorang yang mungkin rendah di mata manusia tetapi Mulia disisi Allah سبحانه وتعالى. Orang ini tidak berdoa melainkan dengan satu doa sahaja yakni, (Ya Allah jauhkanlah aku daripada Api Neraka, Ya Allah jagalah aku dari tergelincir ke dalam Api Neraka, Ya Allah janganlah jadikan aku daripada kalangan Ahli Neraka). Inilah sahaja doanya.

Kemudian ada beberapa sahabat menyampaikan berita ini kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم keadaan orang itu. Mereka berkata, Ya Rasulullah sesungguhnya si fulan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى hanya dengan satu doa sahaja, doanya hanya untuk dijauhkan daripada Neraka sahaja. Tanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم, itukah sahaja doanya, dia tidak tambah untuk diberikan Syurga? Tidak Ya Rasulullah.

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, kalau kamu terjumpa dia khabarkan kepada ku kerana aku ingin berjumpa dengannya dan rasa ingin tahu kenapa orang itu berdoa seperti itu. Setelah solat asar. Ada seorang sahabat memberitahu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa orang itu berada di dalam masjid ini. Kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم, panggilah dia ke sini.

Setelah orang itu berada dekat dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, dia pun memberi salam, Assalamualaika Ya Rasulullah. Alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, benarkah apa yang aku dengar tentang kamu? Apa yang kamu telah dengar Ya Rasulullah? Apabila kamu berdoa kepada Allah, kamu tidak memohon kepada Nya melainkan menjauhkan diri kamu daripada Api Neraka,benarkah begitu?

Benar Ya Rasulullah. Kenapa kamu tidak tambah untuk Syurga daripada Allah, mintalah Syurga daripada Nya. Kemudian orang itu terus memandang kepada wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menangis, katanya, Ya Rasulullah, saya memohon Syurga daripada Allah? meminta Syurga daripada Allah? Siapakah saya sehingga saya meminta Syurga Allah?

Saya tidak layak untuk masuk Syurga Allah, cukuplah kalau Allah menjauhkan saya daripada Api Neraka, saya taknak apa apa, cukuplah Allah سبحانه وتعالى menjauhkan saya daripada Api Neraka, pelihara saya daripada tergelincir ke dalam Api Neraka, apa yang saya buat sehingga saya meminta Syurga Allah?

Terus Rasulullah صلى الله عليه وسلم menangis setelah mendengar kata kata insaf dari orang itu. Kerana setiap kalamnya tadi sudah sampai ke langit. Malaikat Allah terus bergerak, 'Arasy Allah bergegar dengan kalam orang soleh itu. Kemudian Malaikat Jibril عليه السلام turun atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan berkata,

Ya Muhammad, sesungguhnya Allah menyampaikan Salam kepada kamu dan Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan Salam kepada hamba Nya itu dan sampaikanlah berita gembira kepada hamba Nya itu bahawasanya Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan Dagingnya, Darahnya, dan Kulitnya atas Api Neraka dan Allah telah mewajibkan Syurga untuk nya.

Allahuakbar. Lihatlah bagaimana sucinya hati orang ini. Apakah balasan kita kepada Allah? Cukuplah kita rasa menyesal di dalam diri ini. Sebab Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda di dalam Hadith Soheeh, Rasa menyesal atau rasa bersalah itu sudah dikira Taubah.

Inilah antara amalan yang ringkas tetapi dindingnya (hijab) kuat antara kita dengan Api Neraka. Apakah amalan itu? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda dalam Hadith Soheeh, Barangsiapa yang membaca,

Allahumma Ajirna MinanNar
( اللهم اجرنا من النار)

sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib, Api Neraka akan berkata kepada Allah, Ya Allah janganlah jadikan orang itu daripada Ahli ku, janganlah jadikan orang itu Ya Allah daripada penduduk ku, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah. Neraka takut dengan orang itu. Manakala Syurga pula berkata, Ya Allah jadikanlah orang itu daripada Ahli ku.

Zikir ini mendapat dua doa daripada Neraka dan Syurga. Neraka memohon kepada Allah untuk menjauhkan orang yang membaca zikir itu daripadanya, dan Syurga berdoa kepada Allah supaya orang itu menjadi dikalangan Ahlinya. Allah Allah. Beramallah dengannya. InshaaAllah Ta'ala"

- Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -



Sumber: https://www.facebook.com/thecapalmalaysia/photos/a.565472386832384.1073741829.563931353653154/1077231032323181


*



Syarat Khusyu'

*

Seseorang bertanya kepada Sayyidina Al-Habib Umar bin Hafidz :
"Bagaimana agar kita boleh khusyu?" Al-Habib Umar bin Hafidz menjawab: "Seseorang di katakan khusyu' jika memenuhi 6 kriteria, iaitu:

1. (Hudurul Qalb) Hadirnya Hati. Hadirnya hati harus di latih terus-menerus, bila hati kemana-mana paksa untuk kembali lagi, InsyaAllah , hati akan terbiasa hadir.

2. (Tafahhumul Ma'ani) Memahami arti atas apa yang kita katakan dan kita sedang lakukan.

3. (Al ijlal watta'dzhim) Adanya rasa mengagungkan dan memuliakan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Terkadang kita hadir hati, mengetahui erti, tapi tanpa pengagungan hal ini seperti seseorang yang memahami perkataan anak kecil yaitu tidak terlalu menghiraukannya.

4. (Al ijlal watta'dzhim ma'al Haibah) Hendaknya rasa memuliakan akan dan pengagungan tadi di iringi dengan rasa haibah (kewibawaan). Haibah : Rasa takut yang timbul kerana rasa mengagungkan. Takut solat kita tidak diterima oleh Allah.

5. (Ar-Raja') Kuatnya harapan bahwa solat kita di terima oleh Allah juga menjadi sebab dekatnya kita pada Allah serta mengharapkan mendapat balasan yang agung.

6. (Haya') Adanya rasa malu bahwasannya kita tidak menunaikan hak Allah dengan semestinya.

Kemudian Al-Habib Umar mengatakan :
"Jika enam kriteria ini terdapat padamu maka solatmu boleh dikatakan solat yang khusyu' "Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada kita sehingga mampu mengamalkan tips yang ada di atas ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan kita termasuk orang-orang yang khusyu' dalam solat."

*

AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ

*

AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ

"Guru Mulia kita Al-Habib Umar bin Hafidh beliau sudah hafal 20,000 hadits di usia sebelum 20 tahun lalu meneruskan hingga selesai ke 100,000 hadits, namun saat kunjungan beliau kemarin, beliau menegur saya untuk tidak menyebutkan gelar Alhafidh pada nama beliau (Al-Hafidh adalah gelar yang lazim di berikan para ulama lainnya kepada para ulama yang telah menghapal lebih dari 100,000 hadits beserta sanad dan matannya), demikian tawadhunya Guru Mulia kita ini, tidak suka gelarnya disebut, padahal kini untuk masuk pesantren beliau di Darul Mustafa syaratnya mestilah hafal Alqur'an dan dua ribu hadits berikut sanadnya. Sekarang Mahad Darul Musthafa mempunyai peraturan baru, pesantren beliau itu yang masuk ke sana syaratnya hafal Al-Qur'an dan hafal 2,000 hadits. Demikian salah satu syarat bagi mereka yang mau belajar bersama beliau karena barangkali beliau sudah melihat dan sudah waktunya menumpahkan tugasnya ilmu hadits yang beliau miliki, yang selama ini barangkali terpendam karena keterbatasan kemampuan dari orang-orang yang belajar kepada beliau." (Sulthanul Qulub Al-Habib Mundzir bin Fuad Al Musawa)


*

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

*

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Keputusan fatwa ini hendaklah diwartakan.

4. Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah :

1. Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif.
2. Membaca Yaasin pada malam Jumaat.
3. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati.
4. Mengadakan kenduri arwah.
5. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Maal Hijrah pada setiap tahun.
6. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban.
7. Berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah.
8. Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu.
9. Membaca “Basmallah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu.
10. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat.
11. Membaca qunut dalam solat subuh.
12. Bersalaman selepas solat berjemaah.
13. Solat sunat sebelum solat Maghrib.
14. Solat sunat sebelum Jumaat.
15. Fidyah solat.
16. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
17. Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih selain 8 rakaat.
18. Menyapu muka selepas salam.
19. Akikah dengan binatang al-an‘am selain kambing.
20. Amalan bertawassul dan bertabarruk.
21. Berdoa dan membaca al-Quran di kubur.
22. Doa akhir tahun dan awal tahun.

Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini.


Sumber: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/945-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furuk


*

Popular Posts