"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kami Ahli Bid'ah Hasanah

*

Nabi tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat. Khalifah Umar pun solat malam (tarawih) tidak melebihi 11 rakaat. Tiba-tiba ada sahabat pada zaman Khalifah Umar buat solat Tarawih berjamaah 20 rakaat di masjid. Sahabat tersebut jelas telah melakukan perkara BID'AH. Mustahil Khalifah Umar tak faham tentang bid'ah. Kenapa beliau TIDAK MELARANG dan mengatakan mereka sesat ? Kenapa ?

Khalifah Umar bin Al Khottob radhiyallahu ‘anhu ketika menganjurkan solat tarawih secara berjama’ah di masjid , beliau berkata,
الْبِدْعَةُ هَذِهِ
“Sebaik-baik bid’ah adalah ini”. [HR. Bukhari no. 2010]


Perbuatan sahabat tersebut jelas adalah bid'ah kerana mereka buat apa yang Nabi dan Khalifah tidak buat, tetapi ia bid'ah hasanah(terpuji & tidak sesat), Khalifah Umar tidak melarang sahabat tersebut dan tidak mengatakan mereka sesat kerana ia bid'ah hasanah.

Sebenarnya yang tidak mengikuti Khulafaur Rasyidin itu orang yang MENOLAK bid’ah hasanah. Khulafaur Rasyidin sendiri melakukan dan tidak melarang bid’ah hasanah. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita mengikuti Khulafaur Rasyidin. Sementara Khulafaur Rasyidin melakukan bid’ah hasanah. Bererti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita melakukan bid’ah hasanah. Dengan demikian kami yang berpendapat dengan adanya bid’ah hasanah itu sebenarnya mengikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur Rasyidin. Oleh kerana itu, mari kita ikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur Rasyidin dengan melakukan bid’ah hasanah sebanyak-banyaknya.

Dalil Bid'ah Hasanah -> https://jundumuhammad.com/2011/03/13/bid%E2%80%99ah-hasanah-dan-dalilnya/

Sumber : https://www.facebook.com/kluang.girl/posts/983443768466328

*

Popular Posts