"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Solat Tarawih

*

Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Jumhur Fuqaha' iaitu majoriti ulama feqah daripada Mazhab Hanafi, Syafii, Hambali dan sebahagian Maliki mengatakan tarawih 20 rakaat.

Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab “al-Mahalli”, juzuk 1, halaman 217: Maksudnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".

Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malam bulan Ramadan dengan mengerjakan solat sunat.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Sahih Muslim) 

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang qiyam (solat sunat waktu malam di bulan Ramadan) bersama imam sehingga imam  beredar (selesai), ditulis baginya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR At-Tirmizi)


Wallahu A'lam.



Artikel pilihan:

Solat Tarawih paling minima 2 rakaat

Kelebihan Solat Witir

Bolehkah solat witir 3 rakaat dengan 1 salam ?

Bolehkah solat tahajjud setelah witir ? 

Fadilat Tarawih Palsu

Kelebihan Lailatu Qadar


*

Popular Posts