"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Berselawat

*


Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perbanyakkanlah berselawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang berselawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat, maka ALLAH akan membalas kepadanya sepuluh kali selawat, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat baginya sepuluh darjat.” (HR Ahmad, al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad, an-Nasa’i dan lain-lain dengan sanad sahih)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

"Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sepuluh kali pada waktu pagi, sepuluh kali pada waktu petang, maka dia akan mendapat syafa'atku pada hari Kiamat". (HR Tabarani.)

Kalam Syaikh Ibnu `Athoillah as-Sakandari rahimullah : "Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan solat malam (solat-solat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan berselawat ke hadrat Junjungan Rasulullah. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu selawat sahaja atasmu, tentu satu selawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau berselawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan selawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)-Nya. Ini baru satu selawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh selawat bagi satu selawatmu ke hadrat Junjungan seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah r.a., Junjungan Rasulullah bersabda:- "Sesiapa yang berselawat atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk berselawat atas Junjungan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam."

Al Habib Umar ben Hafidz ketika menceritakan kelebihan selawat... kata Habib, " Berapa banyak dimajlis ini kita berselawat ke atas Nabi? Apa yang dijanjikan selawat kita ke atasnya? Balasannya, Allah pemilik Arays yang Agung akan membalas selawat kita. Seandainya Nabi membalas selawat kita, itupun sudah sangat besar bagi kita.
Seandainya selawat kita dibalas oleh Makhluk lain yang tinggi derajatnya seperti para Malaikat, Auliya' Allah itupun ianya sudah besar juga bagi kita, bagaimana pula sekiranya yang berselawat ke atas kita itu adalah Allah. Tuhan segala sesuatu. Raja segala sesuatu, yang Maha Mampu Berbuat sesuatu. Yang berkuasa ke atas sesuatu dan balasan ke atas selawat itu bukannya satu tapi 10 selawat bagi 1.
Disebut ahli makrifatullah, seandainya ditimbang amalan semua makhluk di atas satu timbangan, tapi satu selawat dari Allah di satu timbangan, nescaya satu selawat Allah di atas timbangan lebih berat dari segala amal di atas muka bumi ini. Sebab itu amalan makhluk, tapi ini Amalannya Allah pencipta Makhluk. Dan Tak ada yang menyerupai Allah ﷻ segala Sesuatu "

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi, lalu Rasulullah bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi shollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR. Abu Dawud dan Termidzi)


Allah humma Solli Wa sollim 'ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.


Wallahu 'alam.



Link pilihan:

Syafa'at Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam
 
Kisah Diampun Dosa Sebab Selawat

Kelebihan Hari Jumaat 




*

Popular Posts