اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Hadis Palsu Tentang Hari Asyura

*


Antara hadis-hadis palsu/rekaan/maudhu' yang tersebar luas :

1. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah: " Ya Rasulullah , adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah: " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

Imam Ahmad Ibnu Hanbal menjelaskan hadis ini direka oleh seorang pendusta bernama Habib bin Abu Habib.

Ibn Jauzi pula menegaskan hadis ini maudhu’ tanpa ragu lagi.


Ibnu Hibban juga memberitahu hadis ini adalah batil dan tidak halal menyebarkannya.



2. Diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai celak mata pada hari ‘Asyura’, maka dia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya".  

Hadis ini maudhu’ (palsu). (Rujuk: al-Maudhu‘at, 2/116 oleh Ibn al-Jauzi,)


3. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur ‘Asyura) yang dikaitkan dengan sunnah Rasulullah atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada banjir besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ianya bersumberkan daripada cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya. 

*

Nawawi al-Jawi mengatakan : “Sungguh telah datang hadis mengenai puasa dan memberikan kemudahan pada keluarga (pada hari Asyura). Ada pun selain keduanya tidak ada hadisnya.” (Nihayatul Zain, Dar al-Kutub al-Islamiyah, Hal. 226)






Link pilihan :

Kelebihan Hari Asyura - Sahih


*

5 ulasan:

Popular Posts