"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Pemimpin yang tidak jujur

*
”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu dia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka, nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”  (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a,  Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” (HR Muslim)

“Sesungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan penipuan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi)

"Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman.” (HR Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi).

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari)

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Kelebihan orang yang jujur



*

Popular Posts