Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Hukum minum berdiri

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang minum sambil berdiri" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri" beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.

Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri.

Wallah-hu-a'lam (Allah lebih mengetahui)


Sumber: http://pcmansurah.forumotion.com/t322-hukum-makan-minum-berdiri

*

6 comments:

MOBYDICK said...

salam ziarah,kebenaran minum berdiri hanya untuk mereka yang meminum air zam-zam sahaja...

ZWAN SABRI said...

Zwan pown suka minumberdiri jugak.. naseb bek x berdosa.. HEHE

MySuaraBlog: Universiti Penanti Bakal Ditubuhkan

ainhany said...

salam ustaz,

tidak digalakan!!! indahnya islam telah mndidik kita dan kesopanan dan adab. Terima kasih atas perkgsian ini..InsyaALLAH akan cuba diperbaiki diri ini....muga ada sunnah yg terus diikuti..Amin

puteri salju said...

amin

Unknown said...

Yup, sunnah minum berdiri telah disepakati ulama salaf khususnya hanya untuk air zam-zam berdasarkan hadis yg telah diriwayatkan.MAlahan Umar Al-Khattab di dalam satu riwayat telah minum sambil berdiri walhal beliau terlupa. Apabila Saidina Umar teringat kembali maka beliau seboleh2 memuntahkan kembali air yg telah diminum itu.

Anonymous said...

salam..

Post a Comment

Popular Posts